Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

tamat sudah cuti raya

www.tips-fb.com

salam u ols :)




hye3..dah lama tak update blog nie..bukan sengaja tak nak update, bukan jugak sebab beraya sakan, bukan jugak sebab aku sebok2 dengan kes pembunuhan misteri Datuk Sosilawati Lawiya..bukan..bukan dan bukan disebabkan oleh hal itu yea adik-adik, abang-abang, pak cik, mak cik dan kakak-kakak sekalian alam.



tapi, aku tak update blog sebab tak nak berebut laptop dengan adik aku..saya kan kakak yang baik..kakak yang selalu bertolak ansuran dengan adik-adik..maka, saya harus memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan laptop saya sebaik mungkin sebelum saya berangkat esok pagi..hekhek..baikkan saya ? (",)






camne ngan raya kau orang ? meriah ? buat pintu umah terbuka tak ? banyak tak dapat duit raya ? duit raya saya lagi 30 hengget nak cukup 100..ade sape2 yang sudi cukupkan 100 tak ?kalau ada yang bermurah hati nurani nak cukupkan 100, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen ya..hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua..ngee~ :)







esok, saya akan bertolak pulang ke KL pulak..ada sape2 nak tumpang tak ? tambang tak mahal, 20 hengget sorang jerk..harga kekawan je tu..harap-harap jalan tak jem strawberi mahupun jem tart nenas ataupun jem kaya, kacang dan segala bagai jem yang terdapat di Malaysia. Tak larat duk lam kereta lama-lama walaupun bukan aku yang drive.







baiklah, esimen tak siap lagi. Hari Ahad konpem aku tak tido sebab nak siapkan dua esimen yang perlu dihantar pada hari Isnin..Pastu nak kena pegi berkhemah pulak..kalau perlu pilih antara bkhemah atau cuci jamban, konpem-konpem aku sanggup cuci jamban.







justeru adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pak cik mak cik sekalian, bila esimen saya bertimbun tinggi ibarat tingginya longgokan sampah sarap, maka, tak dapatlah saya skodeng belog kamu semua sekerap yang mungkin ya. jadi, kalau kamu rindu saya, kamu jangan lupa tinggalkan jejak di shoutbox atau di ruangan komen ya . (-.-")








Bila keadaan saya dah stabil, saya akan skodeng belog kamu semuaaaa..! janji :)







jum layan gambar kucing nie..comel !


selamat hari raya :)

jangan lupa ganti pose ! ;p











terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Saya yang menyesal

www.tips-fb.com

salam u ols :)





andai dapat ku undur waktu~



Baiklah, ini bukan entri jiwang tapi ini entri penyesalan.



Mumy dah cakap, kalau nak buat sesuatu pikir banyak kali. pikir. jangan main ikut nafsu serakah je. Tapi sebagai anak muda yang cepat memberontak dan acap kali tunduk pada nafsu, aku terlupa jugak nasihat mumy.



andai aku berjaya menepis segala godaan syaitan, konpem aku tak resah gelisah macam ni.




iskk..tensen ! orang kata, terlajak perahu buleh diundur, terlajak gatal buleh mengandung, terlajak degil ?? ko menyesal sorang2 !



kalau la aku tak beli enpon idaman tuh, konpem! konpem elaun aku tak habeh lagi niehh..kalauu..kalauuu...wowowwooo~



wa tensen sungguh kalau bab2 duit nieh..isskk iskk..nak hidop kat cini sampai bulan 11, elaun dah paras nyawa-nyawa ikan. macam mana ?? waaa!! dah2 tak yah gatai duk tagih simpati kat cini. paanggg sedas dua baru tau . kata-kata bonda tak nak dengar, kan dah jadi macam ni. padan muka !



Sedih pulak. Yang paling tensen, di saat duit kering la macam-macam bil kena bayar. Ni yang tetiba nak pasang "ayah gula" nie. ekekeke. Tetiba rasa nak layan lagu cinta-nyanyian Mohd Mentor, anak didik Ziana Zain tuh.



Dalam kelas tadi, ngah syok2 dengar puan BM mengajar, tetiba enpon ni berbunyik..Pelik jugak sebab naik nombor yang tak dikenali. Duk bajet ada orang nak ngorat la kan. Manalah tau kot-kot secret admire call ke kan. ececeeeee




perbualannya berbunyi begini :



ehem2..




Nombor tak dikenali :

ni nak tanya, ada oder nasi kerabu telur masin tak untuk bukak puasa hari ni ?




saya :

ada2. Jangan lupa tambah budu sebagai kuah. saya tak boleh hidup tanpa budu.




Nombor tak dikenali :

baiklah. Semua sekali harga 96 hengget sajork. Tunai tau.




saya :

weh, asal mahal sangat ? aku tempah nasik kerabu je kot. bukannya nasik kerbau.




Nombor tak dikenali :

Ha tau pon kau terkejut ! tu bil berukband ko. bila nak bayar ? apa ko ingat berukband ko tu free of cas ke hah ? ini bukan program bersamamu. Kalau dah agak tak leh nak bayar tu, tak yah la pakai berukband. Bela je beruk-beruk bagai .





XXXXX

cis2!! ciskek tul .. orang maxis rupanya! tau plak ko call aku yerk..muehehe..bil berukband dah tertunggak 2 bulan katanya. ekeke..suka-suka ati je tak bayar bil kan..hekhek..




baiklah, bila tengok lesen lam purse, baru aku teringat..aiyakk! lesen tak renew lagikk.. hadoiii..apekah ?? apekah ?? keta tak penah drive, keje duk renew lesen jerk. Asbestos tul !




Lambat tul nak masuk taun depan. Tak sabar nak buleh elaun untuk sem depan pulek..ekeke.. ;p





sila jangan contohi saya yang suka menghabiskan elaun bukan pada jalan yang benar. wee~




inchik assignment dah datang. dah tak buleh rileks2 goyang perut lagi dah . stress makin bertambah dengan segala assignment. yeay! saya dah stress ! ! yeay..seronoknyee..~







kacakkan beliau ? :D



pssstt : try guna tutorial blockquote dari RB :)




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

kawan ibarat budu dan ulam

www.tips-fb.com
salam u ols ;)



kawan ibarat budu dan ulam






saya rasa hati saya terganggu hari ini
tak tak
bukan hari ini
hati saya terganggu bermula dari semalam
ya.
semalam



kenapa ?
saya pun tak tahu
tiba-tiba hati ini jadi jiwang
sedih terlampau
kenapa ek ?
pernah tak kau orang jadi macam ni ?



sedih tapi tak tahu punca
pernah tak ?



tentu tak pernahkan ?
ya, saya memang pelik
tak normal
masa orang gembira
saya sedih
masa orang sedih
saya gembira



saya pun tak tahu kenapa saya macam ni

=(



eh, awak semua
macam mana kita nak tahu
sama ada kita kawan yang baik atau tidak ?



saya ni battery low ciket
susah nak detect perasaan orang
kadang - kadang saya tak perasan
yang saya lukakan hati orang
iskk.. kejamkan saya ?



bukan..bukan saya sengaja tau
siyes..
saya tak sengaja..
tahu - tahu je hati orang dah terluka



tapi
bila saya tahu hati orang terluka
saya akan cuba merawat luka tu
sebab
saya tak nak luka tu makin dalam
sebab
saya tak reti nak buat rawatan untuk luka yang cedera parah



baiklah
saya dah tak sedih sangat
saya rasa
blog ni kawan terbaik saya
bila dah luah kat cini
saya sedikit lega



tambah lagi ada kawan-kawan yang baik macam kau orang semua
saya gembira sangat !
walaupun
kita tak pernah bersua apalagi berbual mesra
tapi
saya rasa
kau orang dekat sangat !!
:)



eh, kau orang rasa
untuk entri kali ni, ayat-ayat yang digunakan terlalu skema tak ?
hehe~













pssstt : tadi saya beli daging goreng dengan sup sayur tanpa nasi..Harga 3.50.. harga tu murah ke mahal ek ? bagi saya, harga tu sangat mahal ! atau saya yang kedekut? ekeke ;p . harga tu dah buleh dapat nasi kerabu sebungkus.. Eh, saya puasa, lauk tu untuk berbuka nanti. Beli siap2 sebab dah malas nak keluar petang nanti. Dak hostel, memang camni. kan ? :)







terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Pelangi kehidupan

www.tips-fb.com
salam u ols =)




hati ini keliru~




Hari ini ialah hari Ahad iaitu 8 Ogos 2010..lagi 3 minit, jam 12.00 tengah malam ( kalau ikut jam kat lappy saya) dan bertarikh 9 Ogos 2010. Tak lama dah nak puasa. 11 Ogos 2010, masuk la 1 Ramadhan kan ? hmm..InsyaAllah, harap-harap sempat la saya sambut Ramadhan tahun ini kan. Maklumlah tak siapa tahu ajal maut ini kecuali Allah yang Maha Esa. betul tak ? eh, feeling jiwang pulak malam ni..ekeke



baiklah, saya agak neves menyambut Ramadhan pada tahun ini. Mungkin sebab tahun ni merupakan tahun yang paling banyakkkk sekali berlaku perubahan dalam hidup saya.. seeee! saya dah mula nak feeling3 lagikk..



eh, lupa pulak nak bagitahu korang, entri kali ini sangat tak de input mahupun info ilmiah..ceh! macam la entri sebelum ni ada info atau input yang ilmiah kan ? perasan la ko sorang-sorang..hekhekk






indahnya dilahirkan sebagai wanita~






hmm, nyamannya malam ni. Angin pun sejuk je..eh, korang nak tahu tak, ada lah satu malam tu. Lebih kurang jam 12 tengah malam, saya ada dengar bunyi ayam berkokok. Pelikkan ? pelik ke tak situasi tu? sebab, saya tak penah2 lagik dengar ayam berkokok jam 12 tengah malam. Kalau awal-awal pagi tu biasalah kan. Mungkin, ayam tu lapar kot. well, saya memang suka buat tekaan stupido macam tu.



eh, entri kali ni panjang tau. Sebab, saya memang dah niat nak merapu meraban untuk entri kali ni. Jadi, kau orang janganlah pelik pulak kenapa entri ni berbentuk karangan Bahasa Melayu untuk calon SPM.



Syahdunya malam ni. Rakan sebilik pasang instrumen "My Heart Will Go On". Ala, lagu tu kan lagu tema filem TITANIC. Famous kan lagu tu ? sedih je bila dengar lagu tu. Sebab saya teringat kat scene yang hero filem tu mati. Siyes, hati meruntun sedih dan turut sama menangis sambil cover pakai towel goodmorning bila tengok part tuh. Saya memang layan lagu ni. Tapi itu dolu-dolu la sebelum munculnya lagu PERMATA YANG DICARI - DHearty. Itu lagu nasyid. Bes ! siyes ! lirik lagu tu sangat bermakna. Sesuai untuk mereka yang berkasih sayang.






aku rasa semua orang yang berkasih sayang suka tiru aksi nieh.
( masa zaman kegemilangan cite nie lah)




Sekarang, rakan sebilik playkan instrumen "Ayat-Ayat Cinta" - Rossa..hmm..makin sedih pulak hati saya. lagu tu beskan..Sedih, gembira, syahdu camne entah. Yang pasti, saya suka lagu tu..eiskk...apa kena dengan saya malam ni. Macam terkapai2 kelemasan pulak.




kadang-kadang, saya rasa rindu sangat. Tapi saya tak pasti saya rindu siapa. Eh, jangan salah faham dengan ayat tu. Bukan bermaksud saya tak tahu rindu kat teman lelaki yang mana satu. Bukan2!! no no nooo!! Maksud saya, hati saya ni, macam rindukan sesuatu / seseorang. Ntah ! saya pun tak tahu. Tapi, saya rasa, saya rindukan Pencipta saya. Rindu. Rindu pada DIA yang Maha Penyayang.





DIA sentiasa bersama hambaNya





hati...dengarlah....fahamilah kata-kata ini....




"kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari
Kemudian, DIA datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis, di mana matahari ?
Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi "




Dugaan itu datang dalam bentuk yang pelbagai..Kita sebagai hambaNya harus tabah dan bersyukur atas setiap dugaan itu. Kerana, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui akan perkara yang terbaik untuk kita.
























mummy, baba
kakak rindukan Ramadhan yang lalu..
kakak rindukan saat itu..
indahkan..
kenangan itu sangat bernilai buat kakak













Doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga mendoakan, anda bahagia bersama keluarga tercinta.


Salam Ramadhan dari saya - cikbelog =)









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

rumah kata pergi, hostel kata "mari,mari !! lai laiii ! "

www.tips-fb.com

salam u ols ;)



hari ni hari last i ols bercuti dan harini jugak tepat jam 8.00 pagi camtu la kot, i ols akhirnya tiba jugak di stesen bus Melaka ni..apa lagi kalau bukan Melaka Central..walaupon i ols hanya pelajar dalam negeri, tapi i ols amat berasa sedih, sayu, pilu untuk menjejakkan kaki di sini.



i ols agak, feeling ni akan berkurangan sekiranya i ols bertemu jodoh ngan makhluk yang bernama lelaki di negeri ini..aggaggaaa~ gatal !



untuk pengetahuan umum u ols, i ols naik bus transnasional lam kul 8.00 malam, pada hari sabtu bersamaan 26 Jun 2010.. i ols agak terkejut keberukkan apabila mendapati bus transnasional tersebut bertingkat cam mangkuk tingkat..i ols agak dan sangat dan memang tak suka bus 2 tingkat.. i ols memang la gayat tapi itu bukan sebab utama !



yang pasti, bus dua tingkat itu sangat sempit dan tak selesa dan dan dan dan...! i ols tak sukaaa bus tersebut dan dengan demikian jugak, i ols dah wat pakatan secara berjemaah bersama rakan-rakan seperjuangan i ols untuk memboikot bus tersebut.hahaha..memandangkan pemandu bus yang tak brape nak hensem lagi kerek lagi sombong lagi bongkak lagi menambah menyampah i ols untuk naik bus tu .. kepada abang2 driver bus, jangan nak sombong ya..sebagai manusia, kita perlu hormat orang lain supaya orang lain terbuka pintu hati untuk menghormati kita, okei ?



setibanya di hostel, pepagi buta i ols da wat dosa..wakaka..dasar budak tak baik..memang cam tu kan.. apa dosanya? dosanya ialah menipu atau lam bahasa sopannya ialah berpura-pura..eh? ekceli i ols tak tinggalkan buku balik kampung pon sebelom cuti hari tu, jadi, pagi tadi, i ols berpura-pura amix buku balik kampung kat pondok jaga memandangkan mak cik jaga dah skodeng i ols dari jauh kan, so, i ols terpaksa la menipu cam tu..salah ke? hohoo..i ols pon tak tau kenapa i ols anti ngan hostel ni meskipun i ols tahu hostel ni tak berdosa..mungkin peraturan yang menyebabkan i ols dan hostel agak sukar untuk berbaik seperti adik beradik..



yang paling cedey nye pulekk, tilam i ols da pun ditukar gantikan ngan tilam buruk..hampeh tul..bile la diorang nak bagi tilam vono kat i ols ni kan..muehehhee..



aishh...rindunya kat umah ! rindu kat bilik, rindu kat katil, rindu kat meja makan, rindu kat peti, rindu kat dapur, rindu ngan tv, rindu ngan Hagemaru, rindu ngan dendam orang minyak, rindu ngan sofa depan tv, rindu ngan bantal, rindu sangat2!!!



selamat tinggal rumah, selamat datang hostel ;)







aku kan cuba

mencintai tempat ini

sedaya hatiku~






MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

sebab musabab menjejakkan kaki ke dunia blog

www.tips-fb.com
hye u oL..!



dah makin ramai yang join dunia blog nie kan..dan setiap orang yang berblog mempunyai tujuan masing-masing kan? so..cikbelog ngan gatal tangannye nak menyenaraikan tujuan2 berblog..eh mana tau kot korang pon mempunyai tujuan yang sama kan kan..?


aii senyum sorang2 yeaa



1) sekadar mengisi masa lapang

ada juga blogger yang berblog sekadar untuk mengisi masa lapang..dan selalunya skop blog mereka lebih mengisahkan tentang kehidupan mereka..dan mereka juga kemungkinan akan mengupdate blog bila ada masa lapang je..dah memang tujuan berblog untuk masa lapang kan..





2) menjana pendapatan

ade gak yang berblog untuk tambah pendapatan..eh berblog pun leh wat income tau! tak sikit income yang dapat, banyak pon jadik la kannn..entry diorang slalunya berkaitan ngan perniagaan dan yang sama waktu ngannye lah..join nuffnang pon salah satu contoh gak..hehe





3)berkongsi kisah peribadi

tak dinafikan ramai sangat blogger yang blog tentang kisah hidup mereka..eh cikbelog suka baca belog yang camni! lain orang lain kisah hidupnya..lagi best kalau blogger ceritakan tentang kisah chenta diorang yang berbunga mekar..cikbelog pon turut rasa bahagia..ahaks! tapi ingat yea,cinta tak selamanya kekal..sayang mungkin ada walaupon xde cinta.. ;)



bagi blogger Malaysia yang stay kat overc plak akan berkongsi cerita tentang kisah hidup mereka di rantau orang..menarikkan?sambil2 baca entry leh la usha gambar2 yang ditempek lam entry diorang tuh .



eh tapikan..cikbelog selalu gak terbaca entry yang mengatakan diorang dikutuk sebab selalu sangat berblog tentang kisah peribadi diorang..eh biar la kat mereka dan blog mereka..ade ke peraturan blog yang mengatakan "anda dilarang berblog tentang kisah peribadi anda dan so wat eva??ade ker..??xde kan..jadik jangan la dikutuk2 blog orang..masing2 dah ada blog masing2 kan maka oleh itu yang demikian kalau dah rasa nak kutuk sangat..apa kata korang kutuk je blog korang..puas ati kan..hehee





4) mencari jodoh

"sahaja aku berblog kerana nak cari jodoh"..aha! ade tak antara korang yang berblog sebab nak dapatkan jodoh? haha..kalau ade..cikbelog doakan korang bertemu jodoh la yea..tentu sweetkan jatuh cinta menerusi blog..yela..baca blog je trus jatuh cinta kat tuan punye blog..eh ade ke camtu?hehe





5)sekadar suka-suki

orang ade blog, kita pun teringin nak wat blog..spesis cikbelog la tuh..haha..kemudian daripada tujuan untuk bersuka suki maka jadilah ketagih nak update blog hari2..kalau buleh tiap saat nak update blog..maklom lah..ketagih katakan..hekk..walaupon x tau nak update tentang apa tapi nak update gak..dah macam gila bayang dah nieh..





6) mengkritik

tak dinafikan ade gak yang berblog untuk mengkritik..kritik la siapa2 pun..kritik artis,kritik ahli politik sampai pemes then kena tangkap..ops!..btw,selalunya blogger lelaki akan buat entry untuk mengkritik perempuan yang berkaitan ngan sikap perempuan ; 10 jenis perangai perempuan yang direject oleh lelaki or so wat eva lah..then blogger perempuan plak akan mengkritik lelaki : 10 jenis lelaki yang dibenci pompuan..! macam salah sorang blogger tu..entry beliau banyak yang mengkritik pompuan..ekceli tak de la mengkritik 100%..ade gak part2 pujian tuh tapi x banyak! haha..pape pun cikbelog memang suka baca blog tu..nak tau? skodeng sendirik! ;p









walau apa pon tujuan korang berbelog, korang berbelog lah ngan aman damai tanpa sebarang unsur cacian,makian,kelucahan..ok? bagi anda yang suka baca blog tapi x de blog, apa kata korang wat blog dan join gengblogger?baru la korang leh rasakan betapa besnye dunia blog nieh! =)



















pssstt : kita takkan paham situasi seseorang selagi "kita x berada dalam kasutnya!"









MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]