salam u ols ;)
olaa semua!!
pe kabar u ols sekalian ?? sehat tak ?? wut?? tak sehat?? OMG, sila dapatkan rawatan di hospital yang berdekatan dengan segera sebelum penyakit u ols merebak dan menular dan bertambah teruk dan teruk dan teruk seteruk teruknya! baiklah, i ols nak share ngan korang satu kesah..
camni, tadi lam kelas BM a.k.a Bahasa Melayu, kitorang kena present tau..group yang present kena la jadik cikgu,bebudak yang lain menyamar jadik murid la kan..we ols telah dilatih untuk bercakap dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul..maknanya, kalau perkataan seperti kitorang, kau orang, aku orang, kamu orang, we ols, they ols, sume2 bahasa pasar, bahasa mat saleh, bahasa korea, bahasa dialek dan segala bagai lagi bahasa yang tak formal adalah tidak dibenarkan dalam sesi pembelajaran tersebut.
percaya atau tidak, adalah janggal bagi seseorang untuk bertutur dalam Bahasa Melayu jati kalau sebelum ni, korang tak pernah praktikkan percakapan tersebut lam kehidupan seharian korang..sangat2 berbelit lidah la jugak nak menyusun ayatnye..contoh camni la kan, " pada hari ini, kami akan membentangkan aktiviti nyanyian yang bertajuk - Jika Rasa Gembira. Justeru itu, cikgu nak kamu semua berdiri dan menyanyikan lagu ini bersama-sama." hamex ko, tak penah2 aku guna perkataan JUSTERU ITU untuk berbual2 ngan kekawan sambil cicah cekodok ngan air kopi..apa lagi nak guna perkataan tu masa ngah sembang2 ngan mak sambil potong sayur kat dapur..mungkin bagi saia, ayat itu sangatlah skematik..hoho..tapi bak kata lect saia, " kamu semua ni bakal guru..guru Bahasa Melayu pulak tu..takkan lah kamu nak guna bahasa pasar semasa sesi pnp ? " erk...betol2...lupa pulak aku ni bakal guru..ingatkan bakal nurse/arikitek/ doktor..hekhekk.. moral of da story : bahasa mencerminkan budaya..eh?
okei, semenjak dua menjak ni, i ols sangatlah jarang online..maka, tak dapatlah i ols nak blogwalk kat belog2 korang sekalian alam..mintax maaf ye tuan tuan puan puan cik cik akak akak adik adik semua..esok2 saya akan skodeng belog anda sekalian yea..kepada sayangnesss saya..terima kasih kerana sudi menjadi mysayangnesss! dah 288 sayangness a.k.a followers..ouch..sangat terharu..sayang korang semuaa..harap persahabatan kita kekal selamanya yea! saling kunjung mengunjung, klik mengklik nuffnang/ innity/ atau YS kan amalan mulia sesama blogger ? heheeee
korang, hari tu kan..minggu lepas la, hari Jumaat kalau tak cilap i ols, i ols ada menghadiri ceramah tentang warisan Melayu..so i ols nak share la ciket inti pati ceramah tersebut ngan u ols kan..menurut penceramah tu, orang Melayu sebenarnya sangat kaya dengan warisan yang satu ni..korang nak tau apa warisan tersebut ? jawapannya ialah tunggu selepas ini! wahahaha~ eh tak2..jawapannya ialah hasad dengki..menurut beliau la kan, orang melayu memang kaya dengan warisan hasad dengki..
korang nak tau betul ke tak, korang cek diri sendiri sama ada korang ada tak penyakit hasad dengki ni..kalau tak de, baguslah..maknanya korang dah tak mewarisi warisan turun temurun nieh..tapi, kalau korang ada lagi perasaan hasad dengki ini, baik korang pegi cuci bersih bersih segala daki yang tutup korang punya hati..
btw, kalau mengikut bahasa moden la kan, hasad dengki juga dikenali sebagai jealous atau jeles..jelas tak ? jadi, kalau korang bajet diri korang tak de rasa hasad dengki, try korang tanya hati korang, ada tak perasaan jeles lam diri korang ? cek jangan tak cek ya..manusia ni kan kadang2 cepat lupa, jadi, kita perlulah selalu semak hati kita ni kan..jangan sampai dah berkulat bernanah baru nak bersihkan hati..parah akibatnya nanti..tak gitue ?? wah2..da jadi penceramah bebas pulak tengah2 malam ni kan..hahaha
seterusnya, hehehe..dah macam karangan pulak ! i ols juz nak tanya la kan, kenapa seseorang individu sanggup menggunakan agama untuk mempertahankan diri yang salah ? i ols cukup tak berkenan la ngan sorang individu yang berlagak muslimah tapi hakikat sebenarnya tak macam tu ! WTF la ko..! haa hamex ko..da hangin dah nieh..! ok2..cool..jangan menyama tarafkan diri ko cam diri dia wahai cikbelog oitt!! ekceli la kan, senang cakap camni la..dunia zaman sekarang ni tak macam dulu lagi dah..zaman sekarang ni, kita dah tak boleh menilai seseorang dari aspek pemakaian semata-mata..jadi, berhati-hati la korang semua ya..
lagi satu, cikbelog nak pesan sangat2 kepada wanita di luar sana, jangan hancurkan kebahagiaan wanita lain semata-mata demi kepentingan sendiri..i ols harap, cinta tak menjadikan korang sebagai wanita yang tiada martabat.. tak salah jatuh cinta pada suami orang..tapi pastikan lelaki tu mampu berlaku adil..dan korang perlu terima di mana kedudukan korang yang sepatutnya..cuba bayangkan kalau lelaki tersebut tak berlaku adil, korang jugak yang merana sengsara..kan? bak lirik lagu Rossa - cinta perlu pakai otak .! kalau pakai hati je mati la korang..
lagipun, poligami kan sunnah Nabi? tak salah nak berpoligami..tapiii...bila dah berpoligami, jangan pulak korang yang tak cukup duit nak beli beras tiap2 bulan, tak boleh beli baju baru kat anak sorang sepasang..tak cukup duit nak bagi nafkah kat anak bini..yang tak bleh blah, lelaki ni ingat tang poligami je la sunnah Nabi..yang lain2 amalan Nabi, diorang tak amix tau! banyak hensem muka korang eh!
btw, memang la i ols ni tak kawen lagi, tak paham pemikiran orang tua yang pelik2..tak paham erti hidup yang sebenar..tapi hakikatnya camtu lah..cinta boleh butakan hati sesiapa sahaja..kerana cinta, seorang anak sanggup menderhaka pada ibu bapa, kerana cinta, seorang suami sanggup lukakan hati isteri lupakan anak-anak, kerana cinta, si isteri mula berani menduakan suami, kerana cinta, si dara sanggup sujud pada bomoh, kerana cinta, makin bertambah bilangan anak luar nikah, semuanya kerana cinta! cinta itu indah, tapi merana jika kita tak faham apa itu cinta..dan sesetengah perkara tak boleh dipelajari daripada buku semata-mata..kadang-kadang, kita perlu juga menyelak lembaran hidup orang lain untuk dijadikan sebagai panduan, kan?
ibu..
ibu...
engkaulah ratu hatiku..
bila kau berduka..
aku kan tetap bersamamu selalu....
psssttt : korang lebih sanggup hadapi masalah cinta atau masalah keluarga yang bercerai berai? ;)
♥
tajuk entry: kepanjangan entryku terserlah
ReplyDeletehaha. soklan last tu..i prefer xmo hadapi due2..huhu
tajuk yg sesuai adalah::
ReplyDeletesila tarik nafas dlm2 sebelum bace entry ini..mak oi!! semput membace...huhuhu~~
sgt pjg entry nih..
ReplyDeletemmg mcm karangan..tp pages byk..
x snggup menghadapi masalah keluarga..
cinta belum kawen lagi kan..
if dah kawen,pon x sanggup nk hadap gaks..
minta simpang..
mak aiii...penat den
ReplyDeletehahaa tq kat korang..walaupon panjang korang stil jenguk2 entry nieh..hehehe
ReplyDelete