Showing posts with label iklan 701 panduan. Show all posts
Showing posts with label iklan 701 panduan. Show all posts

praktikal kali kedua : aku dan pokok getah

www.tips-fb.com
Assalamualaikum dan heyyyy bebudak, pak cik makcik, abang kakak yang cantik lagi kacak.



*sila abaikan tangan ibarat karam singh walia*


Baiklah. semalam saya pegi tengok sekolah untuk praktikal kali kedua. Teruja bukan main lagi aku eh saya bila tengok sekolah tu. Cantik sangattt. Walaupun kawasan kampung, tapi ternyata sekolah tu sangat cantik dan bersih. Tapi, saya tak tahulah kenapa, saya dan pokok getah memang takleh dipisahkan lagi dah. Praktikal kali kedua, sekali lagi , saya ditempatkan di kawasan ladang getah. Nampaknya saya dan ladang getah ibarat isi dengan kuku.



ggggrrrrr~~stress betul bila pikirkan tentang rumah sewa ni. Walaupun praktikal ni semester depan *bulan 7*, tapi saya harus berusaha untuk mencarinya dari sekarang (pulun giler~ahaahhaa). Eh, betullah, nanti tak de la saya pening-pening lalat nak pikir tentang rumah sewa tu kan ? setuju tak ? *sila lambai gaya usop wilcha*hahahakkk.

ehem2..untuk pengetahuan umum korang semua, kat depan sekolah tu, ada klinik desa. ehemm..saya harap ada la jururawat lelaki atau doktor lelaki yang masih single dan available kat klinik desa tu. Manalah tau kot berjodohan dengan saya ke kannn kannnnn..Almaklumlah,berkat berpraktikal di bulan puasa...heeehekkk.


Akhir kata, doakan saya dapat umah sewa ya. Kalau tak dapat, tepaksa la berulang alik naik motor RXZ tu. vrrrrooooooooooommmmmmmmmm.





Nota cikbelog : Ada yang tanya kat mana saya dapatkan katon-katon yang comel. so, bagi menjawab pertanyaan itu, katon yang comel-comel tu saya rembat kat SINI .


Buat geng 701, sori tak kelik korangnye iklan semalam. kebizian ciket. sekarang saya redy untuk klik iklan korang..vrrrrrrrrrooooooommmmmmmm

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Menjana Pendapatan bersama Iklan Panduan 701

www.tips-fb.com
Assalamualaikum dan hey peeps! :)

Hari ni cikbelog nak kongsi satu lagi acara menarik yang patut disertai oleh semua bloggers. Apa lagi kalau bukan acara tempek menempek iklan. Heh, coba kau cakap, bloggers mana yang tak suka tempek iklan ? pastinya semua suka kan. paling tak pun, korang tempek nuffnang. Selain daripada blogging, boleh la tambah seposen dua dalam bank. Kan masyukkk kalau cam gitu.


Iklan yang cikbelog akan kongsikan bersama korang semua ialah Iklan 701 Panduan. Cikbelog terbaca tentang iklan ni pun kat blog pokcikejoy. Nak tahu macam mana contoh iklan tu ? tengok bawah niee...bawahh ni ya adik-adik, kakak, abang, pok cik mok cik semuaa.



Haa..inilah dia contoh iklan 701 yang telah berjaya ditempek di belog cikbelog
(yang ditanda dengan arrow merah)




aii takkan tengok je ?? klik la iklan tu untuk tau lebih lanjut. keh2..promote ciket~



Pasti korang tertanya-tanya sama ada status kat nuffnang akan berubah ataupun tidak sekiranya menggunakan iklan ini. Betul tak ? Maka, jawapannya ialahh................ jengg jengg jengg......... TIDAK... tak percaya ? ha silalah percayakan diri anda.


Berdasarkan pemahaman cikbelog, iklan ni tak mengganggu status nuffnang. Menurut PCE yang telah pun menggunakan iklan ini, status beliau tidak ditarik balik. Jadi, kalau korang nak konpem, korang boleh la try and error. Bukan senang untuk senang kan ? Cikbelog pun nak tengok jugak, sama ada iklan ni akan mengganggu status nuffnang atau tidak. So, cikbelog akan bagi masa seminggu untuk pastikan sama ada iklan ini akan mengganggu status nuffnang atau tak. Sebarang keputusan, akan cikbelog bagitau kemudian. Okei ?


Menariknya tentang iklan ni, anda boleh klik iklan ni banyak kali. Tapi ko jangan la melampau sangat pi kelik 100kali kat iklan sendiri. Korang pegi la klik iklan ni kat blog kawan-kawan yang ada iklan ni at least 2 kali sehari. Don't be gelojohs okei. Jadi, korang kena bijak pilih iklan yang diberi dan tempek kat tempat yang senang pengunjung blog korang nak tengok dan klik dengan senang hati. Ada paham ?


Bagi mereka yang berminat untuk menyertai iklan ini, anda bolehlah :


KLIK SINI

atau ini

http://adnetwork.701panduan.com/


Bagi mereka yang masih lagi pening-pening lalat, bolehlah buat rujukan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dengan klik pada INI .


Ha, tunggu apa lagi ? jom kita cuba try test besama-samaaaa :)





pastinya ini bukan MLM atau Skim Cepat Kayoo.


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]