Pengumuman : pemenang peserta contest pertama Cik Belog

www.tips-fb.com

salam u ols ;)



dengan gumbiranyaaa! cikbelog nak umumkan pemenang bagi Contest Pertama Cikbelog !! yeay!! ekceli, cikbelog patut umumkan nama pemenang tu esok, tapi disebabkan cikbelog ada hal, so, cikbelog perlu umumkan hari ni..okey lah..u ols tentu nak tau sape pemenang2 tu kan ??




Pemenang Tempat Pertama

nasrina


dan ada kalanya
kita tersalah langkah
tersilap pilihan
hingga
jalan hidup kita berubah
namun
percayalah .....

takkan ada yang mampu menandingi kuasa Maha Pencipta..
walau langkah yang dipilih tercalit noda..
tawakal dan doa menjadi penawarnya...
mungkin kini kita berkeluh kesah...
menanti sinar yang tidak muncul tiba..
namun yakinlah...
segala hujan dan badai yang datang menerpa
bukan hanya penyeksaan semata-mata..

Dia Yang Maha Esa..
Maha Pengampun Maha Penyayang..
Berilah hati-hati kami rahmat dan barakah..
moga kan hadir mentari menyeri jiwa...
Kuatkanlah jiwa kami semua..
Moga pilihan derita bertukar bahagia..
Insya Allah..

♥♥♥♥

Pemenang Tempat Kedua

aim yasmin

"dan adakalanya
kita tersalah langkah
tersilap pilihan
hingga
jalan hidup kita berubah
namun
percayalah..."

Tuhan itu tetap ada.
untuk kita curahkan tangisan
untuk kita luahkan kerinduan
untuk kita tiupkan pergi kekhilafan

dugaan takkan berhenti menyapa
selalu ada untuk menguji utuhnya sang jiwa
walau seluas benua kita sampaikan salam usaha

tapi
ajaibnya kehidupan
silap itu maknanya pengajaran
pesong langkah itu bererti ingatan
dari Dia
yang sangat menantikan
suara khalifah-Nya dalam sesisip doa
di atas sejadah kerinduan...


♥♥♥♥

jadi, kepada pemenang, silalah sudi emelkan nombor enpon anda di emel notnotty.9@gmail.com..ini kerana, hadiah untuk u ols ialah topup yang bernilai Rm20 bagi pemenang tempat pertama dan topup yang bernilai Rm 10 bagi pemenang tempat kedua ..



dengan rasa gumbiranya, cikbelog ucapkan tahniah kat u ols berdua !! =)






terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

6 comments:

  1. tahniah to the winners!!!!! cikbelog, lenkali buat laie tau!!! cikpia takdan nak join bebaru nie... sob sob!!!

    ReplyDelete
  2. ewahhewahh.tahniah.nak gak hadiah.

    ReplyDelete
  3. waaa tak sangke! tanx tanx! :D nanti i email. hik2 sukee..

    ReplyDelete
  4. cik belog...sorry..lambat feedback ..ada hal sikit..sorry sgt3.. thanks cik belog!!! tqsm!! japg rina email k...

    ReplyDelete

sila senyum sebelom komen +__+