Showing posts with label status nuffnang. Show all posts
Showing posts with label status nuffnang. Show all posts

say no to click fraud !

www.tips-fb.com
salam u ols :)

cikbelog nak kongsi ciket cerita tentang nuffnang ni. hoyeh ! nuffnang ada bagi emel kat cikbelog. kau orang baca la emel nie eh..Mr.Robb Chew dah translate siap-siap dah kot BM. kau orang baca, teliti dan paham ya. Selamat Membaca. :)


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd



baiklah, dah habes baca ? bagus2.. moral of the story is, we ols tak boleh lagi suka-suka hati, suka-suka perut, suka-suka mata main tekan-tekan iklan nuffnang ya..selain itu adik-adik, kawan-kawan, atok nenek sekalian, kita juga tak boleh sewenang-wenangnya jerit kat shoutbox :

" OIT ! AKU DAH KELIK IKLAN NUFF KO.! KO JANGAN LAK WAT TAK RETI BAHASA. KELIK IKLAN AKU GAK TAU!!"



plizz yea adik-adik, cucu cicit sekalian.. avoid it and behave yourself ya. Nanti tak pasal-pasal plak kau orang direkod dan dicop buat kegiatan click fraud. menangis tak berlagu la kau orang..






salam Nuffnang dari saya,
cikbelog♥..









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

buffered earnings kedua

www.tips-fb.com

salam u ols ;)



apa khabar semua ? sihat2 saja ? ada yang tak sihat ? hati2 yea..sekarang ni musim demam denggi..kat hostel cikbelog ni pun dah ada yang kena.



eh, u ols pegi mana wekend nie? cikbelog dan kekawan kuar overnite hari jumaat hari tu..hehe..seronokk sgt ! yeay ! siap pegi jonker walk lagi..tak penah2 sampai ke sana walaupun dah tiga tahun kat bumi melaka nieh..hari sabtu plak gi seremban..yang x leh blah pegi jusco kat seremban 2 je pon..! heee..macam la kat Melaka ni tak de jusco kan? btw, kadang2 buat kerja gila camni bes jugakkan ? ekeeekee..







bila kat jonker walk, rasa macam dah kembali pada zaman 70an je..ngee~




okei, kembali kepada tajuk sebenar entry nie..ehem..ekceli..cikbelog dapat buffered earnings kedua dari mr. Nuffy ! yeay ! tenkiu inchik Nuffnang kerana masih lagi sayangkan cikbelog.. hikhikk..



iklan yang sedang running kat blog saya ialah AXE Deodrant LB ! wahh..Alhamdulillah..jadi, u ols sekalian, rajin2kan jari u ols untuk klik iklan tersebut yea..hee..patut la semalam cikbelog try refresh 3,4 kali, iklan tu masih lagi melekat kat blog cikbelog..



tapi kan, pagi ni, bila cikbelog bka je blog ni, iklan tu tak de..haishh..konpius den..sedangkan iklan tu ngah running..belom jadi metered earnings..korang penah jadi camni tak ?



tak pe la..dah dapat buffered pun dah syukur dah..tapi, kalau korang ternampak AXE, korang jangan lupa klik2 yea..trimass..sayang u ols sekalian.. :)







pssttt : esok cikbelog akan bersihkan kawasan Masjid Al-Azim untuk program Bina Insan Guru..ade sape2 nak join ?? hehee






terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

kesilapan di entry lalu..heee

www.tips-fb.com

hey2..hehe



cikbelog nak gtaw yang cikbelog da tersilap type untuk entry rezeki dari nuffnang..ekceli bukan rm5.39 tapi jumlah yang sebenarnya ialah rm 50.36..tertinggal pulekk angka kosong pas nombor lima tuh..hehee..kecilapan tuh tak perasan pulak..tp pas baca komen entry tu baru cikbelog perasan yang cikbelog da tersilap type..wakakkakaa malu denn!









neway, tenkiu kepada mereka yang menyedarkan cikbelog..hehee..sekian saja..terima kasih.. ;)





pssttt : kalau rm 5.36 memang tak leh nak cash out kan!! hhaaaaa ;p




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Nuffnang pun tak suka dimadu, apalagi saya ?

www.tips-fb.com

hey3 u olss ;)



salam ..kabare?? waras?? bagos2..semoga korang semua waras minda lagi yea..eh..cikbelog nak share berita gumbira nieh..ngeee~



u ols, ari tu kan cikbelog ada gtaw yang status nuffnang cikbelog da bertukar kepada ordinary daripada glitterati [klik cini ] .. agak risau la jugak bile status tetiba berubah..tenkiu kepada u ols yang sudi bagitau sebab musabab perubahan status ni..rupa2nya, nuffnang tak suka dimadukan..dan i ols telah memadukan nuffnang dengan youthsays selama ni..ouch! patot laaa...



skang ni, i ols da delete youthsays dari belog i ols..i ols akan promosikan youthsays di facebook atau semasa sesi blogwalking sajorkk...hoh..tengok tu u ols..nuffnang pon tak suka dimadukan..apalagi kita yang punyai hati dan perasaan..lagi la tak nak dimadukan..betol x ?? [tetiba jerkk...huhu]



so, kepada u ols, kalau nak status nuffnang kekal dengan GLITTERATI, u ols tak yah masukkan pape iklan lain selain daripada iklan nuffnang, okey ??






pssttt : esok da mula kelasss! oh tidakkkk!







MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]