Salam ;)
Haii hoii haii.. Ok hari ni nak citer tentang pengalaman menjalani praktikum di sekolah kebangsaan dot dot di Melaka. Diumumkan ya, ini merupakan praktikum saya yang pertama. yippieeeeee *gile eksited ahh buleh duk umah sewa* . Walaupun baru 5 hari kat sekolah tu, saya sangat fun dengan keletah bebudak yang ceria dan pelbagai ragam. Bila layan kerenah mereka, ai rasa macam ai dah layak bergelar ibu. wakahhkahh..(okei gedik di situ ya).
So, sebelum bercerita dengan lebih lanjut lah kan, CB *singkatan untuk CikBelog, tetiba plakkan gatai nak guna nama singkatan* mengajar murid-murid Pemulihan Khas. Bagi mereka yang konpius, pening-pening lalat tak tahu pe bendo eh Pemulihan Khas nie ? ha meh nak citer, Pemulihan Khas ni program untuk murid-murid yang tak tahu membaca, menulis dan mengira. which means, saya ajar diorang Bahasa Melayu dan Matematik lah kan.
Okei okei. Tak sabar dah aku nak cite part lawak nieh. Camni, hari jumaat hari tu, kawan CB bagi soalan matematik kat sorang budak ni. Budak ni darjah tiga dan sangat la pandai loyar buruk ya. suka buat aku gelak dengan kata-kata dia. Camni contoh soalannya :
ha camtu la bentuk soalannya. Tetiba budak ni panggil aku.
Dia cakap "Cikgu cikgu, saya tak boleh tolak 8 ni."
Aku pun pelik la. cikgu dia cakap, budak ni tahu buat operasi tolak. kenapa tetiba plak budak ni tak leh jawab. nombor besar sangat kot. So, aku bagitau la kat budak ni.
" Kamu pinjam la dari sembilan untuk tolak 8 tu. 7 kan tak cukup. macam mana nak tolak 8." giler punya tulus lagi jujur ah penerangan aku. Korang nak tau budak tu jawab apa???
Dia cakap..
"Cikgu cikgu. tak boleh tolak ar. Sembilan ni dekut nau. dia tak bagi saya pinjam". ( Dia cakap dengan slang melaka lah kan)
Nak tegelak plak aku bila dengar kata-kata dia tu.hadoiii. kawan aku ni dah tercengang dah. Aku pulak jenis suka melayan budak yang aktif dan suka merepek camni. Aku suruh gak dia pinjam dari sembilan tu. Nak tahu camne budak tu pinjam ?
"sembilan, saya nak pinjam satu dari kamu boleh tak ?" , budak tu cakap camtu sambil ketuk2 pensel kat kertas soalan.
" Haaa dia dah bagi saya pinjam dah cikgu."*err err..aku dengan kawan aku ni dah saling berpandangan dah. *
Hadoi. makinlah nak tegelak aku. tak pernah aku jumpa budak camni. kawan aku dah geleng-geleng kepala. mungkin dia tak sangka budak tu nak buat macam tu kot. hehehe. Lawakkan ? kan ? kan?? eh lawak ke tak ?? *hoohoo.* siyes.. aku rasa budak ni mempunyai pemikiran yang luar biasa.
Apa perasaan ko bila ngajar budak camni ? nak marah ? takkan kot. dia buat lawak, kita layan ajelah kan. yang penting dia tau camne nak selesaikan soalan tu dan dapat jawab dengan betul.
Baiklah. itu saja perkongsian untuk kali ni. CB tak tahu bila plak buleh hupdate belog ni. siyes sangat bizi. Buat Bahan bantu mengajar sampai pagi buta sebab saya memang lemah bab-bab bina bahan.wohoohoo. kalau dah tiap2 malam kena bina bahan, tak ke rasa nak reput segala tulang?
Oh ya, doakan CB berjaya untuk praktikum Fasa 1 ni ya.. tata boii boii.. :)
Kata kata cikbelog : Saya suka suasana kampung. Penduduk sangat peramah walaupun kekok bila mereka pandang saya macam pelik je ? huhu. untuk ke sekolah, saya perlu melalui 2 buah kebun getah. mencabar ? ya. itu nikmat untuk saya :)
eh eh ada lagi satu, kembang setaman hati ni bila ada murid cakap camni, "cikgu, cikgu cuteee sangattt..." hahahahaaa jangan jeles non ;p
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]