nenek dilanyak penyamun?

www.tips-fb.com
cikbelog ni baru je balik dari clas..hajat di hati nak tidow..hehe..suka betol tido petang2 cmni..tapi cm malas plak nk tdo..hoho..nk tdo pon malaskan..disebabkan x jadik tido..cikbelog on la laptop dan merayau2 di dunia cyber dengan seronoknyee~



petama sekali cikbelog terjah metro online ..cikbelog lebih suka baca on9 daripada beli paper metro sebab lam bilik cikbelog da penuh ngan kertas2 ilmiah..hekhek..papepon, berita metro memang best di baca sbb banyak sangat berita sensasikan...



ada 1 artikel yang menarik pehatian cikbelog laaa...




apa salah nenek ni???

cikbelog x paham la dengan dunia sekarang..adakah kita semua dah mula kembali ke zaman jahiliyah? haishhh...



JITRA: Seorang penyamun bertindak seperti binatang apabila memijak, menendang dan menumbuk muka seorang nenek semata-mata kerana mahu merampas barang kemas mangsa dalam kejadian di Kampung Perupok, Mukim Malau di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa, Fatimah Mahmud, 72, cedera teruk di muka selepas rayuannya supaya penjenayah terbabit tidak memukulnya tidak diendahkan, sebaliknya mukanya ditutup kain sebelum lehernya dijerut menyebabkan mangsa rebah.

Nenek itu ketika ditemui di Hospital Jitra di sini, semalam berkata, penyamun itu langsung tidak mempunyai belas kasihan ketika membelasahnya.


“Saya merayu supaya dia berhenti memukul saya kerana tak tahan menanggung kesakitan akibat dibelasah bertalu-talu, tapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya.


Berikutan kejadian itu, mangsa kini masih trauma apabila terbayang-bayang wajah penjenayah zalim itu.


Sementara itu, anak mangsa, Suriani Harun, 40, berkata pada hari kejadian, anak lelakinya yang juga cucu mangsa, Mohd Izham Alias, 16, menemani neneknya di rumah, manakala dia, suami dan tiga anak yang lain masing-masing keluar bekerja.


Suriani berkata, ketika itu, seorang lelaki yang juga penduduk kampung sama berusia 20-an serta mengenali keluarganya, datang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal dan mengajak Mohd Izham menemaninya ke kedai runcit.


untuk berita lanjut sila klik sini

sedih sangat sebab yang kena pukul ialah seorang nenek berusia 72 tahun..setahu cikbelog la..binatang pun ada perasaan belas kasihan..ada rasa kasih dan sayang..kenapa manusia yang dianugerahi akal oleh Allah selalunya berperangai cam setan dan mengalahkan perangai binatang??

pemuda yang memukul nenek ni berusia 20 tahun..muda belia lagi..ini ke perangai pemuda pemudi harapan bangsa? kalu dah cmni perangainya..bukan pemuda harapan bangsa lagi dah tapi pemuda pemusnah bangsa..hadoii..korang muda lagi..nape la nk wat perangai x senonoh cmni..mengapa anda suka hidup lam keadaan menyusahkan orang lain?? x pasal2 kena cari ngan polis..bahagia ke hidup lam keadaan x tenang cmtu??

kalau yea pon nak duit jangan la belasah orang tua cmtu..mintax elok2 ngan mak bapak xleh ke?kalau dah mak bapak x bagi, pergi la keja wat part time ke..full time ke..keje pasaraya pon gaji banyak tau skang..sedih la ngan generasi zaman sekarang..wake up la u ol..lagi sedih sebab yang selalu wat perangai ialah orang Melayu dan beragama Islam..cne nie??silalah jadi orang yang berguna..sebelom wat jahat tuh bayang muka mak ayah korang dulu then pk akibatnye..dah la..x mau membebel lebih2..semoga belia pada masa kini menjadi lebih baik dan berguna supaya negara kita pada masa akan datang tak kan dijajah lagi baik dari aspek pemikiran,sosial mahupun budaya.






psstttt : takut pulak ngan dunia zaman sekarang ni..





MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

2 comments:

  1. kesiannya..

    doa aku titpkan buat nenek tu moga dia cepat sembuh..

    aku setuju dgn kamu,manusia zaman ini makin ramai ingin kembali ke zaman jahiliyyah..

    :)

    ReplyDelete

sila senyum sebelom komen +__+