Tapikan, yang aku pelik, kawan aku cakap, dia pernah makan lempeng cicah dengan asam pedas. Ha, pelik tak ? atau aku yang pelik sebab tak pernah makan camtu. hee. korang penah makan camtu ? kalau ko tak tahu camne ghupe lempeng tu meh sini aku tunjuk
Tadaaaa..inilah lempeng dan bukannya lempang
Nanti korang try lah makan lempeng cicah asam pedas. Berdasarkan reaksi muka kawan aku semasa bercerita tentang lempeng cicah asam pedas ni, muka dia fullamakk ! beria sampai memang boleh buat orang terliur dan rasa nak cuba on the spot resipi ni.
Bila korang dah try, bagitahu aku camne rasanya ya. hehee Eh, asam pedas Melaka sangat sangat sangat sodappppp.

sekarang ni ngidam nak makan sate daging. ada sape-sape nak belanja ?