Showing posts with label nuffnang beginner. Show all posts
Showing posts with label nuffnang beginner. Show all posts

say no to click fraud !

www.tips-fb.com
salam u ols :)

cikbelog nak kongsi ciket cerita tentang nuffnang ni. hoyeh ! nuffnang ada bagi emel kat cikbelog. kau orang baca la emel nie eh..Mr.Robb Chew dah translate siap-siap dah kot BM. kau orang baca, teliti dan paham ya. Selamat Membaca. :)


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd



baiklah, dah habes baca ? bagus2.. moral of the story is, we ols tak boleh lagi suka-suka hati, suka-suka perut, suka-suka mata main tekan-tekan iklan nuffnang ya..selain itu adik-adik, kawan-kawan, atok nenek sekalian, kita juga tak boleh sewenang-wenangnya jerit kat shoutbox :

" OIT ! AKU DAH KELIK IKLAN NUFF KO.! KO JANGAN LAK WAT TAK RETI BAHASA. KELIK IKLAN AKU GAK TAU!!"



plizz yea adik-adik, cucu cicit sekalian.. avoid it and behave yourself ya. Nanti tak pasal-pasal plak kau orang direkod dan dicop buat kegiatan click fraud. menangis tak berlagu la kau orang..






salam Nuffnang dari saya,
cikbelog♥..









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

keywords belog dunspeakme minggu ini

www.tips-fb.com
salam u ols :)


eh, ekceli la kan, diriku pelik la. kau orang buleh login gengblogger tak ? tadi aku bukak la website tu kan tapi yang keluarnya camni : "This website may harm your computer !" apekah??? tak paham..wowoowwwwoooo~~~





gambar diambil dari abang google




sape2 yang paham kenapa jadik camni tolong la bagi huraian beserta contoh kat saya yang agak buta teknologi nieh..tulunn...tulun~~~



nama saya cik ayam (-.-")






Hari ni agak boleh bernafas ciket. Lega jugak tugasan dah hampir selesai. Hekhek..dari hari tu duk buat tak siap2 lagik. Saya memang lambat wat keja. Maklom la zaman sekarang banyak cabaran . Nak ngadap fesbuk maen pet society la, restaurant city la, mana nak ngadap blog lagi, nak layan movie la..ha..tu semua cabaran semasa menyiapkan tugasan..



eh, i ols tetiba rajin untuk bukak akaun nuffnang hari ni. Jadi, i ols nak share la serba sedikit berkaitan dengan keywords untuk minggu ni. Keywords ni berfungsi sebagai penarik pembaca kan ? kalau tak silap i ols la..mereka yang masuk ke blog cikbelog ni berdasarkan keywords nie la..abaikan kalau kau orang tak paham apa yang aku merepek ni..sebab aku pun dah konpius dengan apa yang aku type skang nie..ngee~





keywords minggu ini


sila klik untuk lebih jelas sedikit.. :)



keywords :

1 : wanita memang tamak - 3 hits
2 : terima hakikat ada mak tiri - 1 hits
3 : tesl uitm shah alam - 1 hits





baiklah.. walaupun keywords tu tak de la banyak benar hitsnye tapi aku sangat tertarik dengan keywords wanita memang tamak.. iskk2..agak2 kau orang la kan, sape la yang duk search tentang ketamakkan wanita ni yea ? hehe . aku agak la kan, ni mesti orang laki yang search tentang keywords ni. Maklom la, sekarang kan musim beli baju raya.



Wanita memang tamak, tak cukup dengan 1 baju raya je kan ? kan ? kalau ada yang cakap, "saya cukup dengan 1 baju raya je. Sebab saya tak suka pakai baju raya." ha tu memang bukan wanita la namanya. Sebab wanita ni lumrah dia memang suka membeli 3,5,6 pasang baju raya. kalau tak caya, try korang tanya mak, adik pompuan, kakak korang, berapa helai baju raya dia orang taun nieh. pastu kau orang compare dengan bilangan baju raya kau orang, ayah kau orang dan adik lelaki kau orang. Ha, memang sah, baju raya mak, adik pompuan dan kakak2 kau orang lagik banyak. heh!



lagi aku tertarik ialah keywords nieh..keywords tak leh blah..hehe..terima hakikat ada mak tiri..hurmm..memang la sebelom ni aku ada wat kesah tentang mak tiri. kononnya bagi tips untuk jadik mak tiri yang berkesan. ;p



kepada siapa-siapa yang ada mak tiri tapi kau orang tak leh terima kehadiran mak tiri tu, kau orang wat derk je la yea. memang berat nak terima. Tapi aku harap, kalau kau orang tak suka mak tiri kau orang tu, jangan la sampai kau orang derhaka kat bapak kau orang pulak ya. kalau nak benci pun, kau orang benci kat mak tiri kau orang je, tapi jangan nak benci mak bapak original kau orang pulak...buleh camtu ? wakakaka..nasihat tak leh diguna pakai..hekhek..senang cakap, kau orang hormat je la mak tiri ke mak kandung ke mak angkat ke mak sedara dan segala bagai mak lagilah. bukan ke yang tua patut disayangi, yang muda patut dihormati ? erk ?



tak baikkan derhaka kat mak ayah walaupun dosa mereka setinggi gunung. sekurang-kurangnya kau orang perlu ada rasa hormat dan sayang pada mereka juga. cewahhh bagi nasihat pulakkan..bukan apa, ni peringatan untuk diri sendiri jugek..muehehehe..eh, walau apa pun, aku tetap sayang mummy dan baba aku jerk.!


baiklah, mari kita sama-sama menuju kepada keywords yang ketiga iaitu keywords tesl uitm shah alam.. heh ! apo pelik benar nieh, tesl uitm shah alam buleh tersasar masuk dalam blog aku yang langsung tak ilmiah apa lagi tiada yang benar melainkan tipu-tipu belaka.



eh, harini i ols ada majlis bukak puasa. So, dapat makan free lagik laa..ngeee~~~ selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa u ols ! jangan lupa pegi terawih yeark..ala, aku tau, ada je yang duk wat invisible kat ym masa orang pegi terawih kan ? off chat kat FB la..tak blogwalking la..kononnya tak mau orang tau yang kamu tak pegi terawih.betul tak ? ala, tak yah tipu la. Aku pun memang dah penah wat keje2 camnieh.. ;p oh2..saia memang bukan budak baik ~ sial eh sila jangan tiru sikap dan aksi ini. (-.-")



ha satu lagik nak pesan, jangan lupa layan Vampire Suck yea! memang betul2 suck! kuangg3x..
lawak tahap gaban lah!





edward sullen bersama becca..hoishh kacakkan edward sullen nie? hee














terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

kesilapan di entry lalu..heee

www.tips-fb.com

hey2..hehe



cikbelog nak gtaw yang cikbelog da tersilap type untuk entry rezeki dari nuffnang..ekceli bukan rm5.39 tapi jumlah yang sebenarnya ialah rm 50.36..tertinggal pulekk angka kosong pas nombor lima tuh..hehee..kecilapan tuh tak perasan pulak..tp pas baca komen entry tu baru cikbelog perasan yang cikbelog da tersilap type..wakakkakaa malu denn!









neway, tenkiu kepada mereka yang menyedarkan cikbelog..hehee..sekian saja..terima kasih.. ;)





pssttt : kalau rm 5.36 memang tak leh nak cash out kan!! hhaaaaa ;p




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

rezeki dari nuffnang

www.tips-fb.com

salam u ols ;)



ihikk ini entry pendek sebelom gi class pagi nieh..hehe..i ols nak share berita gumbira dengan u ols semua ya! tadi kan, masa ngah jejalan dari blog ke blog sambil klik2 LG klik2 High 5..i ols tetiba terdetik rasa hati, nak cek akaun nuffnang..yelah kan..dah lama tak jenguk..entah berapa sen dah lam akaun tuh..



then, u ols semua nak tau tak..i ols rasa bersyukur sangat sebab i ols dah mengumpul RM50.39sen..heee~ dah bleh cash out tapi sabar dulu yea tuan tuan dan puan puan..saya tak berkesempatan lagi nak cash out memandangkan saya berada nun jauh di sini..hehe..



btw, dah pukul 7.31 am dah nie..clas dah memanggil dah pun..i ols nak ucapkan tenkiu sangat2 kat u ols semua yang banyak berjasa dalam kerja2 mengklik nuffnang nieh..eh, nie earning yang pertama sebenarnya..sebab tu la gumbiraa...hehehe..i ols stat berblog 2Mei2010 dan skang dah 7 Julai 2010..kepada kawan kawan semuaaa..marilah kita menambah pendapatan dengan klik mengklik sesama kitaa..jangan malas2 yea sebab rezeki takkan datang bergolek macam buah nangka tanpa sebarang usaha..selamat berblog semuaaa dan semoga anda semua murah rezeki dan sentiasa dirahmatiNya ..aminn ;)








terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

E-Book untuk Ahli Nuffnang?

www.tips-fb.com
muwnikk oL.!


semasa sesi 'blog berjalan' tadi..cikbelog terbaca satu entry di blog saudari noorafzan . korang nak tau entry tentang apa? apa lagik kalau bukan tentang nuffnang yang pasti melelehkan semua orang!


cmni tajuk entry beliau Ada E-Book untuk Nuffnang Beginner .eh cikbelog pon ape lagik! ngan mata yang bersinar2 terus je la klik citu..sebagai ahli nuffnang yang baru mengumpul dana RM1 tentula cikbelog teruja nak tahu lebih lanjut kan! mane tau kot ade peluang nak beli eskrim Walls kat korang sorang satu ke kannn..


cikbelog tak nak merapu panjang2..kalau korang pon nak E-Book nieh..moh le kite ke blog saudari nieh klik.


jangan risau!semuanya PERCUMA! dan terbukti bagos sebab cikbelog dah baca kedua-dua E-Book tersebut..dan sebagai manusia yang berpegang kepada pepatah 'orang memberi kita merasa' , korang ucap la tenkiu kat saudari yang bg info best nie yea! eh bukan cikbelog tapi beliau yang bernama bluedianthus.










MyEm0.Com


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]