Showing posts with label vampire suck. Show all posts
Showing posts with label vampire suck. Show all posts

keywords belog dunspeakme minggu ini

www.tips-fb.com
salam u ols :)


eh, ekceli la kan, diriku pelik la. kau orang buleh login gengblogger tak ? tadi aku bukak la website tu kan tapi yang keluarnya camni : "This website may harm your computer !" apekah??? tak paham..wowoowwwwoooo~~~





gambar diambil dari abang google




sape2 yang paham kenapa jadik camni tolong la bagi huraian beserta contoh kat saya yang agak buta teknologi nieh..tulunn...tulun~~~



nama saya cik ayam (-.-")






Hari ni agak boleh bernafas ciket. Lega jugak tugasan dah hampir selesai. Hekhek..dari hari tu duk buat tak siap2 lagik. Saya memang lambat wat keja. Maklom la zaman sekarang banyak cabaran . Nak ngadap fesbuk maen pet society la, restaurant city la, mana nak ngadap blog lagi, nak layan movie la..ha..tu semua cabaran semasa menyiapkan tugasan..



eh, i ols tetiba rajin untuk bukak akaun nuffnang hari ni. Jadi, i ols nak share la serba sedikit berkaitan dengan keywords untuk minggu ni. Keywords ni berfungsi sebagai penarik pembaca kan ? kalau tak silap i ols la..mereka yang masuk ke blog cikbelog ni berdasarkan keywords nie la..abaikan kalau kau orang tak paham apa yang aku merepek ni..sebab aku pun dah konpius dengan apa yang aku type skang nie..ngee~





keywords minggu ini


sila klik untuk lebih jelas sedikit.. :)



keywords :

1 : wanita memang tamak - 3 hits
2 : terima hakikat ada mak tiri - 1 hits
3 : tesl uitm shah alam - 1 hits





baiklah.. walaupun keywords tu tak de la banyak benar hitsnye tapi aku sangat tertarik dengan keywords wanita memang tamak.. iskk2..agak2 kau orang la kan, sape la yang duk search tentang ketamakkan wanita ni yea ? hehe . aku agak la kan, ni mesti orang laki yang search tentang keywords ni. Maklom la, sekarang kan musim beli baju raya.



Wanita memang tamak, tak cukup dengan 1 baju raya je kan ? kan ? kalau ada yang cakap, "saya cukup dengan 1 baju raya je. Sebab saya tak suka pakai baju raya." ha tu memang bukan wanita la namanya. Sebab wanita ni lumrah dia memang suka membeli 3,5,6 pasang baju raya. kalau tak caya, try korang tanya mak, adik pompuan, kakak korang, berapa helai baju raya dia orang taun nieh. pastu kau orang compare dengan bilangan baju raya kau orang, ayah kau orang dan adik lelaki kau orang. Ha, memang sah, baju raya mak, adik pompuan dan kakak2 kau orang lagik banyak. heh!



lagi aku tertarik ialah keywords nieh..keywords tak leh blah..hehe..terima hakikat ada mak tiri..hurmm..memang la sebelom ni aku ada wat kesah tentang mak tiri. kononnya bagi tips untuk jadik mak tiri yang berkesan. ;p



kepada siapa-siapa yang ada mak tiri tapi kau orang tak leh terima kehadiran mak tiri tu, kau orang wat derk je la yea. memang berat nak terima. Tapi aku harap, kalau kau orang tak suka mak tiri kau orang tu, jangan la sampai kau orang derhaka kat bapak kau orang pulak ya. kalau nak benci pun, kau orang benci kat mak tiri kau orang je, tapi jangan nak benci mak bapak original kau orang pulak...buleh camtu ? wakakaka..nasihat tak leh diguna pakai..hekhek..senang cakap, kau orang hormat je la mak tiri ke mak kandung ke mak angkat ke mak sedara dan segala bagai mak lagilah. bukan ke yang tua patut disayangi, yang muda patut dihormati ? erk ?



tak baikkan derhaka kat mak ayah walaupun dosa mereka setinggi gunung. sekurang-kurangnya kau orang perlu ada rasa hormat dan sayang pada mereka juga. cewahhh bagi nasihat pulakkan..bukan apa, ni peringatan untuk diri sendiri jugek..muehehehe..eh, walau apa pun, aku tetap sayang mummy dan baba aku jerk.!


baiklah, mari kita sama-sama menuju kepada keywords yang ketiga iaitu keywords tesl uitm shah alam.. heh ! apo pelik benar nieh, tesl uitm shah alam buleh tersasar masuk dalam blog aku yang langsung tak ilmiah apa lagi tiada yang benar melainkan tipu-tipu belaka.



eh, harini i ols ada majlis bukak puasa. So, dapat makan free lagik laa..ngeee~~~ selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa u ols ! jangan lupa pegi terawih yeark..ala, aku tau, ada je yang duk wat invisible kat ym masa orang pegi terawih kan ? off chat kat FB la..tak blogwalking la..kononnya tak mau orang tau yang kamu tak pegi terawih.betul tak ? ala, tak yah tipu la. Aku pun memang dah penah wat keje2 camnieh.. ;p oh2..saia memang bukan budak baik ~ sial eh sila jangan tiru sikap dan aksi ini. (-.-")



ha satu lagik nak pesan, jangan lupa layan Vampire Suck yea! memang betul2 suck! kuangg3x..
lawak tahap gaban lah!





edward sullen bersama becca..hoishh kacakkan edward sullen nie? hee














terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]