Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Aku Tak Nak Pakai Gigi Palsu lahhh

www.tips-fb.com
Salam :)


manusia takkan lepas dari dugaan
manusia takkan lepas dari ujian..
namun, bila diuji..
kita sering ingat padaNya..
bila gembira,
kita mula lalai..
lupa padaNya..
akur pada nikmat dunia
ingkar pada suruhanNya..


dugaan datang lagi
aku redha dengan ujian ini..
aku pasrah
bukankah kesakitan itu penghapus segala dosa? *mudah-mudahan...


Mom : akak, gi lah cek gigi tu..kalau kena cabut kang susah..tak pasal-pasal pakai gigi palsu


Aku : taknak lah..sikit je nih..

Mom : kenapa? takut kot2 kamu terajang doktor gigi tu lagi sekali?

Aku : er...mana ada...isk tak takk . * kenapa kaki aku yang tak berapa nak panjang nie leh terajang doktor tu? tindakan luar kawal,mungkin.




SAKIT GIGI





tips untuk kurangkan sakit gigi :

"Nasihat pada diri sendiri bahawa sakit tatkala malaikat datang untuk mencabut nyawa tu lebih sakit daripada sakit gigi ". *psiko diri sendiri untuk elak sakit.heh

err..err..nape lah ngan gigi aku ni..tak mau pakai gigi palsu lagik.. :[





Masa kecik-kecik dulu kan, ada la sebuah buku citer tu bagitahu..ni buku citer tu yang bagitahu tau...aku sampaikan jerk..ngeh3..buku citer tu gtau, kalau gigi tercabut, simpan bawah bantal. Besok2 pagi kamu bangun, gigi kamu bertukar jadik emas. miahahaaa..nasib baik aku tak terpengaruh ngan buku citer tu. korang terpengaruh tak? hihihiii




ehem..masih konpius sama ada nak gi klinik gigi ataupun tak. isk.

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Tips Untuk Gemuk Mengikut Teori Cikbelog

www.tips-fb.com
Salam.

Anda bosan kerana dikatakan terlalu kurus ? Anda letih mendengar rungutan rakan-rakan yang mengatakan anda tak de aset menarik ? Jangan risau..Jangan rungsing..Jangan sedih mahupun kecikkan hati anda. Keranaaa...cikbelog ada caranya. Memang terbaikk untuk u ols amalkan. :] muehehe memang dah macam orang jual ubat kat pasor malam dah gayanye!




katakan tidak pada kurus



Pasti korang tak sabar nak tau tips-tips nye kan? Nah, ni tips-tips nye. Sila follow tips ni okei. Kalau tak ikut dengan cara yang betul, konpem tak jadik. :]





Korang makan sebanyak yang mungkin ibarat hari ini hari terakhir korang hidup. Bunyik macam kejamkan? haha tak..sebenarnya ni lah cara paling baik. Korang makan je apa yang korang nak. Apa saje yang terlintas kat benak pikiran korang.


Contoh la kan, pukul 2 pagi, korang tetiba ngidam nak makan hey mc chicken, Mc Chicken Supreme, so juicy, so tasty (sambil menari gaya pompuan pakai baju kuning dalam iklan MC Donald..hekhekk). Korang terus jerk stat kereta then pegi je kat mana-mana Mc Donald yang berhampiran dengan umah korang. Jangan biarkan korang tido sampai termimpi-mimpi Mc Chicken Supreme tuh, okei?





Okei, sekarang ni aku nak listkan jenis-jenis aiskrim dan coklat yang bes lagi lazat lagi sedap lagi dan lagi dannnn pape je lah kan. Senang lah korang nak beli nanti. See, baikkan saya. Siap tolong senaraikan lagik tu. Sila terharu sekarang >_<


*Aiskrim Crunch by Nestle* Cornetto Classico * Royale Chocoluv Cornetto * Royale Strawberry Kisses Cornetto * Magnum * Ais krim 10sen sebatang * Paddle pop* White Chocolate * Daim * Toblerone * Cadbury * Kisses * Lollipop * Sugus
* Fruitale




Aku senaraikan eskrem dan coklat kegemaran aku je. Kalau korang nak tambah lain-lain coklat dan aiskrim pun tak pe. Pastikan korang makan setiap hari makanan ni. Kalau nak dapat kesan yang cepat, korang makan la setiap pagi, petang, malam, tengah malam. Sure, kesannya dapat dilihat dalam tempoh seminggu. Sila pecaya kata-kata aku ni kalau korang betul-betul nak gemok.



ni coklat dan eskrem tau, bukan kek mahupun roti.







Dalam sehari, korang makan nasi berapa kali ? Paling koman pun mahu 3 kali sehari gakkan? so, pastikan setiap kali makan, korang makan empat pinggan. Eh, korang jangan salah paham plak maksud aku nieh. Kang ada gak kuar Berita Harian atau Metro, tepampang tajuk utama " Mati akibat telan empat biji pinggan". Aku tak bertanggungjawab, okei.





Contoh la kan, pagi korang makan empat pinggan nasi. Tengah hari empat pinggan lagik pasti malam pun empat pinggan. Paham? paham tak ? kalau tak paham, sila tanya. Jangan buat-buat paham. Sikap suka buat-buat paham camnilah akan menyebabkan keputusan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM merosot. eh2..tetibaaa..



Kemudian, pastikan nasi tuh penuh pinggan dan tinggi macam Gunung Kinabalu. Okei la tu kan setinggi Gunung Kinabalu. Bila korang dah mampu habiskan nasi yang setinggi Gunung Kinabalu tu, korang up kan lagi bagi sama tinggi dengan Gunung Everest plak.




sila kawal nafsu anda :]


Itu sajork tip-tip yang dapat aku share dengan korang. Aku rasa tip-tip yang aku bagi ni pakej dengan penyakit kencing manis dan darah tinggi sekali kot. hahhaa. Pape pun, jaga pemakanan, jaga kesihatan okei. -__-


psstt : korang yang tag tu, sori sangat2 yea sebab tak wat lagik tag korang. Nanti aku wat. Jangan kecik ati tau. Dan jangan serik untuk tag aku.miahahhaa





Sejak cuti nieh, badan aku dah jadi macam tong gas dah. Hadoiii, gemowk giler! pas makan, tido, pastu makan pastu tido pasti makan, bla bla blaa....betul-betul penternak lemak yang berjaya la aku nieh.

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Meludah di tempat awam : macho atau jelita ?

www.tips-fb.com

salam ;)




from : google -.-


Meludah di tempat awam ? wow machonya beliau meludah kot tingkap kereta. Ludah pakej ngan kahak pulak tu..wow wow i loikess~~ okei, annoying kan?



Cuba korang bayangkan, sedang korang enak menikmati keindahan alam sekitar, mengkagumi setiap ciptaan Allah s.w.t, kemudian, korang terpandang sorang mamat ni meludah siap dengan kahak lagikk..konpem yang terlintas di pikiran korang hanyalah pekataan-pekataan mencarut such as babon, hanjeng dan lain-lain lagik..tapi, kalau korang masih lagi waras, konpem korang akan cakap camni, "MasyaAllah, pe jadahnya laki ni meludah merata. Dah tua-tua bangka pon tak reti2 nak kawal air liur ke hape".


google punye :]



Bak kata adik aku, " yang akak pi tengok tu nape??"

Eh dah nama pon terpandang, tertengok, terlihat,ternampak, ter ter ter terengganu. Nak wat camno? Kalau diberi pilihan, aku pun tak nak tengok. Tapi, dah aku tertengok dan terpandang, "boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang" ..erk..tetibe je.. memang nak kena luku kan. ngee~



Tak salah kalau nak meludah tapi tengok le tempatnye jugak. Kalau korang jenis yang kejap2 ludah kejap2 ludah macam tok bomoh ngah baca jampi serampah jerk, aku cadangkan korang pi jumpa doktor. Cek korangnye air liur. Kot la terlebih air dalam mulut tu kan.




Opkoz lah benda nih akan jadi pekara yang menjengkelkan kalau awek[s] atau pakwe[s] korang buat perangai camnih. Tapi tak tahu la kot salah satu ciri-ciri lelaki atau wanita idaman korang ialah gemar meludah di tempat awam..ekeekee ;p




google jugekk -.-

Akhir kata, jagalah kebersihan alam sekitar dan jangan meludah sesuka ati korang jerk. okei ? bagus..dengar kata semuanya yea..muehehe



Photobucket

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]