Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tag Ramadhan : Mencari malam lailatulqadar

www.tips-fb.com
salam u ols :)







ekceli dah lama dapat tag ni dari AJ . Tapi malam ni baru berkesempatan nak buat tag ni. Harap maaf ya . :)


baiklah..sempena tag Ramadhan ni, cikbelog nak cite ciket tentang malam lailatul qadar..semoga kita semua berjaya menemui malam tersebut. :)




Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.




Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.




Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:


Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762)








salam Ramadhan semuaaa :)



rindu sangat nak blogwalking..jadik malam ni cikbelog nak blogwalking sepuas hati ! heheehehee




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

dulu, saya tak suka. kini, saya cinta ;)

www.tips-fb.com

salam u ols =)



warghh ! saya sangat rindukan belog saya.


baiklah anda sekalian. hari ini hari ahad, tapi saya bukan nak ceritakan kisah hari ahad, tapi saya nak ceritakan kisah hari sabtu saya. Sangat mencabar, bagi saya sorang je la.



Begini, saya telah mempelajari sesuatu yang sangat saya tak suka. kamu pernah dengar kata-kata ini, "jangan membenci, nanti kamu akan mencintai" ? saya rasa, saya pikir, saya agak, kamu sememangnya harus mempercayai kata-kata itu.











saya sangat tak suka naik LRT, ERL, Star, Monorail, dan apa-apa jelah yang berkaitan ngan kenderaan awam yang spesis macam itu. Saya lebih suka naik bas yang terus tiba ke destinasi. Kenapa ? sebab, saya tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Demandkah saya ? oh, tidak. saya bukan mengada-ada, cuma saya agak tak suka menyusahkan diri saya. terukkan ? ya, itu perangai buruk saya. ;p





Dan, pada hari sabtu bersamaan dengan 14.8.2010, saya telah diajar oleh kawan saya untuk naik Star dari Bukit Jalil ke Bandar Tasik Selatan dan ERL dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya. Menurut beliau, dengan menaiki kenderaan awam camni, tak de lah saya perlu tertunggu-tunggu di Melaka Central ibarat saya menunggu kembangnya bunga di waktu pagi. kalau ikutkan hati, saya memang nak naik bus transnasional je dari melaka ke putrajaya. Dan, saya akan amix bus pukul 4.00 petang. Jadi, memandangkan hari ini puasa, dan saya tak nak lah sampai ke umah pada ja 7.00 petang, saya pun naik la bus ke KL dan amix ERL ke putrajya.





saya rasa, perasaan cinta saya terhadap ERL sudah bercambah. yes ! kalau sebelum ini, saya tak suka naik kenderaan awam macam tu, tapi kini, saya dah jatuh cinta dengan kenderaan awam macam tu. seee! moral of da story, kau orang jangan tak suka sesuatu secara berlebih-lebihan, nanti kau orang akan terlebih mencintai sesuatu yang kau orang pernah benci tu. tak percaya ? cubalah. ;p





by the way, saya sangat suka pegi bazar ramadhan tadi. pecayalah ! saya mabuk melihat beraneka jenis air tadi. ohh! mabukkk..sangat mabukk..nasib baik mumy berjaya menenangkan saya. haha. nafsu kan ? well, bulan puasa camni memang la nafsu makan sentiasa meningkat.















bila la kat kampung saya nak wujud ERL ek ? hikss ;)















eh, korang sahur makan pe? cikbelog dah kenyang nie..hadehh








terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Bermula 1 Ramadhan 1431 H

www.tips-fb.com
salam u ols ;)


hye2..apa khabar semua ? macam mana puasa hari pertama ? bangun sahur tak pagi tadi ? yang mana duk hostel tu, konpem kau orang dah bersahur kul 12.00 a.m kan ? kalau yang rajin tu, akan bangun kul 5.00 pagi.


cikbelog bangun sahur pagi tadi untuk minum air kosong je. Sebelum tido semalam cikbelog dah makan roti siap-siap..yea. saya bersahur dengan roti sajork sebab saya tak de makanan lain selain roti dan roti. Kalau kat umah, konpem makan sodap2. Maklumlah, hari pertama bersahur kan.


pagi tadi, cikbelog call adik. Dengan gumbiranya beliau bagitahu yang beliau makan nasik dan sup ayam..wah..! nasikk..nasikkk..sodap tuhh..


takpe..petang ni saya nak gi bazar Ramadhan *kowt . Saya harap, saya tak rambang mata kat sana. Bila dah puasa, nafsu makan semakin meningkat..tak patut kan ? memang tak patut, dan saya akan cuba sedaya upaya menahan nafsu membeli makanan untuk berbuka..Jimat..jimat cikbelog. Elaun ko pon dah ciput.


eh, jangan makan banyak sangat masa berbuka tau. Nanti kau orang tak larat nak terawih pulak.


Lafaz Niat Solat Terawih ( sendiri )


Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala




Lafaz Niat Solat Terawih (berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala


[sumber]


Jadi, sempena bulan Ramadhan Al - Mubarak ini, adalah baik kiranya, kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah.


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.


2)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


3)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.


[sumber]


cikbelog dah dapat tugasan. dah bertimbun tugasan tu. Seperti biasa jugak, satu tugasan pon tak siap lagi. Kau orang perasan tak, bila masuk Ramadhan, tentu assignment makin banyakkan ? jadi, kita perlu bijak bahagikan masa. Jangan jadikan tugasan sebagai penyebab tak pergi sembahyang terawih. Tak berkat pulak ilmu tu. eceecee~ nasihat kat diri sendiri sebenarnye nieh. ngeh3. ;p





pilih jangan tak pilih !


seperti yang kita tahu, di bulan Ramadhan ini, syaitan telah dirantai oleh Allah s.w.t. Jadi, pesanan cikbelog, jangan pulak kita yang menggantikan tugas syaitan yea. cikbelog harap, kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t . ;)







salam Ramadhan











pssstt : saya akan jarang berblogwalking. alasan : banyak tugasan dan saya akan amix test maths sebelom balik ke kampung halaman pada 27.8 ni. Doakan saya ;) . Tapi, saya akan kembali berskodeng blog kamu seperti biasa lepas semua kembali normal. Janji. :)






eh, selamat berbuka dan selamat bersahur ya!







terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Pelangi kehidupan

www.tips-fb.com
salam u ols =)




hati ini keliru~




Hari ini ialah hari Ahad iaitu 8 Ogos 2010..lagi 3 minit, jam 12.00 tengah malam ( kalau ikut jam kat lappy saya) dan bertarikh 9 Ogos 2010. Tak lama dah nak puasa. 11 Ogos 2010, masuk la 1 Ramadhan kan ? hmm..InsyaAllah, harap-harap sempat la saya sambut Ramadhan tahun ini kan. Maklumlah tak siapa tahu ajal maut ini kecuali Allah yang Maha Esa. betul tak ? eh, feeling jiwang pulak malam ni..ekeke



baiklah, saya agak neves menyambut Ramadhan pada tahun ini. Mungkin sebab tahun ni merupakan tahun yang paling banyakkkk sekali berlaku perubahan dalam hidup saya.. seeee! saya dah mula nak feeling3 lagikk..



eh, lupa pulak nak bagitahu korang, entri kali ini sangat tak de input mahupun info ilmiah..ceh! macam la entri sebelum ni ada info atau input yang ilmiah kan ? perasan la ko sorang-sorang..hekhekk






indahnya dilahirkan sebagai wanita~






hmm, nyamannya malam ni. Angin pun sejuk je..eh, korang nak tahu tak, ada lah satu malam tu. Lebih kurang jam 12 tengah malam, saya ada dengar bunyi ayam berkokok. Pelikkan ? pelik ke tak situasi tu? sebab, saya tak penah2 lagik dengar ayam berkokok jam 12 tengah malam. Kalau awal-awal pagi tu biasalah kan. Mungkin, ayam tu lapar kot. well, saya memang suka buat tekaan stupido macam tu.



eh, entri kali ni panjang tau. Sebab, saya memang dah niat nak merapu meraban untuk entri kali ni. Jadi, kau orang janganlah pelik pulak kenapa entri ni berbentuk karangan Bahasa Melayu untuk calon SPM.



Syahdunya malam ni. Rakan sebilik pasang instrumen "My Heart Will Go On". Ala, lagu tu kan lagu tema filem TITANIC. Famous kan lagu tu ? sedih je bila dengar lagu tu. Sebab saya teringat kat scene yang hero filem tu mati. Siyes, hati meruntun sedih dan turut sama menangis sambil cover pakai towel goodmorning bila tengok part tuh. Saya memang layan lagu ni. Tapi itu dolu-dolu la sebelum munculnya lagu PERMATA YANG DICARI - DHearty. Itu lagu nasyid. Bes ! siyes ! lirik lagu tu sangat bermakna. Sesuai untuk mereka yang berkasih sayang.






aku rasa semua orang yang berkasih sayang suka tiru aksi nieh.
( masa zaman kegemilangan cite nie lah)




Sekarang, rakan sebilik playkan instrumen "Ayat-Ayat Cinta" - Rossa..hmm..makin sedih pulak hati saya. lagu tu beskan..Sedih, gembira, syahdu camne entah. Yang pasti, saya suka lagu tu..eiskk...apa kena dengan saya malam ni. Macam terkapai2 kelemasan pulak.




kadang-kadang, saya rasa rindu sangat. Tapi saya tak pasti saya rindu siapa. Eh, jangan salah faham dengan ayat tu. Bukan bermaksud saya tak tahu rindu kat teman lelaki yang mana satu. Bukan2!! no no nooo!! Maksud saya, hati saya ni, macam rindukan sesuatu / seseorang. Ntah ! saya pun tak tahu. Tapi, saya rasa, saya rindukan Pencipta saya. Rindu. Rindu pada DIA yang Maha Penyayang.





DIA sentiasa bersama hambaNya





hati...dengarlah....fahamilah kata-kata ini....




"kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari
Kemudian, DIA datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis, di mana matahari ?
Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi "




Dugaan itu datang dalam bentuk yang pelbagai..Kita sebagai hambaNya harus tabah dan bersyukur atas setiap dugaan itu. Kerana, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui akan perkara yang terbaik untuk kita.
























mummy, baba
kakak rindukan Ramadhan yang lalu..
kakak rindukan saat itu..
indahkan..
kenangan itu sangat bernilai buat kakak













Doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga mendoakan, anda bahagia bersama keluarga tercinta.


Salam Ramadhan dari saya - cikbelog =)









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]