salam u ols ;)
da makan ? camne hari ni ? banyak keje tak nak kena wat ? cikbelog agak bz lately..maklom la kelas da on..balik pon lewat..malam kena tido awal sebab esoknye nak gi class plak..camtu la kan kehidupan seorang pelajar..hikhikk..
btw u ols, hari ni cikbelog nak share sumtink untuk u ols yang terlalu obses nak kurus..i ols pon tergolong gak lam golongan ni tapiiii...i ols tetap sumbat mulut ni ngan makanan walaupon bising2 nak kurus..hahaha..pompuannn..biasala kan.. ;p
beliau makan setiap 15 minit tapi tak gemuk2!!
AUSTIN - Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Velasquez menghidap penyakit Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan.
Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun itu makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 kilogram.
"Saya selalu menimbang berat saya dan saya akan teruja jika berat saya bertambah walaupun cuma 0.4 kilogram," kata Lizzie yang memiliki ketinggian 157.5 sentimeter.
"Saya makan sedikit kerepek, gula-gula, coklat, piza, kek, donut, ais krim, mi dan kuih sepanjang hari dan saya sedih apabila orang mendakwa saya kurus kerana menghidap aneroksia," tambahnya.
Lizzie dilahirkan empat minggu pramatang dengan berat cuma 1.1 kilogram dan kesihatannya sering terganggu.- Agensi
[ sumber ]
kesian kat beliau kan ? jadi, kepada mereka yang terlalu obses tu..maksud i ols, yang sampai tahap makan dan muntahkan balik makanan tu [ anorexia / bulimia ], korang patutnya ubah tabiat tu..kalau nak cantik, elakkan la daripada kegiatan memuntahkan balik apa yang korang makan..nanti efek plak kat kesihatan korang..lebih baik korang amalkan diet yang sihat..kalau nak cepat kurus..pegilah SLIM WORLD atau LONDON WEIGHT MANAGEMENT..hhhiiihii..
korang nak tips untuk kurus ? nah, cikbelog bagi tips untuk korang :
1. Ambil sarapan pagi.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Berhenti makan sebelum kenyang.
4. Senaman !! penting k!
5. Jangan makan makanan ringan atau minum minuman bergas.
6. Banyakkan makan epal hijau.
walaupon i ols ni tak kurus orangnye, tapi tak salahkan i ols bagi tips untuk kurus secara sihat ? hehehehe
korang nak tips untuk gemuk ?
1. lepas makan nasi 4 pinggan, korang terus tido
2. makan telur goreng /masak separuh
3. banyakkan makan cheese
4. minum air manis tapi jangan banyak sangat..kang kena kencing manis plakk..
5. tido petang
6. makan dan makan dan makan tapi pastikan korang makan sampai habis..kalau makan tak habis tak de maknanya!
jadi kawan kawan sekalian, bersyukurlah kita dengan anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t tapiii walaubagaimanapun, korang tetap kena jaga kesihatan korang jugakk..kalau overweight atau tak cukup berat susah jugak..tak elok untuk kesihatan kamu..jadi saya harap, korang semua sentiasa jaga kesihatan yea ?
neway, tenkiu kat kawan cikbelog yang sudi share info nie ngan cikbelog..trimas!! nanti cikbelog blanje makan durian..ihikk ;p
psssttt : wekend ni ade clas ganti leww..tak leh balik umaa..wowowowwoooo ;(
♥
same la post kite hehe
ReplyDeletekurusnya dieeeee! emmm~ semoga naiklah cepat berat badan dia.
ReplyDeletetelor - wahh sehati sejiwa ngan telor plakk..haha tersama post..sory yea..tak tau plak sama..bila telor bgtau baru cikbelog jenguk blog telor..tgk2 sama plak post kita..hehehe
ReplyDeletehehee..ala xpe...telor lebih kepada pic jeee..
ReplyDeletehehe okeii
ReplyDeletekesiannya .tu la .jage badan tu .kesian dia x dpt gemok .
ReplyDeleteerk?? takot nya tgk..
ReplyDeletemintak jauh.. nauzubillah.. tak mo jd cenggitu..
risau nieh ramai duk tgur mkin kurus.. huwaaa.. tp bila check okeh jer sume.. hmm...
nak gemuk tidor petang?? betul ke?? hihihi =P
aien - betol..cikbelog da praktik..tdo petang mmg leh naekkan berat badan..hehee
ReplyDeletealamak..
ReplyDeletelagi kuros dari aku ni..
ni extreme punye..
extreme sgt jadi takut laks tgk..
ReplyDeleteDah buat mcm2 cara nk gemuk kn bdn tp still x gemok2 :(
ReplyDelete