Showing posts with label adobe photoshop. Show all posts
Showing posts with label adobe photoshop. Show all posts

TUTORIAL : Cara Buat Header Menggunakan Photoscape

www.tips-fb.com
Salam :)

Photobucket
DUNSPEAKME TERSENARAI DI KUMPULAN 3..VOTE FOR ME :]




Baiklah, hari ni cikbelog nak wat tutorial untuk buat header guna Photoscape. Hehee.. Ini tutorial basic je sebab cikbelog tak reti pun nak wat header yang vouge gituee. Tutorial ni dibuat atas permintaan adik manis iaitu Fity..hai adik manis. Semoga tutorial ini membantu kamu, ya. *skematik plak ayat nieh.






Okei, untuk buat header dengan menggunakan Photoscape, u ols mestilah ada program ni. Kalau tak de, silalah mendownload secara percuma di Google atau Yahoo yang berhampiran. Ha, jangan tanya aku apa hukum download secara percuma ek. Isu tu korang boleh rujuk di blog Mr.K. *Sesaja promote blog dak Khairul tu..miahaha..Baiklah, berbalik kepada tujuan asal tajuk utama topik ini. Eh, macam pelik plak ayat nieh..abaikan.abaikan..

So, Step pertama ialah :


klik imej untuk lebih jelas


Bila dah buka Photoscape tu, sila pilih page.

Step 2 :



Sila klik imej untuk lebih jelas


Pertama sekali, korang klik pada button macam peanut kat atas tu. Korang rujuk gambar kat atas yang aku tandakan dengan nombor 1.

Lepas tu, korang pilih assign the page size. Then, korang ejas width dan height ikut lebar blog korang. Kalau ikut contoh yang aku buat tu, aku ejas width : 920 dan height : 200 . Ejas la sesedap rasa yea.

Dah siap ejas, korang klik edit sebagaimana yang dilabel dengan nombor 4 tu.


Step 3





Seperti biasa, kalau nak lebih jelas, klik apa kawan-kawan?
Ya,sila klik imej :]



Baiklah, sila pilih object. Kemudian, pilih pada photo.Yang aku dah wat petak tu photo la tu. Bila dah tekan icon photo, korang pilih yang atas sekali seperti di gambar di bawah ini. Sila tengok bawah semuaaa..aip aippp bawah ni okei.


klik untuk lebih besau


Dah siap pilih gambar tu, korang tekan je ok.


contoh


Step 4


Korang tambah-tambah la apa yang patut kat citu. Kalau nak tambah tulisan klik je pada icon T.



Contoh lagik



Step 5 (Akhir)


Kalau nak transparentkan header tu, boleh tengok tutorial kat blog Hanietwisties. Hanie guna program gimp2 untuk transparentkan header. Tapi kalau korang ada adobe photoshop, boleh la guna menda tu untuk transparentkan header tu.




Tadaaa. Inilah header yang kita hasilkan bersama-sama sebentar tadi.hihii


Panjangnye tutorial aku ni. Harap-harap korang dan Fity terutamanya, paham la tutorial ni.


Ni petama kali aku wat tutorial tau..miahaha . Sory kalau nampak macam kelam-kabut. Kalau tak paham boleh tanya. Tanya sampai korang paham. Jangan risau, aku tak marah. Cikbelog seorang gadis yang peramas eh peramah mesra dan penyayang.. ;p




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]