Showing posts with label matluthfi90. Show all posts
Showing posts with label matluthfi90. Show all posts

teringin nak buat vlog walaupun muka tak hot, idea kering macam perigi buta

www.tips-fb.com
Salam eberibodi

Hai haiiii..

Mungkin dah terlambat untuk aku bercerita tentang kehebatan bebudak yang lahir tahun 1990 ++ ni, tapi aku nak cerita gak since aku pun tak tahu nak merapu apa kat belog ni kan..kehkeh..okei gelak kat diri sendiri sebab dah lama giler aku tak hupdate belog ni.


Konpom korang dah tengok vlog inianwarhadi dan matluthfi90 kan ? memang hebat sungguh diorang berkata-kata. idea tu banyak ibarat kapal terbang yang penuh serbuk koko lalu jatuh ke ladung gandum dan akhirnya jadilah koko krunchh.! sangat mencurah-curah idea diorang ni. memang tak kering gusi bila tengok diorang buat lawak.

Muka diorang yang comel amat ibarat chinese look tu sangatlah sweet. Mana tak syok nya tengok video diorang kalau dah diorang pun memang comel. kan ? eh korang comel ke hensem ha?





kalau korang, ada brani tak nak buat vlog ? cakap pumpang pumpangg depan lappy sesorang. buat gaya yang selamba badak. belakon sorang-sorang ibarat belakon 10 orang. boleh buat macam tu ?

Dan jangan sangka lelaki[s] je yang mampu buat vlog. pompuan pon boleh tau. *berbau unsur2 kejantinaan di situ ya.

Sapekah yang aku maksudkan itu ?oh pastinya maria elena is Greek Halen . aku suka dengar dia speking. fuhhh tekedek-kedek jugak aku nak paham apa yang dia cakap. Yang paling tak sangka maria elena ni gf kepada abang blogger terkenal iaitu Fatin Liyana.. cayalahhh..korang anak beranak memang cun dan besss..shuka aii nengok u ols. :))



sila jangan sawan bila tengok beliau yang cun ini.



aku tepikir jugak, adakah orang yang buat vlog ini spesis orang yang giler giler (bukan gila mental tapi perangai yang giler2, hepi go go power rangers), muka kering je bila buat lawak. Macam cikgu shida tu kan? selamber yang amat. kalau spesis pemalu ibarat pokok semalu macam aku ni memang takleh nya nak buat vlog camtu.


papepun, aku sangat enjoy dengan video2 diorang. bangga weh ada gak rakyat Malaysia yang berbakat besar camni. dah la otak pon bergeliga diorang nih. memang cayalahh. kalau korang tahu mana2 vlog yang bes macam diorang bertiga ni, sila bagi link kat aku eh. sekarang ni aku suka layan vlog plak.keh3..tapi tak bermakna aku curang dengan blogspot okei. ;p






notadagu : hepi yang amat dapat cuti seminggu! yippieeee
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]