salam u ols :)
Hari ni rasa macam nak bercerita tentang PHD je. PHD atau dalam istilah Bahasa Melayu ialah Perasaan Hasad Dengki. PHD juga dikenali sebagai penyakit hati. Ha, dah nak mula syarahan agama dah nieh.hehe. Rileks2 cikbelog..cool..jangan emosi...no no noo..
Kenapa manusia ada perasaan hasad dengki ?
Saya pun tak tahu kenapa sesetengah manusia diliputi dengan perasaan hasad dengki. Saya pun tak paham kenapa mesti iri hati pada kelebihan orang lain. Kenapa mesti kita iri hati pada kelebihan orang lain sedangkan kita tahu, kita memang tak mampu nak menandingi mereka ? Saya benci orang yang bersikap iri hati ! oppss! mumy saya cakap..tak baik benci-benci orang..Nanti hati jadi busuk. Bila hati busuk, muka pun cepat tua..Eii tak naklah tua dari usia..
Mumy saya cakap lagi, tak baik tau iri hati dengan kelebihan orang lain. Nanti Allah tak suka kita. Para Malaikat pun tak nak dekat dengan kita. Nanti kita nak kawan dengan siapa? Mumy saya cakap, orang yang suka iri hati dengan kelebihan dan keistimewaan orang lain ialah kawan syaitan. Korang nak jadi kawan syaitan ? nak?? kalau nak, tanam la sikap iri hati dalam diri kau orang. Tapi kalau tak nak, bersyukurlah pada pemberian Allah dan jangan iri hati pada orang lain.
Kecantikan manusia terletak pada kecantikan wajah ?
Bagi saya, kecantikan manusia terletak pada sekeping hati yang suci. Tak percaya ? percayalahh..sebab, pada pendapat saya lah kan, seseorang insan itu akan kelihatan cantik jika hatinya bersih. Meskipun muka tak de la cantik sangat. Tapi, kalau hati tu suci, murni, tak pernah nak dengki-dengki, tentu wajah tu akan berseri je.
Jadi, kepada mereka yang rasa diri mereka kurang cantik, jangan sesekali iri hati dengan kecantikan orang lain. Kerana kamu juga cantik seperti mereka yang lain. Percayalah, setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t semuanya cantik sebab Allah cintakan kecantikan. Cuma, kamu hanya perlu jaga hati agar hati itu tidak mengeruhkan lagi wajah kamu.
Bagi mereka yang cantik wajahnya, jangan bongkak. Jagalah peribadi. Jaga hati kamu. Bagi saya, hati itu penting. Ya ! sangat penting. Hati pembentuk akhlak..Malah, hati merupakan remote control bagi segala perbuatan seharian kita.
Akhir kata, jagalah tutur bicara kerana kata-kata ibarat pedang. Jangan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa . :)
Eh2..ada tips untuk korang lah !
saya tidak jeles pada mereka yang cantik,,hehehe
ReplyDeleteSAYA YANG EMOSI!!!!
ReplyDeleteGRRR!!
setiap insan ada kelebihan dan kekurangan nya.. :D
ReplyDeletesy suka tgk mereka yg cantek! jd inspirasi.. :D
saya suka tgk org cantik..& anda tidak emosi...ehhhee
ReplyDeleteerkkk insaf!!!!
ReplyDeleteisziey - heheee saya juga tidak jeles..hehe
ReplyDeleteaki - sabor aki sabor..cikbelog dah baca dah entri aki..memang betul2 emo..hehhee
shasha - yeapp..setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing tapi amat malang bagi mereka yang tak tahu hargai kelebihan diri sendiri kan..heee
kazaztan team - wah nampaknya saya berjaya kawal emosi..hikhik ;p
padin - erk..entri aku ni leh memberi keinsafan ke?heheee
mmg x boleh hasad dengki..
ReplyDeletecemburu ok lagi.. sbb bila cemburu, kita cuba atasi dgn cara baik.. ok..
hasad dengki.. mmg cara tak elok..
manusia kan sememangnya dianugerahkan dengan perasaan tue..malah mungkin di luar sedar kita,kita sendiri memilikinya.cuma kawalan atas itu yg membezakan kita dengan mereka.
ReplyDeleteermm.. tak emosi kot..
ReplyDeleteemosi skit je xpe .HAHA .
ReplyDeletebibir daku macam angelina jolie heheh..
ReplyDeletesebenarnya manusia fitrahnya suci iaitu bayi yang baru lahir..perasaan hasad dengki ni datang dari pengaruh persekitaran kita.. kita yang kena tengok mana baik n mana buruk
ReplyDeletemmg x paham org cmni..
ReplyDeletex puas hati ke..
hargai apa yang ada...
ReplyDeletetapi memang pelik dgn org yg PHD nieh..
sedang berdepan dgn org mcm tu skrg.. jd stalker my blog.. pastu kecoh2 n hangin tak tentu pasal... pelik3..
stuju tu..kenalah..slalu igtkt Allah...
ReplyDeletesaya pun x jeles..cantik sikit ja..da cukupla kecantikan yg Tuhan beri...org lain lagi cantik..
ReplyDeletekena yakin dengan diri sendiri. tak perlu PHd bila orang lain lebih cantik sebab kita pon cantik. tanamkan dalam hati macam tu. :)
ReplyDeleteapa-apa pun bersyukur jugak dia atas kurniaan illahi. Syukur sebab cukup sifat ada tangan kaki, hidung, mulut semualah dari segi fizikal. :)
x baik jelez2...sifat sedemikian hanya memakan diri sendiri...
ReplyDeletemgkin org tu x puas hati dgn kita....sabar Allah kan ada..
ReplyDelete