sticky note sehingga 15 november 2010 untuk sayangness dan rakan-rakan

www.tips-fb.com




INI ADALAH ENTRI MELEKAT ;)

CIKBELOG AKAN MENGHILANGKAN DIRI SEHINGGA 15 NOVEMBER 2010


salam buat u ols semua.. ;)

cikbelog tepaksa dan bukan sengaja apalagi suka-suka hati
nak ilangkan diri dari dunia berbelog seketika
sebab cikbelog akan exam
dari 2 nov - 15 nov 2010..
maka, dengan ini, saya nak umumkan kat u ols sekalian
yang i ols perlu stop seketika melakukan aktiviti berbelog
supaya i ols dapat tumpu kat exam la kan..
cewahh!



buat padin tersayang..llallaaallaaaa~~
jangan rindu-rinduan cikbelog yea..
bila da abes exam
cikbelog akan jenguk-jenguk padin
ehiks ;)


terima kasih kat u ols semua
yang sudi jenguk-jenguk cikbelog
sudi komen-komen bagi nasihat kat dunia dunspeakme..
tenkiu banyak2 yea u ols..
i ols sangat hargai kata-kata u ols ;)


bila da abes exam
maka bermulalah cuti sem saya
jadi, saya akan ada banyak masa untuk u ols sekalian alam
bila dah cuti, boleh la saya berblog walk sesuka hati
terjah2 belog u ols sampai pagi diikuti petang, malam dan pagi lagi
dan jadi pengskodeng bebas u ols semua
dengan senang hati..kan kan??
(-.-")


okei lah u ols :)
hari masih pagi
rasa malas plak nak stdy
so, nak sambung tidow
heheeee..
tata u ols ;)


u ols jaga diri baik-baik tau dan don't notty2 okei :)










terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Hepi Besday Angah ♥

www.tips-fb.com
salam u ols ;)

epi besday angah ;)
gambar ni akak cilok dari FB angah..hikks ;p




24/10/1996

epi besday angah..
kakak sayang angah
be a gud girl
we ol lub u ;)






Nota Kaki



u ols, bermula dari hari esok cikbelog akan bizi sangat3..25 Oct; sebok ngan event kat tempat study plus class ganti dari petang sampai malam..26-28 oCt cikbelog akan camping, pastu 2 Nov - 15 NoV cikbelog akan exam..doakan cikbelog yea ;)




So, sesi blogwalk dan update new entri akan dikurangkan ciket.



Bila semua dah selesai cikbelog akan blogwalk dan skodeng2 blog u ols semua, okei ? tata http://www.emocutez.com










pssttt : Nak bagi adiah apa ek kat dak ni..urmm...




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Esok Belum Pasti Tiba

www.tips-fb.com


masih sempatkah untuk mencium hari esok ?







Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....




Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...




Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....




Macammana..

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah..

baru kena ugut terus lari lintang pukang..

lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."




"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..

bile time sembahyang raya..."




"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..

tak cukup masa..




Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???




Kenapa?

gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

berapa banyak????

Wallahualam…


Sebarkanlah....

Xperlu minta izin dah.. :)





psst : Dicopy dan paste tanpa sebarang cacat cela :)







sumber : Facebook



Baiklah. Dah baca ? Pesan saya kepada saya sendiri dan anda semua iaitu seluruh umat ISLAM , jangan kita alpa dan lupa kepada Allah yang Esa kerana tanpa izinNya, kita takkan mungkin mengecapi apa yang ada hari ini.



terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

cinta itu komunikasi

www.tips-fb.com
cinta itu komunikasi






awak..
saya nak sangat call awak
tapi saya tak tahu nak sembang apa dengan awak


awak
saya nak sangat mesej awak
hari-hari saya nak mesej awak
tapi
saya tak tahu
nak tanya apa kat awak



awak..
kalau saya cakap saya rindu awak
mesti awak gelak-gelak sambil lompat katak !


tapi sebenarnya
saya memang rindu awak
tapi
saya tak tahu
macam mana nak bagitahu awak









psssttt : The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else.




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

wanita;dirogol dan diperkosa , Lelaki ; merogol dan memperkosa

www.tips-fb.com





salam u ols :)


Harini aku nak share news dengan u ols semua..sila baca and beware! Kalau kau orang lelaki sekalipun, tolong la baca dan sampaikan pesanan ni pada kakak atau adik-adik u ols. Kepada kaum wanita, berhati-hati..Tolonglah berhati-hati. Mungkin ramai yang dah tahu tentang berita ni, tapi aku rasa tak salah kalau nak share benda ni dengan u ols semua..At least, kita sama-sama berwaspada..okei?





Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.



Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.





P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri







Artikel ni aku amix dari Facebook. Sesiapa yang ada Facebook, tentu pernah terbaca artikel ni. Aku pun tak pasti sejauh mana kebenaran artikel ini, tapi bagi aku, sama ada benar atau tidak artikel ni, itu tak penting. Yang penting, kita sama-sama amik iktibar dari artikel ni. Maklumlah, kes-kes rogol makin memuncak pada zaman sekarang ni.


Aku pun tak faham kenapa mereka yang tak bertanggungjawab [perogol] boleh menjadi segersang ini. Sanggup merogol sesiapa sahaja. Adakah masalah ini disebabkan oleh wanita pada zaman sekarang semakin bekerjaya? atau disebabkan wang hantaran terlalu tinggi ? hingga ada pihak lelaki yang sanggup merogol kaum wanita daripada mengahwini kaum wanita secara halal? Atau, adakah kerana faktor pemakaian kaum wanita yang semakin menjadi-jadi telah menyebabkan kaum lelaki gagal mengawal nafsu syahwat mereka? hmm...anda tahu jawapannya??









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Perasaan Hasad Dengki (PHD) sifat semulajadi ?

www.tips-fb.com
salam u ols :)

Hari ni rasa macam nak bercerita tentang PHD je. PHD atau dalam istilah Bahasa Melayu ialah Perasaan Hasad Dengki. PHD juga dikenali sebagai penyakit hati. Ha, dah nak mula syarahan agama dah nieh.hehe. Rileks2 cikbelog..cool..jangan emosi...no no noo..

Kenapa manusia ada perasaan hasad dengki ?

Saya pun tak tahu kenapa sesetengah manusia diliputi dengan perasaan hasad dengki. Saya pun tak paham kenapa mesti iri hati pada kelebihan orang lain. Kenapa mesti kita iri hati pada kelebihan orang lain sedangkan kita tahu, kita memang tak mampu nak menandingi mereka ? Saya benci orang yang bersikap iri hati ! oppss! mumy saya cakap..tak baik benci-benci orang..Nanti hati jadi busuk. Bila hati busuk, muka pun cepat tua..Eii tak naklah tua dari usia..


Mumy saya cakap lagi, tak baik tau iri hati dengan kelebihan orang lain. Nanti Allah tak suka kita. Para Malaikat pun tak nak dekat dengan kita. Nanti kita nak kawan dengan siapa? Mumy saya cakap, orang yang suka iri hati dengan kelebihan dan keistimewaan orang lain ialah kawan syaitan. Korang nak jadi kawan syaitan ? nak?? kalau nak, tanam la sikap iri hati dalam diri kau orang. Tapi kalau tak nak, bersyukurlah pada pemberian Allah dan jangan iri hati pada orang lain.


Kecantikan manusia terletak pada kecantikan wajah ?


Bagi saya, kecantikan manusia terletak pada sekeping hati yang suci. Tak percaya ? percayalahh..sebab, pada pendapat saya lah kan, seseorang insan itu akan kelihatan cantik jika hatinya bersih. Meskipun muka tak de la cantik sangat. Tapi, kalau hati tu suci, murni, tak pernah nak dengki-dengki, tentu wajah tu akan berseri je.


Jadi, kepada mereka yang rasa diri mereka kurang cantik, jangan sesekali iri hati dengan kecantikan orang lain. Kerana kamu juga cantik seperti mereka yang lain. Percayalah, setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t semuanya cantik sebab Allah cintakan kecantikan. Cuma, kamu hanya perlu jaga hati agar hati itu tidak mengeruhkan lagi wajah kamu.






Bagi mereka yang cantik wajahnya, jangan bongkak. Jagalah peribadi. Jaga hati kamu. Bagi saya, hati itu penting. Ya ! sangat penting. Hati pembentuk akhlak..Malah, hati merupakan remote control bagi segala perbuatan seharian kita.


Akhir kata, jagalah tutur bicara kerana kata-kata ibarat pedang. Jangan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa . :)


Eh2..ada tips untuk korang lah !













pssstt : saya tak emosi kan ? ;p









terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

blog updated!!

www.tips-fb.com
salam u ols :)


hadoii sangat rindu sama blog ini dan juga my sayangnesss..agak lama juga tak update belog..maklum la sibuk sangat2 sampai tak ada masa nak update blog..tapi update status Facebook buleh pulak..hekhekk ;p







okeii..1st story isss.....korang nak tahu tak keywords untuk dunspeakme pada minggu lepas??




wohoo! keywords yang pelik ialah cukur bulu ketiak dan cukur ketiak..ada sesiapa nak tips cukur bulu ketiak ke? hehe..


ekceli bulu ketiak memanglah berguna untuk melindungi ketiak daripada segala bakteria yang tak baik..tapi kalau biarkan kerinting macam tuh..dah buleh ikat tocang dah..bahaya jugak ! aku sangatlah elergik dengan orang yang berbau ketiaknye..eiskk...bau ketiak boleh buat orang pening kepala 40hari 40 malam tau tak ?!




ha dah alang-alang cerita tentang ketiak ni kan..hari tu aku sedang beratur untuk beli tiket..tiba-tiba datang seorang pompuan ni..dia pakai baju tak de lengan..okei..aku tak kesah pun la kan dia nak pakai baju camne..pastu pompuan ni menuju ke arah seorang pak cik sambil bertanya arah ke suatu tempat..aku tak jeles pon dia cakap ngan pak cik tu..pompuan ni siyes lawa beb! tiba-tiba dia angkat tangan sambil tunjuk tepat ke hadapan. maka, di saat itulah aku nampak bulu-bulu ketiaknya yang berkibar-kibar sepoi-sepoi bahasa ditiup angin. hadoiii, selaku pompuan, saya amat malu dengan keadaan dan situasi itu. aku dah nampak pak cik tu macam senyum2 semacam..haishh..aku pulak yang segan..jadi moralnya di sini adik-adik sekalian, kalau nak pakai baju yang tak de lengan, silalah..SILA CUKUR BULU KETIAK ANDA !!



avoid it!



okeilah..tutup cerita tentang bulu ketiak yea..ni nak bagitahu..cewahh macam la penting sangat perkara yang nak bagitahu nieh..ekceli, aku dah dapat tahu dah sekolah untuk aku praktikal tahun depan..nama sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Tehel, Melaka. Ha, ada sesiapa orang Tehel tak ?? kalau ada, leh la bagi cikbelog sewa umah selama sebulan..bayaran sewa satu hengget sehari..orite tak??hehee


cilok dari [cini]


sekolah ni agak jauh dari hostel, maka saya perlu tinggal di rumah sewa..yippiee!! pertama kali tinggal di umah sewa..eheheee..perasaan? hepi la jugak sebab every wekend leh balik umah suka hati tanpa perlu mintax tandatangan waden lagikkk ..heaven tuhh! ;p


okei..story seterusnya ialah..pagi sabtu kemarin la kan, aku pegi la merayau kat Jalan TAR..bukan jalan bertar yea tapi jalan TAR..hehe..okei2..memang kat sana akan menyebabkan ramai wanita baik muda mahupun tua akan gile tudung..bagi para lelaki pulak mereka akan gile bila tengok aweks mereka beli tudung cam orang tak penah jumpa tudung..!yes! sangat banyak pilihan dan fesyen terbaru nye ialah tudung camniee..


tadaaa!!

eh tu memang fesyen terbaru kan??sebab aku tak penah nampak orang pakai camni kat area cini..tapi bile aku pegi kat jalan Tar tu, ade la aku jumpa sorang sis pakai tudung camtu [fesyen terbaru]..lawaaaaa..disebabkan beliau memang lawa, jadi aku wat conclusion, dia pakai apa pon dia tetap lawa..heee~~


macam-macam gaya bertudung sekarang ni kan..belit atas belit bawah, lipat kiri lipat kanan, haishh memang tak dan nak ikut..eh okeilah..tataaa :)






selamat pengantin baru buat DR.SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR dan DR. HARLINA MOHD YUNOS :)


cikbelog loikess dis pix!






terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

mood : exam

www.tips-fb.com
salam :)

entri kali ni pendek sangat2..






esok exam..doakan saya :)







































terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

blogwalking seperti biasa :)

www.tips-fb.com
salam u ols :)

hey3..dah lama rasanya tak update belog..neway, hari ni cikbelog rasa hepi sangat2..sebab semua esimen dah submit..so, buleh la i ols berblogwalk dengan suka hati.. :)




















okei semua..jum blogwalk :D







terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]