say no to click fraud !

www.tips-fb.com
salam u ols :)

cikbelog nak kongsi ciket cerita tentang nuffnang ni. hoyeh ! nuffnang ada bagi emel kat cikbelog. kau orang baca la emel nie eh..Mr.Robb Chew dah translate siap-siap dah kot BM. kau orang baca, teliti dan paham ya. Selamat Membaca. :)


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd



baiklah, dah habes baca ? bagus2.. moral of the story is, we ols tak boleh lagi suka-suka hati, suka-suka perut, suka-suka mata main tekan-tekan iklan nuffnang ya..selain itu adik-adik, kawan-kawan, atok nenek sekalian, kita juga tak boleh sewenang-wenangnya jerit kat shoutbox :

" OIT ! AKU DAH KELIK IKLAN NUFF KO.! KO JANGAN LAK WAT TAK RETI BAHASA. KELIK IKLAN AKU GAK TAU!!"



plizz yea adik-adik, cucu cicit sekalian.. avoid it and behave yourself ya. Nanti tak pasal-pasal plak kau orang direkod dan dicop buat kegiatan click fraud. menangis tak berlagu la kau orang..






salam Nuffnang dari saya,
cikbelog♥..









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

6 comments:

  1. uish..nuffnang nih ta penat2 ke duk antar emel cmtuh kat bloger2..haish

    ReplyDelete
  2. oo.. bru tau.. so maknenye kite blh klik je, tp jgn tinggalkan pesan kat blog tu suruh dia klik kat log kite balik. macam itu ka?

    ReplyDelete
  3. tp kte msh boleh kelik satu unit dlm tempoh sehari yg mcm nuffnangers slalu bg tips kan?? ahh penin

    ReplyDelete
  4. cara 'cepat' nak dpt duit kot..huhu

    ReplyDelete
  5. cikjari - cikbelog baru 1st time terima emel nie..


    siti - hmm..cikbelog pun tak paham gak sebenarnya..mybe kita juz bagitau camni je kot.. "dah bg apa yang patut untuk tuan blog"..hee boleh ke camtu?muehehe ;p


    aki - yup..buleh2


    sephia - hee..memang pun..ni la cara paling senang nak dapat duit


    budakmengong.- :)

    ReplyDelete

sila senyum sebelom komen +__+