Happy 21st Cikbelog .

www.tips-fb.com
Salam :)


Hari ni 31 /12/ 2010
umur saya dah cecah 21 tahun
masih belia kan?

Alhamdulillah :)

Masih diberi peluang olehNya
untuk bernafas di bumi ini.

Jerawat yang tumbuh di pipi
membuktikan diriku semakin matang
yela..ada adik-adik korang yang umo pat taun tumbuh jerawat?
ada?? tak de kan

SELAMAT HARI LAHIR buat Cikbelog iaitu saya..hehe

tak mau bebel lebih-lebih
1 hb saya dah betolak ke melaka
sedih? pastinya sedih
cuti dah berakhir


maka, ini entri penutup bagi tahun 2010


Selamat Maju Jaya buat saya dan diri awak semua


Bila masuk tahun baru
tentu ramai yang bertanya tentang azam kan?
Azam tahun baru saya ialah saya nak kenal dengan seseorang yang bernama azam
supaya azam saya dapat tercapai dengan jayanya. kehh kehh

oklah.
bai


SELAMAT TAHUN BARU (2011) yow





buat mumy tersayang
terima kasih kerana melahirkan saya
saya sayang mumy dunia akhirat :)


buat baba,
saya sayang baba selamanya :)

31/12/1989
8.40malam :)


saya rindukan kehidupan saya 20 tahun yang lalu..
siyes!
sangat2 rindu :)


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Segmen Entri Terbaik

www.tips-fb.com
Salam :)



Selamat pagi semuaaa. Baiklah, hari ni saya nak join segmen Entri Terbaik yang dianjurkan oleh Belalang. Dah lama jugak padin tag cikbelog untuk join segmen ni. Tapi memandangkan saya sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu entri saya yang paling terbaik, maka lambatlah bagi saya untuk menyertai segmen ini. kenapa ayat aku macam pelik je? heh


Ok, entri terbaik yang pernah saya hasilkan ialah entri sabar bukan perkara yang mudah. Kenapa? sebab itu merupakan entri yang santai, dan saya rasa saya suka dengan entri itu. Lagipun, entri itu berkaitan dengan family dann dann ok dah tak tahu nak ulas camne. Tapi saya suka entri itu.. seee betapa tak matangnya aku wat huraian..wat a loser.


Sekarang saya nak ajak kawan saya untuk join segmen ini, iaitu :

- Tapak kaki - entri yang aku suka ialah entri ini
- ieqa - entri yang aku suka ialah entri ini

Baiklah, kepada kawan-kawan yang lain, jom sesama join segmen ini . joommmm :]

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Bila dah dapat tau result exam, muka berubah jadi macam tenuk nak beranak

www.tips-fb.com
Salam :]




Korang tahu rupa tenuk tu macam mana? tahu ? tak tahu ? kalau tak tahu, try pegi kedai Google, then klik image then search la dengan suka hati. Jangan terkejut kalau korang nampak gambar gadis idaman lelaki Malaya, Lisa Surihani pun ada dalam pencarian tu. Tapi, kalau korang nak tengok gambar tenuk dengan lebih jelas, apa kata korang pegi depan cermin dan tataplah sepuas hati. Ha, itulah tenuk. kahh kahh kahh.


Tengah hari tadi dapat panggilan dari rakan


" weh, cepat-cepat. result dah keluar dah. cepat la pi tengokkk."


wah, dia sangat eksited. aku ? eksited jugak nak tahu sama ada aku lulus tak paper "Planning and Teaching Mathematic". eh betul ke nama paper tu ek..hhaa aku lupa. *sengal


Alhamdulillah, bejaya meneruskan pengajian. Tapiii...tapi dan tapi pointer terkumpul aku jatuh mendadak! warghhh stress haku.


Cepat-cepat dail nombor 019-9867334 untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan besama mumy tersayang. heh, tu bukan nombor mak aku. gila apa aku nak tempek kat sini. Nanti tak pasal-pasal korang ngorat mak aku. Mak aku bekas ratu cantik negeri Kelantan okei.


tuuutt..tuttt..( ini adalah bunyi caller ringtone mak saya..caller ringtone ialah sejenis bunyi yang dihasilkan apabila..) eh apa jadahnye aku nak terangkan pasal caller ringtone


"hello" , suara mak aku persis suara lisa sughihani


"Mum, orang dah dapat result. Dapat ciput sajork", suara si anak persis Erra Fazira.


" Ha, itulah. Taun depan, tak payah duk ngadap Facebook duapulohpat jam . Blogwalking pun kurangkan. Kalau kamu berbelog jadik famous amos macam Hanis Zalikha tak pe jugak." Kata mak aku sampai aku tak terkata-kata.


warghh mak aku bandingkan aku dengan hamis jalikha? kecewa haku. soobb sooobb. mintak tisu satu!



Tak apo mak. Sayo akan belajar besungguh-sungguh pada semester hadapan. Saya takkan mengecewakan omak. Saya takkan mensia-siakan harapan omakk..sayo janji omak..janji. Silalah pecayo janji sumpah setia ini.



Ehem. Perasaan rajin akan membuak-buak untuk tiga bulan pertama bagi semester baru. Dan perasaan itu akan pudar bila tiba musim exam sebab aku sebok pikir bila nak kemas baju, kira cuti berapa hari, pikir pasal holiday, nak balik umah mak ke umah ayah ke umah nenek ke umah adik-adik ke umahhh eh berapa banyak umah aku ada.



aku suka lelaki ni. aku tak tahu nama dia. gambar ni pun aku jumpa dalam google. ada sape2 yang kenal? sila ejaskan dia untuk saya. saya sukakan lelaki yang cintakan binatang. bukan lelaki yang berperangai macam binatang. eh kenapa tetiba guna saya? oh, kekeliruan identiti.




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Tag : Petama kali join GA ..woooww

www.tips-fb.com
Salam



Dah lama sangat cikbelog hutang tag dengan MiszAtin ni.hhee. Maap yea. Baiklah, ini adalah giveaway sempena besday cikkopok lekor.



So, the caras-caras untuk join GA ini senang yang amat matt matt ye inchik puan segala. Oh, nak bagitahu, ini petama kali cikbelog join GA. Manalah tau kot betuah kan.haha


The tiga langkahs mudah untuk join GA ini ialah :


*Jadik followers kopok lekor .

So senanglah korang nak makan kopok lekor free setiap hari. Eh, apekah?? jadi followers supaya senang korang hupdate dengan segala info tentang GA ni, okei . Selain itu, memudahkan para peserta untuk beramah mesra dengan cikkopoklekor. Beramah mesra je, jangan lebih2..aahaha



*Mesti copy banner di atas dan letakkan di entry korang.Banner di atas juga perlu di linkkan ke entry ni! kalau rajin promote la ckit k..

Dengan ini, saya merajinkan diri untuk mengajak korang yang beminat dengan GA, silalah join GA ini. :]



*Tag paling koman 2 blogger.

Maka, saya mengetag :

1. ieqa
2. emieysandra

tak sabar nak jumpa korang..hahaahaa ;p


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

saya suka budak-budak. saya sayang kanak-kanak :]

www.tips-fb.com
Klik untuk play [lagu yang tak de kena mengena dengan entri]





Salam :)



budak-budak memang baik
comel, telatah yang mencuit hati
kadang-kadang buat aku tersenyum
kadang-kadang buat aku sentap jugak


aku tak paham sebenarnya ngan budak-budak ni
kat mana saja aku duduk
di saat aku on je lappy ni
pada waktu aku cuba untuk menaip tiap patah perkataan

konpem diorang datang bekerumun
macam semut nampak gula..

aku tak marah
tak takk

sape kata aku marah
seee aku senyum je ni.
taip entri dengan girang..lalalaaallaa




"akak, ini apa?" sambil tunjuk pada skrin lappy
"eh2 cantiknya ini", tunjuk2 lagik
"eh comel..muaahh" , tunjuk pada gambar yang terpampang pada desktop
"kakak taip apa? nak tengok..nak tengok"
"kakak, nanti kul 5 petang orang nak guna pulak tau", tetiba ada yang menyampuk
"eh, orang dah janji nak guna dulu tau. Mana aci..woowowwooo" nanges2 sambil berlari-lari anak masuk bilik hempas pintu.


omaigooddd..saja la tu kan buat buat cute tak nak bagi akumarahmarah


aku larikan diri
cuba cari sudut sunyi

diorang bejaya jejak juga
bijakk..sangat bijakk

eh, sapa kata aku tak suka budak-budak?
aku suka, okei
see..aku layan diorang dengan baik sekali

sekarang diorang sedang main panjat-panjat kerusi
menjerit dengan suka hati
ada aku marah ?
takk takk
aku tak marah pun
malah aku pun turut sama panjat-panjat kerusi besama mereka.

apa?
ingat aku ilang akal nak main panjat-panjat kerusi dengan diorang?



"akakkk, orang nak teh o ais..nak airr..nak airr"


hempuk-hempuk kepala kat dinding
sabar2..
kanak-kanak itu hiburan yang menceriakan hari-hari kita







pssstt : baru je belajar cara-cara masukkan mp3 dalam entri..keh2..gilakbatak aku nieh.
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Ada Award Bagilah Lagikkkkkk

www.tips-fb.com
Salam :]


haii haii kembali lagi kita semua dalam rancangan yang digemari ramai iaitu rancangan kutip awards sana sini..hiahahaa ada ke rancangan camtu? huahihi..


okehh2..bebalik kepada topik utama dalam perbincangan kita pada hari ini ya tuan tuann poan poann..hari ni saya nak langsaikan segala bagai hutang yang tertunggak. apa hutangnya?? Tadaaaaaaaaa...tere tengg tenggg tenggg tenggg..*bunyi kompang




Mempersembahkan award dari aboy93

Maap lah aboi sayamm..cikbelog lambat amix award niehh..memang nak kena panggg sedas dua cikbelog ni kan. ha maghi semua..maghi dekat maghi dekat, jangan ghapat ghapat..


soklan yang perlu dijawab :

1. Is this the first time you are here?

oh iyaa..iya pakk . Ini kali petama saya di sini pakkk

2. Do you like my blog?

sukaa..bangat bangat sukaa..suka guling guling dah nieh..hikhikk

3. Will you follow my blog ?

sudah polow pakk..sudaaa..selamat berbelog ya pakkk




okehh award kedua pulak...cepat2 bunyi kompang versi kampung pulak..*kompanggggggggg panggg pangg kommpaaaaaaaannnggggggg pannggg punggg pangg



Baiklah saudara saudari sekalian, award kali ini dari inchik bila umar berblogger . Tadi cikbelog tengok umar jerit kat shoutbox cikbelog, "sila pi amix award ini dengan segera cikbelogku sayang". Lalu dengan pantas dan begegas cikbelog belari lari anak itik ke blog umar. hehee. *okei ayat tu aku tipu sajork ;p


Soklan-soklannya ialahh..tengg tengg tenggg

1. apa pendapat tentang blog umar?

cikbelog sukaa sangat dengan blog umar yang banyak lawak dan segala lawak yang ada dalam blognya boleh membuatkan pankreasku behenti befungsi seketika..kihhkihh..ha camtu la bunyi gelak cikbelog bila baca blog umar..kihhhkihhh


2. tempat yang paling nak lawat?

kampung halaman.

3. 3 perkara tentang diri anda....(akulah tu)

- nama saya cikbelog
- umo saya 21 tahun
- saya sayang adik-adik saya dan juga anak kucing jiran jiran saya dan juga ayam ayam belaan atuk saya dan juga lembu lembu yang dibela oleh tok mudim sebelah umah nenek saya. Motipnya? saya seorang insan penyayang..sekian. ;p


p/s : dialu2kan sesapa yang nak amix award ni. sila amix tanpa malu malu mahupun segan-segan .

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Tips Atasi Kecewa Putus Cinta

www.tips-fb.com
Salam :)

cinta itu umpama kentut, busuk tapi melegakan ..setuju?



Hai gadis-gadis manis, cantik, cun, lawa, jelita dan jejaka-jejaka kacak, hensem, macho dan dann dann..bergaya, keunggulan penuh mutu yang telah ditinggalkan kekasih hati atau telah direjek sewenang-wenangnya oleh si jantung hati.


Aku harap uols semua gembira kerana cinta korang telah direjek. Heyy jangan marah2, jangan sedih-sedih okei. Takyah nak kecewa hempuk-hempuk kepala kat dinding bagai. Ini peluang untuk uols cari aweks atau pakwes yang lagi bagooooss daripada bekas kekasih uols. Maka, bergembiralahhh.. :]



usah mengukir fantasi di alam realiti


Tips atasi kecewa putus cinta :


*Mendekatkan diri pada Allah s.w.t

Kalau sebelom ni, korang sibuk date je limaplohpat jam, apa kata kali ni, korang luangkan masa untuk date dengan Allah s.w.t plak. Kalau sebelom ni korang asyik call, begayut ngan boipren atau gulprend korang, apa kata kali ni korang bezikir ingat Allah ? kalau dulu korang asyik ingat times square, pavillion , mid valley, jusco, tesco, maidin yakni segala tempat korang bemadu kasih ngan boiprend dan gulprend korang, apa kata kali ni, korang ingat tikar sejadah plak ? selain daripada boleh tambah pahala, boleh jugak korang rilekskan ati korang yang sedih, kecewa, pilu, resah, gelisah, huru-hara dan segala bagai perasaan orang putus cinta lagilah.


amalkan.InsyaAllah tenang :]


* Menangis

Toksah duk cakap la korang tak nangis meracau macam orang kena sampuk hantu bila korang ditinggalkan kekasih. Konpem nangis siap meleleh-leleh air hidung, mata, telinga dan segala lubang yang adalahh. Walaubagaimanapun, wahh guna penanda wacana gitu. Menangis membawa dua maksud iaitu sedih dan gembira.


Maka, bila korang nangis di saat gulprend atau boiprend putuskan hubungan korang, ini bermaksud korang sedih dan gembira. Korang maybe sedih sebab sia-sia je korang topup untuk call dan sms dia selama ni. Korang menyesal sebab korang banyak habiskan masa untuk besama ngan dia selama tigapulohpat jam. Tapi, dalam masa yang sama, korang jugak gembira yaayaaa sebab inilah saat-saat yang korang nantikan untuk cari awek[s]/pakwe[s] baru.

Tak salah kalau nak nangis, tapi berpada-padalah.


*Tonjolkan diri anda

Hey peeps! this is the show time! wahh betul ke tidak ayat aku tuh..hiahaha..Inilah masanya untuk korang tonjolkan diri korang. Contoh la kan, selama korang kapel, tentu status kat Facebook korang, in relationship , married . Tapiiii, kini tidak lagi ! Status korang pastinya SINGLE malah kalau boleh nak jerk tambah SINGLE and AVAILABLE. Tapi, adik aku wat status SINGLE and INVISIBLE. Maybe jap single jap kapel kot. aku pon tak paham. korang paham?okei. kembali pada tajuk utama. Bila status dah berubah, tentu makin bertambah-tambah orang nak add korang. Haa..time tu lah korang layann je semua orang. Maksud aku, layan sebagai kawanlah. Jangan la plak menggatal tegedik-gedik macam orang terdesak dan dahagakan kasih sayang pulakk.


dan..apalagii! uplod la segala gambor2 korang yang sorang2 okei. Diulang, sorang-sorang. Toksah duk simpan lagi gambar korang bedua yakni besama BF/GF korang as Profile Picture. No need! tak perlu..tak yah! cehh emo plakkan..haha



usah mencari cinta yang tak pasti


*Jalan-jalan Cari awek[s] / pakwe[s]

okei. Bukanlah nak mengajar korang wat benda tak pekdah. Jodohkan perlu dicari. Apakata, daripada korang duk terperap dalam umah, makan bebanyak sebagai tanda protes dan upset dengan diri sendiri, baiklah korang kuar jejalan ronda-ronda kawasan umah ke joging tepi tasik buatan manusia atau ciptaan Allah s.w.t yang maha cantik tu lagilahh bagus.


Manalah tau kan, korang ditakdirkan bertemu jodoh masa ngah joging ke..Masa kuar window shopping ke..atau masa korang ngah que tunggu teksi atau atau masa korang dalam Rapid KL atau LRT atau ERL.


لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ

“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”



*Luangkan Masa Bersama Keluarga dan Kawan[s]

hamboii hamboii..bukan main korang ehh. Masa becinta tak hengat dunia. Lupa dah nak makan malam besama family. Dulu, waktu kecik-kecik, bukan main lagik. Ibu Ayahku nyawaku. Tapi, bila dah ada boiprend/ gulprend, diorang lah nyawa korang yeaa. Skang dah putus, padan muka. hiahahaa gelak kijam ;p

takpe..takpe..nebermind..setiap orang wat silap kan? so, amik la peluang ni untuk besama keluargaku nyawaku dan besama sahabat-handai. Mereka inilah yang akan selalu besama korang tiap kali susah dan senangnya korang. Maka, bila becinta tuhh jangan la duk leka alpa sangat. Nanti, kot-kot mana pun, mak pak jugak yang korang cari. Paham?



cinta itu indah..tapi sangat menyakitkan dan dugaannya bermacam-macam ;]





Aku sedih weh! bukan putus cinta tapi putus teman tapi mesra! warghhhhhhhhhhhh


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Jangan Sedih Kalau Tak Tersenarai Dalam Undian Peringkat Kedua BPM 2010 (BBP)

www.tips-fb.com
Salam :)

masih macho walaupon tak terpilih untuk BPM 2010..miahaha


yoooyooo wahsup wahsupp..agak lewat sebenarnya aku hupdate entri nieh. Nak wat camno, ai bizi dengan segala urusan negara yang tak dapat dielakkan. ceh. stekmen meluat.


okeh2..berbalik kepada tujuan asal entri ni. Tahniah kepada semuaa semuaaa semuaaaaaaa yang terpilih untuk undian peringkat kedua bagi Blog Pilihan Malaysia 2010 kategori Blog Baru Pilihan. Cepat2 mulakan kempen anda. Minggu depan dah boleh ngundi dah.


Kepada mereka yang tak tersenarai. Contohnya aku lah kan.haha tak mengapa. Jangan duk nangis menggelupur sebab korang tak tersenarai. Tahniah buat diri sendiri sebab, sekurang-kurangnya kita berani mencuba. Lain kali, kalau ada lagik, kita join lagi. Kalau kalah lagik, join lagi sampai pengundi-pengundi meluat nengok nama korang. Asyik tersenarai tapi tak menang-menang. Konpem diorang pakat undi sampai korang menang dengan harapan, korang tak yah join lagi dah pasni.haha buleh gitu? ;p


Terima kasih daun keladi kepada mereka yang sudi undi Dunspeakme. Sayang korang lahhhh


ini adiah untuk kamu semua sebab sudi undi saya :]




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Kontest Blog Terkemas -__-

www.tips-fb.com
Salam u ols :]



klik imej atau klik [SINI] untuk join



haa..mari dekat mari dekat..miahaha cikbelog dengan suka hatinya nak join kontes yang dianjurkan oleh si cantek manis Hannafauzann.

wat? u ols nak join jugak ? sila..sila..silalah tengok syarat-syarat ni sebelom korang join. Sangat mudah yea u ols. sangat-sangat. Maka, rugilah kamu yang tak join kontest nieh..miahaha


sayarat-sayarat Kontest Blog Terkemas

1. Follow blog hana and Fyza . tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog kitorang ok :D

2. make sure korang ada blog tau! no blog . no contest, no present ! hahah .

3. buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas . amek banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni .

4. bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha .

5. kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina.

6. tag 3orang blogger ok :)

7. 3 orang pemenang je akan dipilih . kalau nak tambah nanti kitorang gitau . haha

8. update : sebab takut ramai sangat, limit untuk join 500 orang sahaja . kalau nak tambah hana bagitau :)


Hamix ko,aku copy paste terus syarat-syarat tu dari blog Hana..haha

so, skang nak tag 3 orang blogger yang betuah betuah dan betuah. Aku pun tak taw nape aku ulang banyak kali pekataan betuah tu. =.="


hahaa..sila join yea. Kalau korang dah join, abaikan tag aku nieh.hihii. Kalau korang yang lain-lain nak join jugak, silalah. Jangan malu2, jangan segan-segan ya :D


Tarik Tutup : 1 Februari 2011



Tak pastilah blog aku ni kemas ke tak. Agak-agak korang, blog aku ni kemas tak? jawab soklan aku nih yea sayang-sayang..haha

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

saya gembira jadik anak sulung walaupun kadang-kadang saya teringin nak jadik anak bongsu

www.tips-fb.com
Salam :)

ikatan kita sangat erat
cinta kita sangat utuh
sayang kita mesra bersatu
kerana kita adalah kita
yang lahir dari rahim yang sama




Bila adik-adik dah besar
diorang akan pandai bagi pendapat
kepada seorang kakak yang tak tahu berpesyen..





*"eii akak, nape pakai baju ni..hodoh la"

*"akak, tudung ni tak sesuai sangat ngan baju ni "


*"gemuk la kakak, bila nak joging?"

*"kak, pakai la safi balqis, nanti jerawat hilang, muka pun putih tau. Kawan adik pakai ..dia...blaa..blaa..blaa.cantik...blaaa.."



Oh, sejak bila adik aku jadik perunding imej yang berjaya nieh....???so, korang, pakailah safi balqis..ekeke ;p



Bila adik-adik dah besar
Mereka akan cuba bertindak matang


*"akak, kalau nak kapel, cari lah yang dekat. senang nak jumpa..blaa..blaaa."

*"akak, laki tu ensem giler..blaa..kaya..blaa...rambut cacak..blaa blaa.."

*"akak, bacalah blog adik. blog adik ni pasal cinta..kawan..blaa..blaa..."


See! dah pandai buat luahan kat blog plak tu..iskk



Bila adik-adik dah besar..
diorang akan cuba menegur seorang kakak yang tak tahu memasak


*"jadik ke sambal tumis yang akak masak?eh kenapa banyak sangat minyak?"

*"eh, jangan masukkan ikan bilis dalam mee goreng, tak bes"

* "eii itamlah ayam goreng kakak"

*"ei kenapa potong tomato kecik sangat?"



Maaf lah ye..kakak kau baru belajar pegang sudip..nasib baik tak tertukar kuali dengan periuk je.


Bila adik-adik dah besar
luahan hati mereka masih lagi ikhlas
walaupun aku rasa diorang saja nak bodek aku..



"kakak, lauk yang kakak masak sedap sangat. Dulu kakak tak pandai masak. Nasib baik kakak dah pandai masak sekarang ni. Tak yah lah kita beli nasi bungkus bila parents tak de kat umah. erm..kakak, topupkan 3 ringgit leh tak?"

ha..kan kannn kannnnnnnn...aku dah agak dah.





aha! adik-adik..memang seronok dengan telatah mereka. Walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, tapi, mereka sentiasa menghiburkan.







panjang dowh tajuk entri nieh..hahaha


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Jom Undi 111 untuk Dunspeakme

www.tips-fb.com
Photobucket


Salam.. :]


Hye..eh saya terlambat.Dah ramai yang update tentang Undian Peringkat Pertama bagi Kategori Blog Baru 2010 (Pilihan). ehee..dup dapp dupp dappp..Bedebar pulak..ada ke yang mengundi blog ni.hee tak pe..Jika anda suka blog saya, maka, jangan lupa undi 111 ya :]




VOTE POLL KUMPULAN 3.. NO. 111



Photobucket



Selamat Mengundi semua :)



Untuk mengundi sila klik [SINI]



Tempoh undian akan berakhir pada pukul
7.00 pagi bersamaan 17 Disember 2010.



Terima Kasih kepada kamu yang mengundi..sayang korang juta-juta lemon..hikhikk

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

TUTORIAL : Cara Buat Header Menggunakan Photoscape

www.tips-fb.com
Salam :)

Photobucket
DUNSPEAKME TERSENARAI DI KUMPULAN 3..VOTE FOR ME :]




Baiklah, hari ni cikbelog nak wat tutorial untuk buat header guna Photoscape. Hehee.. Ini tutorial basic je sebab cikbelog tak reti pun nak wat header yang vouge gituee. Tutorial ni dibuat atas permintaan adik manis iaitu Fity..hai adik manis. Semoga tutorial ini membantu kamu, ya. *skematik plak ayat nieh.






Okei, untuk buat header dengan menggunakan Photoscape, u ols mestilah ada program ni. Kalau tak de, silalah mendownload secara percuma di Google atau Yahoo yang berhampiran. Ha, jangan tanya aku apa hukum download secara percuma ek. Isu tu korang boleh rujuk di blog Mr.K. *Sesaja promote blog dak Khairul tu..miahaha..Baiklah, berbalik kepada tujuan asal tajuk utama topik ini. Eh, macam pelik plak ayat nieh..abaikan.abaikan..

So, Step pertama ialah :


klik imej untuk lebih jelas


Bila dah buka Photoscape tu, sila pilih page.

Step 2 :



Sila klik imej untuk lebih jelas


Pertama sekali, korang klik pada button macam peanut kat atas tu. Korang rujuk gambar kat atas yang aku tandakan dengan nombor 1.

Lepas tu, korang pilih assign the page size. Then, korang ejas width dan height ikut lebar blog korang. Kalau ikut contoh yang aku buat tu, aku ejas width : 920 dan height : 200 . Ejas la sesedap rasa yea.

Dah siap ejas, korang klik edit sebagaimana yang dilabel dengan nombor 4 tu.


Step 3





Seperti biasa, kalau nak lebih jelas, klik apa kawan-kawan?
Ya,sila klik imej :]



Baiklah, sila pilih object. Kemudian, pilih pada photo.Yang aku dah wat petak tu photo la tu. Bila dah tekan icon photo, korang pilih yang atas sekali seperti di gambar di bawah ini. Sila tengok bawah semuaaa..aip aippp bawah ni okei.


klik untuk lebih besau


Dah siap pilih gambar tu, korang tekan je ok.


contoh


Step 4


Korang tambah-tambah la apa yang patut kat citu. Kalau nak tambah tulisan klik je pada icon T.



Contoh lagik



Step 5 (Akhir)


Kalau nak transparentkan header tu, boleh tengok tutorial kat blog Hanietwisties. Hanie guna program gimp2 untuk transparentkan header. Tapi kalau korang ada adobe photoshop, boleh la guna menda tu untuk transparentkan header tu.




Tadaaa. Inilah header yang kita hasilkan bersama-sama sebentar tadi.hihii


Panjangnye tutorial aku ni. Harap-harap korang dan Fity terutamanya, paham la tutorial ni.


Ni petama kali aku wat tutorial tau..miahaha . Sory kalau nampak macam kelam-kabut. Kalau tak paham boleh tanya. Tanya sampai korang paham. Jangan risau, aku tak marah. Cikbelog seorang gadis yang peramas eh peramah mesra dan penyayang.. ;p




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Cara Mengundi Blog Baru (2010) Pilihan

www.tips-fb.com
Salam :)

Photobucket
DUNSPEAKME TERSENARAI DI KUMPULAN 3 -.-





Shantex tak banner untuk undian? wkakaka..melampaui kepala batas tak banner tu? hahaahaa..


okei..Berbalik kepada tajuk yang menjadi topik perbincangan hangat di antara bloggers baru pada kali ini iaitu tentang BPM - Blog Baru (2010) Pilihan. Aku nak bagitahu tentang cara-cara mengundi Blog Baru (2010) Pilihan. Padahal aku je yang yoo yooo 0oo tentang menda nieh..ceis *dasar muka tak berapa nak malu.. >_<>


Cara Mengundi

* Undian peringkat pertama - semua kumpulan akan dibuka serentak untuk undian peringkat ini. 5 blog bagi setiap kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan layak ke undian peringkat kedua..

* Undian peringkat kedua - 50 blog (5 blog dari 10 kumpulan = 50) akan dihimpunkan untuk diundi. pemenang gelaran blog baru (2010) pilihan akan diumumkan dalam bentuk top 5. harap anda setuju..

* update : keputusan undian peringkat kedua akan diumumkan dalam bentuk top 10, sempena tahun 2010..

* Senarai undian nanti akan dikeluarkan dalam bentuk nombor blog anda seperti dalam senarai, bukannya nama blog anda..

* update : gadjet poll akan digunakan, anda hanya undi nombor blog pilihan anda.. tidak perlu tulis nombor blog pilihan di ruangan komen nanti..

Psstt : semasa undian, hanya nombor giliran yang dipaparkan, dan bukannya nama blog. Maka ingat 111 ingatlah DUNSPEAKME. Justeru, vote 111 untuk DUNSPEAKME. hee.. :]




ha..jelas? Clean and clear tak? aku copy dan paste je cara undian tu. Kalau aku hurai ikut kefahaman aku, nanti terbabas plak pemikiran korang.hihii..


Maka, tunggu apa lagi kawan-kawan. Kalau anda tertarik tergoda dan terpikat dengan blog dunspeakme yang waaawaavooomm lagi tebaboommm nie, silalah undi saya ya. eh, minggu depan tau stat undi. Minggu ni sesi beramas mesra supaya u ols semua tahu nak undi yang mana satu blog idaman u ols .




Ingat 111 ingat Dunspeakme :]






saya budak baru belajar
bukan juga blogger hebat

eh..itu bukan pantun 2 kerat okei..miahaha
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Tersenarai di Blog Baru (2010) Pilihan

www.tips-fb.com
Salam :)



klik imej untuk ke Blog Pilihan Malaysia 2010




Sakit gigi makin berkurangan tatkala melihat dunspeakme.blogspot.com turut tercalon dalam Senarai Blog Baru (2010) Pilihan pada senarai ketiga. Alhamdulillah. Walaupun hanya tersenarai, belom pasti menang ke tak, ai tetap gembira yippiieee hipp hipp hoooreeeyyy.. :]




klik [SINI] untuk ke senarai ketiga Blog Baru (2010) Pilihan



Nombor cikbelog 111..agak2 korang nombor tu betuah ke tak? miahaha..


apa-apa pun, selamat berjaya kepada semua peserta. Sama-samalah kita menjayakan dunia blog tanpa sebarang kontroversi serta cuci dari segala sampah-sampah dan kotoran. okei?






pssttt : jangan malu dan segan untuk undi dunspeakme bila undian dah dibuka nanti ,okei sayang-sayangku sekalian..hee :]






Walaupon sakit gigi, aku tetap habiskan kek coklat dengan senang hati..haha


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Aku Tak Nak Pakai Gigi Palsu lahhh

www.tips-fb.com
Salam :)


manusia takkan lepas dari dugaan
manusia takkan lepas dari ujian..
namun, bila diuji..
kita sering ingat padaNya..
bila gembira,
kita mula lalai..
lupa padaNya..
akur pada nikmat dunia
ingkar pada suruhanNya..


dugaan datang lagi
aku redha dengan ujian ini..
aku pasrah
bukankah kesakitan itu penghapus segala dosa? *mudah-mudahan...


Mom : akak, gi lah cek gigi tu..kalau kena cabut kang susah..tak pasal-pasal pakai gigi palsu


Aku : taknak lah..sikit je nih..

Mom : kenapa? takut kot2 kamu terajang doktor gigi tu lagi sekali?

Aku : er...mana ada...isk tak takk . * kenapa kaki aku yang tak berapa nak panjang nie leh terajang doktor tu? tindakan luar kawal,mungkin.




SAKIT GIGI





tips untuk kurangkan sakit gigi :

"Nasihat pada diri sendiri bahawa sakit tatkala malaikat datang untuk mencabut nyawa tu lebih sakit daripada sakit gigi ". *psiko diri sendiri untuk elak sakit.heh

err..err..nape lah ngan gigi aku ni..tak mau pakai gigi palsu lagik.. :[





Masa kecik-kecik dulu kan, ada la sebuah buku citer tu bagitahu..ni buku citer tu yang bagitahu tau...aku sampaikan jerk..ngeh3..buku citer tu gtau, kalau gigi tercabut, simpan bawah bantal. Besok2 pagi kamu bangun, gigi kamu bertukar jadik emas. miahahaaa..nasib baik aku tak terpengaruh ngan buku citer tu. korang terpengaruh tak? hihihiii




ehem..masih konpius sama ada nak gi klinik gigi ataupun tak. isk.

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Dapat Hadiah Header .. yippieeeee

www.tips-fb.com


Salam u ols :)

Yippiieee yabedabeduuu makan buduu sambil wat tarian gelek arab..haha eksited sebab pertama kali menang contest dan dapat hadiah..miahahhaa..


Okeh, kalau korang perasan la kan, cikbelog dah tukar header baru. Header tu hasil sentuhan kreatif saudari Syafiqah Ezam Shah. Terima kasih kepada ika yea sebab bagi adiah ni.



header baru


Kenapa cikbelog dapat hadiah ni ? Kesahnya camni. Aku merayap la ke blog Syafiqah Ezam atau ika ni. Tup tup..setibanya aku di blog beliau, aku terbaca entri beliau yang menganjurkan kuiz Header Percuma Part 1. Kuiz tu senang je. Semua berkaitan tentang diri beliau semata-mata. Jadik, kalau korang nak jawab soklan-soklan beliau, korang tak perlu bersusah payah bukak buku rujukan tingkatan 5 atau tingkatan 2. Tapi, korang hanya perlu rujuk entri beliau yang lepas-lepas..See..senangkan? easy as ABC...heehee


Baiklah rakan-rakan sekalian, cewahh berbudi bahasa budaya kita. Comelkan header baru dunspeakme.blogspot.com..cute miut gitu. Apa pendapat korang? cantik tak? cepat angguk..kang aku repot kat ika. haha..




header lama hasil karya aku sendirik..muehehe





Jom ramai-ramai terjah blog Syafiqah Ezam jum! :]

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Blog Larian : Mari berlari bersama-sama

www.tips-fb.com
Salam semua :)

Pagi ni cikbelog nak join Blog Larian yang ditag oleh cik LadyBird..hee sebenarnya aku yang mintak cik Lady tagkan sebab aku nak join Blog Larian ni. Baiklah, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk join Blog lari-larian ini.


Eh jap2..kalau ada yang tak paham apa itu Blog Larian, ha ni aku nak terangkan siket..Blog Larian merupakan salah satu cara untuk tambah traffic korang. Kiranya ni merupakan salah satu cara untuk kita berblogwalking dengan mudah dan senang. Get it? eceecee..cakap omputeh pulek..



klik imej untuk ke Blog Larian


Saya suka berblogwalking kerana saya suka jalan-jalan,landing-landing kat blog sesiapa sahaja. Tambahan pulak, cikbelog boleh tahu tentang pelbagai maklumat yang ada kat blog rakan-rakan bloggers. Selain itu, dengan blogwalking, cikbelog dapat tambah kenalan tanpa mengira peringkat umur. Blogwalking juga dapat menambahkan ilmu cikbelog tentang tutorial blog. So, bolehlah cikbelog cantikkan blog dunspeakme dengan tutorial yang diajar oleh rakan-rakan bloggers :).



Okei, sekarang cikbelog nak tag 3 orang :

*Padin
*CikMot
*Lagenda Budak Nakal


Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang Blog Larian, boleh singgah kat [sini].


Kalau korang nak cikbelog taggkan korang, sila bagitahu kat ruangan komen ya :]

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

award lagik..yeay ♥

www.tips-fb.com
Salam :)

hah ini acara marathon yea..tadik cikbelog jawab tag, sekarang cikbelog pungut award plak..hehehe..Mintak maaf sangat-sangat kat cik Iya sayang sebab cikbelog lambat dan lambat dan lambat sangat-sangat amix award..a very2 sory (sambil buat muka kesian macam baby lapor..hekhekk )



Nak tengok adiahnya? nak??nakk?? aucak aucakk..cak cakk..nah, ini awardnye. Lolipop sebesar alam. Aku suka tang tagline nya tu : "you are sweet blogger like candy". cewahh. like candy u ols..betapa sweetnye ai nieh..haha





tengs to cik iya..lebiu lah! :)


Okei, baiklah..sekarang ni cikbelog nak bagi award ni kat kat katttt...........kat mereka ni la.. :] sila amix dengan hati yang besar gedabak yea..










Okei, elin ni adik aku sebenarnya..hehee sape-sape nak lawat blog budak ni boleh klik sini ya.. [sini]


tadaaa~ inilah award yang dia cipta terbongkok-bongkok petang tadik..hehe..shantex kan?





tengs so much sayam :)


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Cikbelog jawab tag secara berjemaah

www.tips-fb.com
Salam u ols :)

hey3..petama petama sekalinya, saya iaitu cikbelog binti blogspot nak mintak maaf sangat-sangat kat kekawan yang bagi tag sebab cikbelog lambat jawab tag korang Harap-harap korang tak sumpah seranah cikbelog menjadi sumpah-sumpah lah ya..hehe..




okei lah..sekarang cikbelog nak jawab tag dari ieqastory iaitu pemilik kepada blog http://fluvfluv.blogspot.com.




aku sedih nieh..tak leh pi date tau! sewdihh..woowowoo :(


Baiklah tuan-tuan, atok nenek sekalian. Soalan tagnya berbunyi begini..korang dengar tak bunyinya? haha kalau tak dengar maknanya taik telinga korang banyak sangat..

Mak aihh kena jawab guna title lagu english ke..hadoi aku dah la peminat tegar Sonu Niggam dan Lata Mageshkar..camno nieh? tibai je la ek..


You are required to answer each questions below using the title song,

no matter how silly it sounds.

When you're done, tag 20 people in this note

and make sure to tag the person who send you this :)



1. If someone says, " is this okay? " you say...

Say ok (Vanessa Hudgens)

2. How you describe yourself ?

Beautiful Girl (Sean Kingston) ^_^

3. What do you like in guy/girl ?

Forever in Love (A1)

4. How do you feel today ?

From the Bottom of My Broken Heart (Britney Spears)

5. What is your life's purpose ?

Sailing (Christopher Cross / 'N Sync)

6. What is your motto ?

Big Girls Don't Cry (Fergie)

7. What do your friends think of you ?

I Need You (Taylor Swift)

8. What do you think of your parents ?

Irreplaceable (Beyonce)

9. What do you think about very often ?


Every Part Of Me (Hannah Montana)


10. What is 2 + 2 ?

Ignorance (Paramore)

11. What do you think of your best friend(s) ?

Anytime you need a friend (Mariah Carey)

12. What do you think about the person you like ?

Today was a fairy tale (Taylor Swift)

13. What is your life story ?

All I need is a miracle (Mike & the Mechanics)

14. What do you want to be when you grow up ?

Happy Ending (Avril Lavigne)

15. What do you think of when you see the person you like ?

Perfect Two (Auburn)

16. What will you dance to at your wedding ?

And Then We Kiss (Britney Spears)

17. What will the play at your funeral ?

I'll Never Stop Loving You (Britney Spears)

18. What is your biggest fear ?

Flirt (Pussy Cat Dolls)

19. What is your biggest secret ?

If you only knew (Maroon five)

20. What will you post this as ?

It's My Life (Bon JoVi)




Nak tag sape ekk..sape ekk..ramai gak 20 orang nieh.. okei2..get redy peeps ;)





okei, itu sajork yang mampu aku tag. Kalau sape-sape nak jawab tag ni..ha sila-sila..jangan malu2 jangan segan-segan...jawablah dengan senang hati dan gembira..okei sayang-sayang sekalian...ececeee..sayang-sayang gituee :)






Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it's because I want to know you more.





Nak mintak maaf kat Al gak sebab lambat jawab tag..maaf yea :)

tak cukup 25 pun aku senarai sebab "if you know me, then you will love me"..hahahaha (ekceli aku tak tau nak cakap pe tentang diri aku, tu yang tak cukup 25..hadoi..sory ekk ^-^ )
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Blog Pilihan Malaysia 2010 : Blog Baru 2010 Pilihan

www.tips-fb.com
Salam :)


Hey2 semua..aha malam ni cikbelog nak join Blog Pilihan Malaysia 2010 : Blog Baru 2010. Korang tahukan apa itu Blog Pilihan Malaysia 2010? disebabkan tak de yang nak mencalon, maka cikbelog calonkan blog sendiri untuk kategori Blog Baru 2010..buleh gitu?haha




oppss oppss..bukan cikbelog gilos glamour tau tapi sesaja je nak join, tambah kenalan di samping mempromote blog. Bak kata idola cikbelog, kita kena bijak grab peluang untuk mempromote blog kita nieh. So, cikbelog grabbb la pelaung eh peluang nieh. :)


Jadi, kalau nak join silalah klik sini ya atau klik gambar di bawah ini. okei sayang-sayang sekalian?hee



Baiklah, blog saya ni eh tetiba saya plakkan..haha..blog dunspeakme.blogspot.com ditubuhkan pada 2 Mei 2010. Kalau korang nak tengok entri pertama aku, bolehla korang klik sini ya..ha sini..sinii...muehehe [klik]




Korang, jum join ya..Sama-sama meriahkan dunia blog secara sihat, suci lagi murni :]


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Tips Untuk Gemuk Mengikut Teori Cikbelog

www.tips-fb.com
Salam.

Anda bosan kerana dikatakan terlalu kurus ? Anda letih mendengar rungutan rakan-rakan yang mengatakan anda tak de aset menarik ? Jangan risau..Jangan rungsing..Jangan sedih mahupun kecikkan hati anda. Keranaaa...cikbelog ada caranya. Memang terbaikk untuk u ols amalkan. :] muehehe memang dah macam orang jual ubat kat pasor malam dah gayanye!




katakan tidak pada kurus



Pasti korang tak sabar nak tau tips-tips nye kan? Nah, ni tips-tips nye. Sila follow tips ni okei. Kalau tak ikut dengan cara yang betul, konpem tak jadik. :]





Korang makan sebanyak yang mungkin ibarat hari ini hari terakhir korang hidup. Bunyik macam kejamkan? haha tak..sebenarnya ni lah cara paling baik. Korang makan je apa yang korang nak. Apa saje yang terlintas kat benak pikiran korang.


Contoh la kan, pukul 2 pagi, korang tetiba ngidam nak makan hey mc chicken, Mc Chicken Supreme, so juicy, so tasty (sambil menari gaya pompuan pakai baju kuning dalam iklan MC Donald..hekhekk). Korang terus jerk stat kereta then pegi je kat mana-mana Mc Donald yang berhampiran dengan umah korang. Jangan biarkan korang tido sampai termimpi-mimpi Mc Chicken Supreme tuh, okei?





Okei, sekarang ni aku nak listkan jenis-jenis aiskrim dan coklat yang bes lagi lazat lagi sedap lagi dan lagi dannnn pape je lah kan. Senang lah korang nak beli nanti. See, baikkan saya. Siap tolong senaraikan lagik tu. Sila terharu sekarang >_<


*Aiskrim Crunch by Nestle* Cornetto Classico * Royale Chocoluv Cornetto * Royale Strawberry Kisses Cornetto * Magnum * Ais krim 10sen sebatang * Paddle pop* White Chocolate * Daim * Toblerone * Cadbury * Kisses * Lollipop * Sugus
* Fruitale




Aku senaraikan eskrem dan coklat kegemaran aku je. Kalau korang nak tambah lain-lain coklat dan aiskrim pun tak pe. Pastikan korang makan setiap hari makanan ni. Kalau nak dapat kesan yang cepat, korang makan la setiap pagi, petang, malam, tengah malam. Sure, kesannya dapat dilihat dalam tempoh seminggu. Sila pecaya kata-kata aku ni kalau korang betul-betul nak gemok.



ni coklat dan eskrem tau, bukan kek mahupun roti.







Dalam sehari, korang makan nasi berapa kali ? Paling koman pun mahu 3 kali sehari gakkan? so, pastikan setiap kali makan, korang makan empat pinggan. Eh, korang jangan salah paham plak maksud aku nieh. Kang ada gak kuar Berita Harian atau Metro, tepampang tajuk utama " Mati akibat telan empat biji pinggan". Aku tak bertanggungjawab, okei.





Contoh la kan, pagi korang makan empat pinggan nasi. Tengah hari empat pinggan lagik pasti malam pun empat pinggan. Paham? paham tak ? kalau tak paham, sila tanya. Jangan buat-buat paham. Sikap suka buat-buat paham camnilah akan menyebabkan keputusan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM merosot. eh2..tetibaaa..



Kemudian, pastikan nasi tuh penuh pinggan dan tinggi macam Gunung Kinabalu. Okei la tu kan setinggi Gunung Kinabalu. Bila korang dah mampu habiskan nasi yang setinggi Gunung Kinabalu tu, korang up kan lagi bagi sama tinggi dengan Gunung Everest plak.




sila kawal nafsu anda :]


Itu sajork tip-tip yang dapat aku share dengan korang. Aku rasa tip-tip yang aku bagi ni pakej dengan penyakit kencing manis dan darah tinggi sekali kot. hahhaa. Pape pun, jaga pemakanan, jaga kesihatan okei. -__-


psstt : korang yang tag tu, sori sangat2 yea sebab tak wat lagik tag korang. Nanti aku wat. Jangan kecik ati tau. Dan jangan serik untuk tag aku.miahahhaa





Sejak cuti nieh, badan aku dah jadi macam tong gas dah. Hadoiii, gemowk giler! pas makan, tido, pastu makan pastu tido pasti makan, bla bla blaa....betul-betul penternak lemak yang berjaya la aku nieh.

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]