

salam u ols :)
camne ngan raya kau orang ? meriah ? buat pintu umah terbuka tak ? banyak tak dapat duit raya ? duit raya saya lagi 30 hengget nak cukup 100..ade sape2 yang sudi cukupkan 100 tak ?kalau ada yang bermurah hati nurani nak cukupkan 100, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen ya..hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua..ngee~ :)
esok, saya akan bertolak pulang ke KL pulak..ada sape2 nak tumpang tak ? tambang tak mahal, 20 hengget sorang jerk..harga kekawan je tu..harap-harap jalan tak jem strawberi mahupun jem tart nenas ataupun jem kaya, kacang dan segala bagai jem yang terdapat di Malaysia. Tak larat duk lam kereta lama-lama walaupun bukan aku yang drive.
baiklah, esimen tak siap lagi. Hari Ahad konpem aku tak tido sebab nak siapkan dua esimen yang perlu dihantar pada hari Isnin..Pastu nak kena pegi berkhemah pulak..kalau perlu pilih antara bkhemah atau cuci jamban, konpem-konpem aku sanggup cuci jamban.
justeru adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pak cik mak cik sekalian, bila esimen saya bertimbun tinggi ibarat tingginya longgokan sampah sarap, maka, tak dapatlah saya skodeng belog kamu semua sekerap yang mungkin ya. jadi, kalau kamu rindu saya, kamu jangan lupa tinggalkan jejak di shoutbox atau di ruangan komen ya . (-.-")
Bila keadaan saya dah stabil, saya akan skodeng belog kamu semuaaaa..! janji :)
jangan lupa ganti pose ! ;p
salam u ols :)
Baiklah, ini bukan entri jiwang tapi ini entri penyesalan.
Mumy dah cakap, kalau nak buat sesuatu pikir banyak kali. pikir. jangan main ikut nafsu serakah je. Tapi sebagai anak muda yang cepat memberontak dan acap kali tunduk pada nafsu, aku terlupa jugak nasihat mumy.
andai aku berjaya menepis segala godaan syaitan, konpem aku tak resah gelisah macam ni.
iskk..tensen ! orang kata, terlajak perahu buleh diundur, terlajak gatal buleh mengandung, terlajak degil ?? ko menyesal sorang2 !
wa tensen sungguh kalau bab2 duit nieh..isskk iskk..nak hidop kat cini sampai bulan 11, elaun dah paras nyawa-nyawa ikan. macam mana ?? waaa!! dah2 tak yah gatai duk tagih simpati kat cini. paanggg sedas dua baru tau . kata-kata bonda tak nak dengar, kan dah jadi macam ni. padan muka !
Sedih pulak. Yang paling tensen, di saat duit kering la macam-macam bil kena bayar. Ni yang tetiba nak pasang "ayah gula" nie. ekekeke. Tetiba rasa nak layan lagu cinta-nyanyian Mohd Mentor, anak didik Ziana Zain tuh.
Dalam kelas tadi, ngah syok2 dengar puan BM mengajar, tetiba enpon ni berbunyik..Pelik jugak sebab naik nombor yang tak dikenali. Duk bajet ada orang nak ngorat la kan. Manalah tau kot-kot secret admire call ke kan. ececeeeee
perbualannya berbunyi begini :
ehem2..
Nombor tak dikenali :
ni nak tanya, ada oder nasi kerabu telur masin tak untuk bukak puasa hari ni ?saya :
ada2. Jangan lupa tambah budu sebagai kuah. saya tak boleh hidup tanpa budu.Nombor tak dikenali :
baiklah. Semua sekali harga 96 hengget sajork. Tunai tau.saya :
weh, asal mahal sangat ? aku tempah nasik kerabu je kot. bukannya nasik kerbau.Nombor tak dikenali :
Ha tau pon kau terkejut ! tu bil berukband ko. bila nak bayar ? apa ko ingat berukband ko tu free of cas ke hah ? ini bukan program bersamamu. Kalau dah agak tak leh nak bayar tu, tak yah la pakai berukband. Bela je beruk-beruk bagai .
cis2!! ciskek tul .. orang maxis rupanya! tau plak ko call aku yerk..muehehe..bil berukband dah tertunggak 2 bulan katanya. ekeke..suka-suka ati je tak bayar bil kan..hekhek..
baiklah, bila tengok lesen lam purse, baru aku teringat..aiyakk! lesen tak renew lagikk.. hadoiii..apekah ?? apekah ?? keta tak penah drive, keje duk renew lesen jerk. Asbestos tul !
Lambat tul nak masuk taun depan. Tak sabar nak buleh elaun untuk sem depan pulek..ekeke.. ;p
sila jangan contohi saya yang suka menghabiskan elaun bukan pada jalan yang benar. wee~
inchik assignment dah datang. dah tak buleh rileks2 goyang perut lagi dah . stress makin bertambah dengan segala assignment. yeay! saya dah stress ! ! yeay..seronoknyee..~
salam u ols =)
warghh ! saya sangat rindukan belog saya.
baiklah anda sekalian. hari ini hari ahad, tapi saya bukan nak ceritakan kisah hari ahad, tapi saya nak ceritakan kisah hari sabtu saya. Sangat mencabar, bagi saya sorang je la.
Begini, saya telah mempelajari sesuatu yang sangat saya tak suka. kamu pernah dengar kata-kata ini, "jangan membenci, nanti kamu akan mencintai" ? saya rasa, saya pikir, saya agak, kamu sememangnya harus mempercayai kata-kata itu.
saya sangat tak suka naik LRT, ERL, Star, Monorail, dan apa-apa jelah yang berkaitan ngan kenderaan awam yang spesis macam itu. Saya lebih suka naik bas yang terus tiba ke destinasi. Kenapa ? sebab, saya tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Demandkah saya ? oh, tidak. saya bukan mengada-ada, cuma saya agak tak suka menyusahkan diri saya. terukkan ? ya, itu perangai buruk saya. ;p
Dan, pada hari sabtu bersamaan dengan 14.8.2010, saya telah diajar oleh kawan saya untuk naik Star dari Bukit Jalil ke Bandar Tasik Selatan dan ERL dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya. Menurut beliau, dengan menaiki kenderaan awam camni, tak de lah saya perlu tertunggu-tunggu di Melaka Central ibarat saya menunggu kembangnya bunga di waktu pagi. kalau ikutkan hati, saya memang nak naik bus transnasional je dari melaka ke putrajaya. Dan, saya akan amix bus pukul 4.00 petang. Jadi, memandangkan hari ini puasa, dan saya tak nak lah sampai ke umah pada ja 7.00 petang, saya pun naik la bus ke KL dan amix ERL ke putrajya.
saya rasa, perasaan cinta saya terhadap ERL sudah bercambah. yes ! kalau sebelum ini, saya tak suka naik kenderaan awam macam tu, tapi kini, saya dah jatuh cinta dengan kenderaan awam macam tu. seee! moral of da story, kau orang jangan tak suka sesuatu secara berlebih-lebihan, nanti kau orang akan terlebih mencintai sesuatu yang kau orang pernah benci tu. tak percaya ? cubalah. ;p
by the way, saya sangat suka pegi bazar ramadhan tadi. pecayalah ! saya mabuk melihat beraneka jenis air tadi. ohh! mabukkk..sangat mabukk..nasib baik mumy berjaya menenangkan saya. haha. nafsu kan ? well, bulan puasa camni memang la nafsu makan sentiasa meningkat.
bila la kat kampung saya nak wujud ERL ek ? hikss ;)
eh, korang sahur makan pe? cikbelog dah kenyang nie..hadehh
salam u ols sekalian ;)
i ols nak mintak tolong u ols bagi pendapat leh tak ? u ols suka sign cikbelog yang lama atau yang baru ? hehe..cikbelog dah tukar sign..dan cikbelog rasakan kedua-dua signature cikbelog langsung tak menunjukkan tahap kematangan! but, i loikess my new signature..hehe..
anda lebih suka sign yang mana ? yang baru atau yang lama ?? atau anda tak suka kedua-duanya?hehehee ;p
salam u ols ;)
hari ni hari last i ols bercuti dan harini jugak tepat jam 8.00 pagi camtu la kot, i ols akhirnya tiba jugak di stesen bus Melaka ni..apa lagi kalau bukan Melaka Central..walaupon i ols hanya pelajar dalam negeri, tapi i ols amat berasa sedih, sayu, pilu untuk menjejakkan kaki di sini.
i ols agak, feeling ni akan berkurangan sekiranya i ols bertemu jodoh ngan makhluk yang bernama lelaki di negeri ini..aggaggaaa~ gatal !
untuk pengetahuan umum u ols, i ols naik bus transnasional lam kul 8.00 malam, pada hari sabtu bersamaan 26 Jun 2010.. i ols agak terkejut keberukkan apabila mendapati bus transnasional tersebut bertingkat cam mangkuk tingkat..i ols agak dan sangat dan memang tak suka bus 2 tingkat.. i ols memang la gayat tapi itu bukan sebab utama !
yang pasti, bus dua tingkat itu sangat sempit dan tak selesa dan dan dan dan...! i ols tak sukaaa bus tersebut dan dengan demikian jugak, i ols dah wat pakatan secara berjemaah bersama rakan-rakan seperjuangan i ols untuk memboikot bus tersebut.hahaha..memandangkan pemandu bus yang tak brape nak hensem lagi kerek lagi sombong lagi bongkak lagi menambah menyampah i ols untuk naik bus tu .. kepada abang2 driver bus, jangan nak sombong ya..sebagai manusia, kita perlu hormat orang lain supaya orang lain terbuka pintu hati untuk menghormati kita, okei ?
setibanya di hostel, pepagi buta i ols da wat dosa..wakaka..dasar budak tak baik..memang cam tu kan.. apa dosanya? dosanya ialah menipu atau lam bahasa sopannya ialah berpura-pura..eh? ekceli i ols tak tinggalkan buku balik kampung pon sebelom cuti hari tu, jadi, pagi tadi, i ols berpura-pura amix buku balik kampung kat pondok jaga memandangkan mak cik jaga dah skodeng i ols dari jauh kan, so, i ols terpaksa la menipu cam tu..salah ke? hohoo..i ols pon tak tau kenapa i ols anti ngan hostel ni meskipun i ols tahu hostel ni tak berdosa..mungkin peraturan yang menyebabkan i ols dan hostel agak sukar untuk berbaik seperti adik beradik..
yang paling cedey nye pulekk, tilam i ols da pun ditukar gantikan ngan tilam buruk..hampeh tul..bile la diorang nak bagi tilam vono kat i ols ni kan..muehehhee..
aishh...rindunya kat umah ! rindu kat bilik, rindu kat katil, rindu kat meja makan, rindu kat peti, rindu kat dapur, rindu ngan tv, rindu ngan Hagemaru, rindu ngan dendam orang minyak, rindu ngan sofa depan tv, rindu ngan bantal, rindu sangat2!!!
selamat tinggal rumah, selamat datang hostel ;)
aku kan cuba
mencintai tempat ini
sedaya hatiku~