Showing posts with label asam pedas. Show all posts
Showing posts with label asam pedas. Show all posts

Makan Lempeng Cicah Asam Pedas sedap ke ??

www.tips-fb.com
Semenjak belajar kat Melaka ni, hari-hari aku makan nasi berkuahkan asam pedas. Dah tak nak pandang dah kuah lain. Mestiii nak asam pedas. Bak kata pepatah yang aku cipta, ke mana tumpahnya asam pedas kalau bukan ke nasi aku. ngiahaha.

Tapikan, yang aku pelik, kawan aku cakap, dia pernah makan lempeng cicah dengan asam pedas. Ha, pelik tak ? atau aku yang pelik sebab tak pernah makan camtu. hee. korang penah makan camtu ? kalau ko tak tahu camne ghupe lempeng tu meh sini aku tunjuk



Tadaaaa..inilah lempeng dan bukannya lempang

curik dari google ;)



Tak dapat nak bayangkan camne rasanya bila lempeng dicicahkan ke dalam kuah asam pedas tu. Kawan aku ni orang Johor. Tak tahulah kot ni memang resipi orang Johor. hehee.


Nanti korang try lah makan lempeng cicah asam pedas. Berdasarkan reaksi muka kawan aku semasa bercerita tentang lempeng cicah asam pedas ni, muka dia fullamakk ! beria sampai memang boleh buat orang terliur dan rasa nak cuba on the spot resipi ni.


Bila korang dah try, bagitahu aku camne rasanya ya. hehee Eh, asam pedas Melaka sangat sangat sangat sodappppp.





sekarang ni ngidam nak makan sate daging. ada sape-sape nak belanja ?
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]