berkahwin untuk bercerai ?

www.tips-fb.com

salam u ols ;)


Setiap tahun pasti akan ada pasangan yang berkahwin. dan setiap tahun juga pasti akan ada pasangan yang bercerai. u ols rasa pelik tak situasi ni ? macam kitaran pun ada..hari ni ada pasangan yang kahwin, esok pulak ada pasangan yang bercerai..begitulah seterusnya dan seterusnya.





wanita lebih bahagia apabila bergelar kekasih...setuju ?




pelikkan ? berkahwin dengan pilihan sendiri tapi masih menemui kegagalan berumah tangga..kat mana silapnya ? nak kata tak de perasaan kasih sayang antara satu sama lain, mustahil, sebab zaman sekarang ni, boleh dikatakan 99% pasangan berkahwin dengan pilihan sendiri. sepatutnya pasangan tersebut saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain..tapi lain pulak yang jadinya.



wanita sememangnya akan lebih bertuah dan bahagia apabila bergelar kekasih dan akan semakin derita, kecewa, sedih setelah bergelar isteri..cikbelog tak maksudkan semua wanita begitu, tapi boleh dikatakan sebahagian wanita memang bernasib begitu..opss! chup! bukan nak salahkan nasib atau takdir..tapi mungkin juga disebabkan gaya hidup manusia akhir zaman macam kita ni menyebabkan kehidupan kita menjadi begini. disebabkan terlalu bahagia bergelar kekasih, maka makin bertambah pulak bilangan anak luar nikah..hey, trend ke semua nie??






257,000 sijil kelahiran tanpa bapa ?




bila berlaku perkara macam ni, tak lain tak bukan, yang terpaksa tanggung derita, sedih, kecewa, sengsara yang terlampau, sudah pastinya anak-anak..budak-budak yang pada asalnya hanya perlu memikirkan 2+2 = ?, membaca ABC sambil menyanyi riang atau bermain lompat tali bersama rakan-rakan, kini terpaksa membebankan minda mereka dengan persoalan-persoalan "kenapa mak dan ayah tak tinggal bersama ?", "kenapa mak ayah selalu gaduh?" dan macam2 lagi persoalan yang mengasak minda mereka .






kasih ayah selamanya




kesan perceraian terhadap anak :

:: terpaksa berpisah daripada ibu atau bapa ::
:: kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa ::
:: mengakibatkan perasaan rendah diri yang melampau ::
:: tertekan ::
:: hilang tumpuan terhadap pelajaran ::
:: cenderung untuk bersikap negatif ::
:: sentiasa melakukan pelbagai cara positif atau negatif untuk menarik perhatian ibu bapa ::




kasih ibu ke syurga~



walau apa pun, kebahagiaan rumah tangga bergantung pada suami..kebolehan suami dalam membentuk dan mendidik isteri dan anak akan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga..lelaki di luar sana, anda sangat bertanggungjawab dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.. apabila suami sedar akan tanggungjawab, insyaAllah, isteri akan sentiasa bersama suami dalam membentuk keluarga yang harmoni..bukankah suami ibarat nakhoda kapal ?ketegasan suami amat penting dalam mencipta mahligai kasih sayang kerana wanita itu lembut..sangat lembut dan mudah dibentuk.





cikbelog amat sedih mengenangkan nasib anak-anak akibat kes perceraian..mereka seolah-olah hilang masa istimewa bersama ibu bapa..


pesanan untuk semua, jadilah seorang dewasa yang bijaksana dan tahu menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah.




















jangan salahkan takdir,
kerana,

sesungguhnya,
kita diberi peluang olehNya,
untuk menentukan cara hidup sendiri,
hanya doa dan usaha,
mampu merubah segalanya.











MyEm0.Com

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

8 comments:

  1. mcm dh jd trend skrg kn..
    byk sgt kes cerai.. T__T

    ReplyDelete
  2. mungkin msg2 expect yg lebih dr pasangan slps berkahwin. tp tak dpt apa yg diharapkan. both plays an important role in this.. :D

    pasal anak2 tu, pernah jumpa 2 jenis. Satu yg parent bercerai, tapi dia steady je. Takde tekann sgt. 2nd, mmg ada maslh. Tertekan n sllu murung.

    ReplyDelete
  3. inilah dunia.. huhu

    http://zairiedinzly.blogspot.com/2010/07/germany-vs-argentina-ibarat-final-part.html

    ReplyDelete
  4. lelaki kena belajar lebih hal rumah tangga untuk mengelakkan hal2 yg x diingini belaku kot :D

    ReplyDelete
  5. Mungkinlah kan, sebab time couple dulu dah banyak bersama sampai bila dah kahwin, dah tatahu nak merancakkan lagi hubungan sebab semua dah tahu. Lagi 1, org kata kalau couple belum tentu kenal sepenuhnya, tunggu tidur satu katil baru semua serba serbi kita tahu tntg pasangan kita ;)

    ReplyDelete
  6. harap2 kt semua smpai surga eh ;)

    ReplyDelete
  7. tu ler namenye lelaki tuh ha cepat bosan..masa bercinta pijak semut tarak mati..i just wonder this is happening nowadays? is it bcuz dulu masa bercinta sebab belum dpt lagi, skg bila betul da dpt jadi isteri, buat ape2 je yg dia suka

    ReplyDelete

sila senyum sebelom komen +__+