say no to click fraud !

www.tips-fb.com
salam u ols :)

cikbelog nak kongsi ciket cerita tentang nuffnang ni. hoyeh ! nuffnang ada bagi emel kat cikbelog. kau orang baca la emel nie eh..Mr.Robb Chew dah translate siap-siap dah kot BM. kau orang baca, teliti dan paham ya. Selamat Membaca. :)


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd



baiklah, dah habes baca ? bagus2.. moral of the story is, we ols tak boleh lagi suka-suka hati, suka-suka perut, suka-suka mata main tekan-tekan iklan nuffnang ya..selain itu adik-adik, kawan-kawan, atok nenek sekalian, kita juga tak boleh sewenang-wenangnya jerit kat shoutbox :

" OIT ! AKU DAH KELIK IKLAN NUFF KO.! KO JANGAN LAK WAT TAK RETI BAHASA. KELIK IKLAN AKU GAK TAU!!"



plizz yea adik-adik, cucu cicit sekalian.. avoid it and behave yourself ya. Nanti tak pasal-pasal plak kau orang direkod dan dicop buat kegiatan click fraud. menangis tak berlagu la kau orang..






salam Nuffnang dari saya,
cikbelog♥..









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

soalan untuk sayangness ( followers) dan pengunjung dunspeakme.blogspot

www.tips-fb.com

salam u ols :)


hye3 kamu sekalian alam ! :)



sehat tak ? harap kau orang sehat2 selalu lah yea..btw, cuaca sekarang memang sangat tak menentu..macam kat cini , kejap panas, kejap mendung pastu ujan..bila ujan je memang aku pikir nak tidur pastu esimen plak asyik tangguh dari sehari ke sehari..hehee..student contoh memang camni kan.... ;p



baiklah, suara cikbelog masih lagi sengau-sengau ayu memandangkan selsema tak baik lagi . Alhamdulillah, batuk dah makin okei..syok juga suara camnie. Rasa comel camne ntah ..wakkakaka..! anda rasa menyampah dengan statement saya ? jika ya, sila angkat hidung dan katakan ya !! jika tidak, sila turungkan hidung sambil berkata TIDAAKKKK ! dengan suara yang sengau..hekhekk ;p


okei, dah cukup dah set induksi. Sekarang kita teruskan dengan langkah 1 bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yea adik-adik. Camni al-kesahnya, cikbelog nak tanya kamu semua beberapa soalan ..Boleh tak kamu semua menjawab soalan cikbelog dengan jujur dan benar melainkan yang benar-benar belaka..buleh???





itu sajork soalan-soalan kreatif dan kritis dari saya. Diharap kamu semua sudi la ringkan jari untuk menaip jawapan kepada soalan-soalan ini di ruangan komen. Cikbelog tanya ni pun setelah mendapat teguran daripada kawan cikbelog yang kacak. Beliau cakap, beliau tak selesa ngan layout cikbelog ni..jadi, kalau majoriti bagitau yang layout cikbelog ini agak berat untuk diloading atau tak sesuai ke atau tak bes ke apa ke ke kera, cikbelog akan amix inisiatif la untuk tukar layout. :)






bukan ke berubah ke arah sesuatu yang lebih baik itu sangat afdal ?? hehee..




neway, tenkiu kepada blogger firdaus sebab bagi komen bernas pada cikbelog ya :). Jadi, kepada rakan-rakan blogger yang lain, kalau anda rasa cikbelog perlu buat penambahbaikkan pada blog ni, boleh la bagitau cikbelog ya :). trimasss :D







terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Malas

www.tips-fb.com


salam u ols :)






Mood : MALAS !








batuk dan selsema setelah balik dari camping! woowwooo~~









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

perkhemahan Kadet Remaja Sekolah

www.tips-fb.com

salam u ols :)



hikhik..skema tak tajuk entri kali ini ? agak skematikkan? macam tajuk esei Bahasa Melayu UPSR 2010 je kan? hekhekk..



well, untuk pengetahuan tambahan kau orang semua la kan, bermula dari hari esok iaitu hari selasatun hingga hari jumaatun, saya iaitu cikbelog binti tuanbelog tak dapat lagi berbelog..hah kau paham ayat aku nieh?? hekhek..itu namanya ayat yang berbentuk kemahiran berfikir kreatif dan kreatis yea budak-budak.














baiklah..

besok saya dan kawan-kawan akan mengikuti program perkhemahan unit uniform..huh..aku tak suka betol laahh ngan perkhemahan ni..tak tahu nape..aku rela lagi cuci jamban daripada pegi berkhemah. hoh!

teringat pulak masa zaman sekolah menengah dulu. Aku ni sejak dari zaman sekolah menengah lagi join Kadet Remaja Sekolah. Tak sangka lak bila on da way jadik cekgu nie, aku sekali lagi terpilih join Kadet Remaja Sekolah. Ikutkan hati nak je join PBSM..ade gak peluang nak melawat hospital, jumpa doctor encem. Kot la tersangkut, buleh kawen ngan doktor kannnn.. hekhekk

minggu ni agak stress jugak sebab balik je dari pekhemahan ni aku kena siapkan tigo esimen lagikk!! semua esimen ni perlu dihantar pada hari Isnin..cisdel tul..tak de masa nak rehat..tetiba teringat pulak lagu Raihan - Ingat 5 perkara sebelom 5 perkara.. kau orang ingat lagu tu ?? kalau tak ingat dan terasa nak tahu, kau orang google je la ehh.

eh, masa skolah dolu2 kan, kau orang join apa untuk unit uniform ? PBSM? Pandu Puteri ? Kadet Bomba ? Kadet Polis ? Puteri Islam ? atau....... Barisan Nasional mahupun parti Keadilan ?? hekhekk..baiklah, aku tahu entri ni langsung tak berilmiah tapi entri ni ada motif tersendiri okei !

motifnya, aku nak bagitau kau orang yang aku tak dapat online selama 4 hari. Jadik, kepada mereka yang bertandang di belog ini, jangan risau, saya pasti akan bertandang semula di belog kamu setelah saya mempunyai kelapangan ya :)

erk...tak tahu la nape ayat aku malam ni macam sengal-sengal ubi jerk..


psttt : doakan saya tak jumpa hantu kopek lanjut di hutan yea!






terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

tamat sudah cuti raya

www.tips-fb.com

salam u ols :)




hye3..dah lama tak update blog nie..bukan sengaja tak nak update, bukan jugak sebab beraya sakan, bukan jugak sebab aku sebok2 dengan kes pembunuhan misteri Datuk Sosilawati Lawiya..bukan..bukan dan bukan disebabkan oleh hal itu yea adik-adik, abang-abang, pak cik, mak cik dan kakak-kakak sekalian alam.



tapi, aku tak update blog sebab tak nak berebut laptop dengan adik aku..saya kan kakak yang baik..kakak yang selalu bertolak ansuran dengan adik-adik..maka, saya harus memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan laptop saya sebaik mungkin sebelum saya berangkat esok pagi..hekhek..baikkan saya ? (",)






camne ngan raya kau orang ? meriah ? buat pintu umah terbuka tak ? banyak tak dapat duit raya ? duit raya saya lagi 30 hengget nak cukup 100..ade sape2 yang sudi cukupkan 100 tak ?kalau ada yang bermurah hati nurani nak cukupkan 100, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen ya..hanya Allah yang mampu membalas jasa anda semua..ngee~ :)







esok, saya akan bertolak pulang ke KL pulak..ada sape2 nak tumpang tak ? tambang tak mahal, 20 hengget sorang jerk..harga kekawan je tu..harap-harap jalan tak jem strawberi mahupun jem tart nenas ataupun jem kaya, kacang dan segala bagai jem yang terdapat di Malaysia. Tak larat duk lam kereta lama-lama walaupun bukan aku yang drive.







baiklah, esimen tak siap lagi. Hari Ahad konpem aku tak tido sebab nak siapkan dua esimen yang perlu dihantar pada hari Isnin..Pastu nak kena pegi berkhemah pulak..kalau perlu pilih antara bkhemah atau cuci jamban, konpem-konpem aku sanggup cuci jamban.







justeru adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pak cik mak cik sekalian, bila esimen saya bertimbun tinggi ibarat tingginya longgokan sampah sarap, maka, tak dapatlah saya skodeng belog kamu semua sekerap yang mungkin ya. jadi, kalau kamu rindu saya, kamu jangan lupa tinggalkan jejak di shoutbox atau di ruangan komen ya . (-.-")








Bila keadaan saya dah stabil, saya akan skodeng belog kamu semuaaaa..! janji :)







jum layan gambar kucing nie..comel !


selamat hari raya :)

jangan lupa ganti pose ! ;p











terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

datuk sosilawati Lawiya dibunuh kejam

www.tips-fb.com


Misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya,47 selaku Pengasas Produk Kecantikan Novelle Visages kini terjawab apabila pihak polis menemui mayat yang dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib.
Walaubagaimanapun, pihak polis akan memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa dan pihak media apabila mendapat laporan sepenuhnya daripada pihak forensik.

*******
hmm..sedang orang lain menyambut kemeriahan hari raya, ada pulak peristiwa orang bunuh orang ni ya.. Iskk..tak paham dengan dunia zaman sekarang. Manusia semakin rancak membunuh orang tanpa sekelumit perasaan. Takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Mahu bacaa lanjut Misteri Kehilangan Sosilawati ?
































terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

bengang !

www.tips-fb.com
salam u ols :)













hati saya masih lagi bengang kat tukang jahit tu!!







terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

balik beraya !

www.tips-fb.com

salam u ols :)



hey3..


eh, kenapa kau orang tak tido lagi nie hah ? ohh sebok buat kuih raya yea ? okei..jum kita main teka teki eh..dalam banyak2 kuih raya, cikbelog suka kuih apa ? cepat2!! cepat teka! pemenang pertama akan mendapat hadiah berupa pakej berhari raya di kampung halaman cikbelog selama 2taun berturut-turut..ada berani ?? muahahhaa ;p..eh2..over gelak pulak..sebagai pompuan, kita perlu gelak secara sopan santun..macam ni ya..hihihi..kan sopan tu kan ? ngee~



Baiklah, ada sesuatu yang saya nak share dengan kamu dan kamu sekalian..sila amix perhatian ya !! :)





hek3..esok, saya akan balik ke kampung halaman. Tak sabar rasanya nak jumpa baba tersayang, sepupu sepapat, sedara mara untuk main mercun bersama-sama..hee


ok2..aku tau kau orang semua dah pun riang ria bersama keluarga tercinta di kampung halaman sekarang ni kan ?


nak buat macam mana, mumy cikbelog stat cuti esok. Jadi, maka, oleh itu, terpaksa la balik esok..cuma tak tahu la nak bertolak masa mana..yang pastinya lepas subuh..pukul 10 pagi pun lepas subuh jugakkan? heheheee






" Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
"



agak overdose kat situ ya ! (-.-")


doakan cikbelog dan keluarga selamat sepanjang perjalanan ya..maklumlah..bila tiba musim perayaan, makin banyak pula berlaku kemalangan jalan raya mahupun kemalangan jiwa.


esok, mumy cikbelog akan drive dari putrajaya ke kelate..nak harapkan cikbelog yang drive, takut tak sampai je..sampai ke tempat lain kang naye pulak, iye dak? hehee..

lesen keta adalah perhiasanku~weee~~


baiklah, kepada kamu semua, berhati-hati di jalan raya ya..selamat hari raya, salam lebaran dari cikbelog dan keluarga ! :D




dari cikbelog untuk kamu semua :)



psssttt : akhirnya baju raya aku siap jugak ! terima kasih mak cik jahit baju :D







eh, hari ni hari rabu kan?

da masuk hari rabu kan ?

ha, bermaknanya, hari ni la aku balik

bukan esok! hekhekkk






















terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

info : keistimewaan tahi ayam

www.tips-fb.com


salam u ols :)

ini entri pendek sajork..saya teringin nak share info tentang tahi ayam. Mungkin ada antara kita yang tak tahu kepentingan dan kegunaan serta keistimewaan tahi ayam.kan kan?? lainlah kalau kau orang ni memang penggemar atau peminat setia ayam..konpem2 kau orang tahu keistimewaan tahi ayam kan ?


baiklah..




ini anak ayam



ini pulak
belog cap ayam yang bes..


try korang pegi blog ni..memang menarik!



okei2..cukup untuk merapu. Kita kembali kepada tajuk utama entri pendek ini iaitu keistimewaan tahi ayam.






info bernas ini diperoleh daripada majalah remaja :)



seee !

tahi bukan sebarang tahi..tapi tahi itu sangat berguna ! ceit! apa punya pengotor la kan cite tentang tahi ayam..hekhek..bukan apa..ini info tambahan sajork..Kot la kau orang nak jadi penternak ayam, kau orang kena tahu kelebihan tahi ayam ni supaya kau orang tak sia-siakan tahi ayam itu..heee




hah ! cite tentang tahi ni kan..eiii aku sangat la hangat hati bila ada seorang hamba Allah tuh berak tak flush! eii apa punya cun la tahi ko tu yea nak tayang kat semua orang ?? hiskkk



jadi, kalau kau orang guna public toilet atau tandas awam..diulangi sekali lagi public toilet!! sila flush tahi anda..eiuuu..!

hm..kisahnya, aku nak buang air kecik je tapi sebaik saja aku menolak daun pintu dan terlihat tompokan yang kurang enak, bergegas aku lari-lari anak menuju ke arah mumy sambil berkata..


" eiuuuu...ada tahik!!! kencing kat umah je lah! "

..hah terbantut terus kegiatan nak buang air tecik..mungkin dia tak flush sebab tak de air kot kan ? hmm

dah la..aku nak gi masak juadah berbuka kat bazar kejap! daaa..



pssttt : pendekkan entri ni? hee




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Iklan AidilFitri 2010 kat TV 3 lambang 1 Malaysia kah ?

www.tips-fb.com

salam u ols :)




meh layan video ni jap meh..aku tak paham gak apa motif video ni..terus - terung eh terus-terang aku cakap, iklan ni macam meremeh-temehkan Islam pun ada jugak..kenapa ? kau orang layan la sendiri..cite banyak2 nanti jadik emo pulekk..hikhik



















seee ?? ada pulak yea orang kita yang jadik santa claus versi Melayu ? hiskk..tolong la..saya rindukan iklan raya petronas yang bijaksana dan cukup menyentuh hati.




tolonglah sayangi agama kita dan jangan sesekali samakan dengan agama yang lain..





pssstt : aku rasa iklan ni dah tak da kat tv 3 kot








terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Tag Ramadhan : Mencari malam lailatulqadar

www.tips-fb.com
salam u ols :)







ekceli dah lama dapat tag ni dari AJ . Tapi malam ni baru berkesempatan nak buat tag ni. Harap maaf ya . :)


baiklah..sempena tag Ramadhan ni, cikbelog nak cite ciket tentang malam lailatul qadar..semoga kita semua berjaya menemui malam tersebut. :)




Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.




Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.




Malam itu tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:


Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762)








salam Ramadhan semuaaa :)



rindu sangat nak blogwalking..jadik malam ni cikbelog nak blogwalking sepuas hati ! heheehehee




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]