salam u ols :)

Baiklah, ini bukan entri jiwang tapi ini entri penyesalan.
Mumy dah cakap, kalau nak buat sesuatu pikir banyak kali. pikir. jangan main ikut nafsu serakah je. Tapi sebagai anak muda yang cepat memberontak dan acap kali tunduk pada nafsu, aku terlupa jugak nasihat mumy.
andai aku berjaya menepis segala godaan syaitan, konpem aku tak resah gelisah macam ni.
iskk..tensen ! orang kata, terlajak perahu buleh diundur, terlajak gatal buleh mengandung, terlajak degil ?? ko menyesal sorang2 !
kalau la aku tak beli enpon idaman tuh, konpem! konpem elaun aku tak habeh lagi niehh..kalauu..kalauuu...wowowwooo~
wa tensen sungguh kalau bab2 duit nieh..isskk iskk..nak hidop kat cini sampai bulan 11, elaun dah paras nyawa-nyawa ikan. macam mana ?? waaa!! dah2 tak yah gatai duk tagih simpati kat cini. paanggg sedas dua baru tau . kata-kata bonda tak nak dengar, kan dah jadi macam ni. padan muka !
Sedih pulak. Yang paling tensen, di saat duit kering la macam-macam bil kena bayar. Ni yang tetiba nak pasang "ayah gula" nie. ekekeke. Tetiba rasa nak layan lagu cinta-nyanyian Mohd Mentor, anak didik Ziana Zain tuh.
Dalam kelas tadi, ngah syok2 dengar puan BM mengajar, tetiba enpon ni berbunyik..Pelik jugak sebab naik nombor yang tak dikenali. Duk bajet ada orang nak ngorat la kan. Manalah tau kot-kot secret admire call ke kan. ececeeeee
perbualannya berbunyi begini :
ehem2..
Nombor tak dikenali :
ni nak tanya, ada oder nasi kerabu telur masin tak untuk bukak puasa hari ni ?saya :
ada2. Jangan lupa tambah budu sebagai kuah. saya tak boleh hidup tanpa budu.Nombor tak dikenali :
baiklah. Semua sekali harga 96 hengget sajork. Tunai tau.saya :
weh, asal mahal sangat ? aku tempah nasik kerabu je kot. bukannya nasik kerbau.Nombor tak dikenali :
Ha tau pon kau terkejut ! tu bil berukband ko. bila nak bayar ? apa ko ingat berukband ko tu free of cas ke hah ? ini bukan program bersamamu. Kalau dah agak tak leh nak bayar tu, tak yah la pakai berukband. Bela je beruk-beruk bagai .
cis2!! ciskek tul .. orang maxis rupanya! tau plak ko call aku yerk..muehehe..bil berukband dah tertunggak 2 bulan katanya. ekeke..suka-suka ati je tak bayar bil kan..hekhek..
baiklah, bila tengok lesen lam purse, baru aku teringat..aiyakk! lesen tak renew lagikk.. hadoiii..apekah ?? apekah ?? keta tak penah drive, keje duk renew lesen jerk. Asbestos tul !
Lambat tul nak masuk taun depan. Tak sabar nak buleh elaun untuk sem depan pulek..ekeke.. ;p
sila jangan contohi saya yang suka menghabiskan elaun bukan pada jalan yang benar. wee~
inchik assignment dah datang. dah tak buleh rileks2 goyang perut lagi dah . stress makin bertambah dengan segala assignment. yeay! saya dah stress ! ! yeay..seronoknyee..~
pssstt : try guna tutorial blockquote dari RB :)
♥

