Video : dR Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam

www.tips-fb.com


salam u ols :)


Korang dah tengok dah cite sensasi 2010 : 2 Alam by Datuk Dr. Che Rozmey Che Din ? Aku tak tengok lagi cite nie. Aku pun tak tahu sama ada cite ni bes atau tak. Tapi bedasarkan komen-komen yang aku baca dalam blog dan di mStar Online , maka dapat la aku simpulkan bahawa citer ni tak de lah sensasi sangat malah target 40juta apabila movie ni ditayangkan serentak di 83buah pawagam pada 18 November lalu pon tak tercapai kowt..heee










Menurut sesetengah bloggers, diorang tak nak tengok filem ni sebab diorang tak suka dengan cover filem nie..yelah, tak penah-penah la kan gambar penerbit filem tetiba tersengah kat depan tu mengalahkan para pelakon..haish.. (-.-")


Malah ada jugak yang tak suka dengan gaya rambut dR Romzey hingga menyebabkan diorang tak lalu nak nengok filem nieh..hahahhaa jaahat ar u ols, tak mau nengok filem beliau sebab rambut beliau lebih seksi dan kacak dari rambut u ols eyh?? muahahahaa~




Rambut beliau seksi,okei ! i loikess..miahaha~~




Dah, tak mau cite lebih-lebih..aku cuma nak ajak korang tengok video nieh..memang lawak..jom tengok (-.-) tak dapat nengok filem tu, tapi dapat nengok video ni pun jadik ar kan..layannnn






video lawak yang terbaik 2010 ..ngeh3




okei, ini pulak pandangan wartawan yang pi tengok cite tu :




* Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali


Filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.




*Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah


“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.



*Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah


2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.



*Wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid

filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja.

Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.

"Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.





Para pelakon Filem 2 Alam


Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.





Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang. “Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.





Apepown, tahniah kepada dR Rozmey sebab dah berjaya tayangkan filem ni. Congrats! we ols tak sabar nak nengok filem kedua dR RozmeY..mungkin tentang jusmate 5 pula ? y not ? ;)







Photobucket

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

35 comments:

  1. wohooo. kesian plak dgn ddr. :P hik3

    ReplyDelete
  2. aku paling menyampah org yang ckp besar cm die tu

    ReplyDelete
  3. lucu bace entry ni!

    ReplyDelete
  4. ksian kat dia. ape lah slh dia eah?

    ReplyDelete
  5. in short, taya tgk la. hik3

    ReplyDelete
  6. memang tak best... indah kabar dari rupa

    ReplyDelete
  7. @kobEj0rdan~aku rasa mende ni tak jadi isu kalau dia x cakap besar

    ReplyDelete
  8. @Queen Mxpe3..lain kali je tengok yea.hee

    ReplyDelete
  9. @teddyunasalah dia?dia tercakap besar and terbuat filem yang terlampau kot.. :)

    ReplyDelete
  10. @Mata Hati aha! ramai pihak yang berkata sedemikian rupa

    ReplyDelete
  11. hahahaah lawak video tu, memang kena!!! ekekee

    ReplyDelete
  12. ila xtgk lg...nti nak tgk la..heheh

    ReplyDelete
  13. cerita dia memang tak bestpun..setakat cakap besar saja..sekarang dah malu sendiri.

    sebab tu orang cakap cerita 2 alam dah jadi cerita putar alam.

    ReplyDelete
  14. tak tengok lagi.. tapi memang xnak tgk pun.. hehe...


    oh. selamat bercuti!! hehe

    ReplyDelete
  15. @padin hehe lawakkan video ni..siap bandingkan ngan filem heri potter lagi 2..hehe

    ReplyDelete
  16. @Alan hehee mudah-mudahan dia dapat pengajaran untuk filem seterusnya..

    ReplyDelete
  17. setuju zizou punya komen. hakhakhak xD

    ReplyDelete
  18. dr dozmey bagus ade sifat keyakinan yang tinggi tapi bila dah terlampau yakin sangat cmni la jadinya makan diri sendiri...wat filem cam syok sendiri..

    ReplyDelete
  19. hahaha...sape la yg edit substitles cite valkiery ni..sengal !! pattnye dR tu wat filem pasal rambut dye tu je..hahaha

    ReplyDelete
  20. tjuk cite die bez tpi blm tentu i nk tgk.. hehe..

    ReplyDelete

sila senyum sebelom komen +__+