kehidupan hari rabu

www.tips-fb.com
suasana di sini sepi..bebas tanpa bunyi cicak yang sedang memulas perut. hanya kedengaran kipas yang sedang mengalunkan lagu cinta pakai buang, nyanyian stacy. makhluk di sini masih lagi lena, tegar untuk berada di alam fantasi ciptaan sendiri di atas katil masing-masing. biarpun jarum jam sudah bergerak ke angka 8.00 pagi, masing-masing masih belum puas menghabiskan sisa mimpi semalam. jeritan suara di bawah yang melaungkan ayat-ayat basi tidak dihiraukan lagi.." sila bergerak ke kawasan kuliah sekarang juga!" , hadoii! lam mimpi aku pon ko nak masuk ke? syuh2!! kuliah dah habis kan, suka ati aku la nk duk mana pon, aku tak lari balik pon dah kira baik tau! [mengomel biarpun mata masih lagi dipenuhi sesawang taik mata.]


tepat pukul 10 lebih2..ku mimpi raksasa coklat datang sambil mengetuk2 pintu bilik bertalu2..sape la pulok nieh..tak reti bagi salam ke hape hah.! "Pehatian, sial eh sila begerak ke kawasan kuliah skang gak sebelom haku panggil pihak berkuasa untuk bertindak ke arah kamu!!begerakkkk!!!" gegaran sel-sel neuron di otak mula berlaku dan bertindak balas sebaik mendengar perkataan pihak berkuasa..eiii..mula la tuh nak takut-takutkan aku yang memang pengecut nieh..suasana yang tadinya sunyi sepi kini mula hingar-bingar..


derap-derap selipar jamban mula berbunyi laju menuju ke arah bilik air yang terbuka luas menanti kehadiran makhluk yang belom mandi..masing-masing mula tak tenang bila memikirkan pihak berkuasa yang bakal datang menyerang setiap bilik di sini..dengan bekasan liur basi yang masih bersisa di pipi, masing-masing menuju ke arah singki untuk gosok gigi,cuci muka..ha ko nak mandi ala2 bujang lapok la tuh.


diskusi hebat dilakukan di saat menunggu giliran untuk mandi lam bath tub mewah di asrama ini.. "weh, ko nak pegi tak? hadoi, lagi beberapa jam je lagi dah bleh balik, apesal yang diorang kecoh2 suwoh pegi sana lak? kambeng tol ", kata Rokiah kepada Piah yang sedang mencabut bulu ketiak dengan jaya. "aku pon tak taw la kiah oi. cam malas nak pegi..alah, tak yah pegi la..gimik je semua tuh..ko tau kan tempat ni suka buat gimik mengalahkan gimik AF dan Sehati Berdansa,".


sah lagi nyata! ketakutkan tadi hanya sementara kerana kelibat bayang-bayang hitam pihak berkuasa langsung tak kelihatan..betul kata Piah, itu semua gimik..dah masok taun ketiga aku kat cini..segalanya gimik! walaupon sekadar gimik, aku masih lagi takot jika diugut dengan nama pihak berkuasa..aku tak sanggup menadah telinga hanya semata-mata mendengar bebelan beliau..adalah lebih baik aku mendengar forum perdana di tv1 daripada mendengar segala curahan bebelan beliau..dek kerana ketakutan sementara tadi, aku terpaksa membatalkan hasrat untuk mengupdate belog..kacau sajork!


tak pe..tak pe..jumaat dah makin tiba..selepas ini, aku takkan jejakkan lagi kaki tanganku di sini selama 3 minggu..ceh, cuti sem ape kalau takat 3 minggu kan?tak pe la..bersyukur je..nasib baik buleh cuti..3 minggu di rumah adalah lebih baik daripada 3 minggu di cini. argh, lapar la pulak,nak makan!






MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

0 orang pengkomen kacak gojes:

Post a Comment

sila senyum sebelom komen +__+