salam u ols sekalian alam =)
Apa khabar anda semua ? sihat? dah makan ? cikbelog makan nasi putih lauk ikan masak apa ntah ( tak dapat kenal pasti ikan apa..hee) dengan sotong masak merah. Sedapp waa cakap sama luu! haha..harga pun murah je iaitu RM 3.00..murah kan ? kan ? tadi, kawan cikbelog ajar makan siput sedut. Bukannya tak penah makan sebelom ini. Penah tapi tu lahh. Failed kalau bab2 sedut menyedut nieh. Sedap jugak tapi memandangkan cikbelog malas nak sedut, cikbelog makan sekor je siput. Sebabnye sedut yang sekor tu pun susah nak kuar.
Tapi kan, siput yang cikbelog makan tadi tak sama macam siput yang nenek cikbelog pernah masak dulu-dulu. Siput ni besar ciket daripada siput yang cikbelog penah sedut sebelom ni. Tapi awas ye kawan-kawan sekalian, siput babi tak leh sedut tau! korang kena pilih siput jugak. Jangan main sedut je.
ini pulak siput yang nenek saya penah masak sebelum ni..
( kedua-dua gambar disedut dari inchik google yang baik hati )
Nampak tak perbezaan antara kedua-dua siput tersebut ? cikbelog pernah makan siput dalam gambar kedua sebelom ni. Tapi tadi, cikbelog try sedut siput macam dalam gambar pertama tu. Rasanya tak ada beza pun antara kedua-dua siput tersebut memandangkan siput-siput itu datang daripada golongan siput yang sama..heee..buat ayat memandai~ tapi, siyes..macam tak ada beza je antara kedua-dua siput tersebut. Tak tahu la kot lidah cikbelog kurang deria rasa kan.heheee..
Kepada mereka yang tak ada perasaan sabar, sila jangan makan siput sedut. Sebabnya, risau nanti korang telan sekali dengan cekerang siput tu je. Yelah, sedut sedut tak keluar, sape buleh tahan kan ? Last2 telan sekali dengan cengkerang tuh..ha naye la ko berak sembelit 40 hari. Bagi mereka yang kurang mahir, memang memerlukan masa yang agak lama gak la untuk sedut siput ni. Bukan buleh guna vakum untuk sedut siput neih.
pssstttttt : teringin nak kutip siput.
♥