Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

cintaku tertinggal di epot !

www.tips-fb.com
salam u ols ;)




dah lama saya tak update belog ni kan
maaf ya
dah lama juga saya tak blogwalking
sekali lagi..
maaf sangat

keadaan begitu tak mengizinkan
bak pepatah Melayu
"masa amat mencemburui kita"




minggu ni saya sebok lagi. Puas cari masa untuk update belog tapi masa tu tetap tak de. ni pun curik2 kejap.



saya cuma nak kongsi sesuatu..penah tak u ols jatuh cinta pandang pertama ? hikhik..saya rasaaa...saya macam dah tersuka tapi belom terjatuh cinta pada si dia yang saya skodeng kat LCCT hari tu.







beliau sungguh kacak lagi bergaya..macho! oh..sangat menggetarkan jiwa..waakakaa..maaf ya..izinkan saya menggatal secara berhemah seketika ;)




ekceli saya tertarik dengan riak wajah dia..sangat innocent..u ols tau je la kan muka orang innocent. Memang buleh mencuit hati sanubari kan? sweet ala2 gula-gula kapas strawberi gitu.hahaaha ;p






gula-gula kapas yang yummy ! ihsan google lalimm




tapi sayang, dia sangat pemalu. Oh..bila dia malu, lagi la bertambah2 saya nak skodeng beliau. Maklom la..dia sorang, saya pulak bertiga..haishh memang patut saya overact masa tu..kalau saya sorang2..konpem saya tak berani nak usha2 dia..hekhekkk




tapi saya tahu yang dia sedar diri dia diperhatikan.




awak, jangan risau yea..saya takkan pape kan awak. saya cuma nak senyum-senyum kat awak. mana lah tau kot kita ada jodoh, buleh la kita kawen kan..Jodoh kan rahsia Allah, mana lah tau awak tu jodoh saya ke? hahaa





u ols nak tahu tak, saya rasa dia pun curi-curi pandang saya. tapi bila saya cuba pandang dia, dia mula alihkan pandangan mata dia ke arah lain..



awak, saya tahu awak pemalu..saya tahu awak pun suka saya kan? hikhikk..okei2..baiklah..saya tahu saya perasan seorang diri semata-mata.



saya ingat lagik bila awak kuar dari balai ketibaan..saya saja je kuar awal sebab nak tahu sape family awak yakni bakal mak mertua saya..jadi, dengan muka tak berapa nak tahu malu, saya pun melangut di kedai yang betul2 depan balai ketibaan..huish saya dapat tengok rona wajah awak yang dah kemerah-merahan..saya tahu awak tahan malu..but, i loikes tu see ur face..sangat comel, malu-malu dan penuh dengan sifat innocent..wah ! saya angau !




lagi bertambah sweet bila saya tengok awak cium pipi mak dan ayah awak..lepas tu awak salam dengan adik-adik pompuan awak dan awak cium kepala mereka...ohh! sangat sweet..awaklah hero sayaaa.. ;p








ya ! saya angau dengan awak.! awak dah membuktikan bahawa lelaki kelantan memang kacak.!hehehe kau orang tak percaya lelaki kelantan kacak ?? eleh, kalau tak caya korang klik sini [klik untuk lihat lelaki kelantan yang kacak]..betapa kacaknya beliau yang sorang nieh kan? aku tau kau orang pun ada suka kat beliau ni kan ? hahaha.. kidim!




erk..adus..sakit peyot pulak..izinkan saya untuk menyahut hukum alam seketika yea..maklom la makan banyak masa berbuka..hehe ok la u ols ..i ols saja je nak merepak kerepek meraban kat cini..guwa stress ar banyak keje! baek guwa melangut depan blog guwa daripada guwa mengeteh kat mana-mana warung mamak kacak kan? chow~






♥
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

nikmat berkawan sama macam nikmat makan durian ke?

www.tips-fb.com
saya tak suka
bila ada lelaki yang selalu tanya soalan tak matang
"pakwe awak tak marah ke awak chat dengan saya ?"
eh..eh..
tak tahu la nak hurai macam mana
saya memang tak suka soalan tu


saya tahu
awak sebenarnya cuma nak pastikan sama ada saya dah ada pakwe ke belum kan ?



saya tak suka
baru kenal 2 minit dah minta nombor telefon
siap ugut-ugut lagi
kalau tak nak bagi
saya tak nak kawan dengan awak
paling tak leh blahh
buat ayat sedih
"tak pelah..orang tak sudi nak berkawan dengan kita.." poorahh !



saya ni bukan la kerek atau sombong atau berlagak dan seangkatan dengannya
tapi
awak tu pun biar la berhemah
baru kenal kan
rilek2 sudaa
chat guna Ym kan free
kenapa nak SMS yang kena bayar 1sen?
kedekutkan saya?
well..kita tak boleh terlalu memberi jugak ;p



bila saya tak bagi
awak cakap saya sombong
kalau perangai awak tu belum apa apa dah desak2
macam mana saya nak bagi nombor
awak tu tak reti tackle saya
padan muka


saya tak suka
bila awak tanya
"boleh kita kawan?"
saya cakap la
"boleh"
awak tanya lagi
"dah ada teman istimewa?"
saya jawab pulak
"dah ada..mungkin"
awak cakap lagi
" tak pe la awak..saya tak suka kawan dengan makwe orang"


ceit!
kau ni sebenarnya nak kawan dengan aku ke tak?
atau kau nak jadi pakwe aku?
atau lebih tepat lagi
kau sebenarnya bukan nak kawan
tapi memang nak pikat aku sebab kau dah terpikat dengan aku kan?


ehh..
bukan saya perasan sorang2
tapi perangai awak tu
saya bukan bini orang
saya bukan tunang orang
kalau setakat kawan
apa lah salahnya?


bukannya saya nak menggatal dengan awak
bukannya saya ajak awak keluar hurrrahh hoorreyy sini sana
bukannya saya nak manja manja merengek dengan awak
bukannya saya nak cakap dengan awak 15 jam sehari
bukannya saya nak goda awak
kita kawan je


saya pun ada kawan kawan lelaki
tak ada pulak mereka demand macam awak
mereka rileks je
yang penting
kita tahu batas lelaki dan perempuan


awak
awak faham tak maksud kawan ?
saya bukan sombong
cara awak membuatkan saya sombong
atau lebih tepat lagi
awak sebenarnya yang sombong












rasa macam nak balik umah makan durian je
sedapnye pulut durian.nyom nyomm
mumy..makan durian tu..
ingatlah kakak kat cini yea.. ;)






saya suka durian yang tak keras isinya..lembik2 tapi sedap.. yummy!


















♥
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

saya kecewa lagi..boleh tolong saya tak ????

www.tips-fb.com


hati saya sedih lagi
hati saya kecewa lagi
kenapa !
kenapa harus di mungkiri janji ini
kenapa !
why ???
kenapa ??


saya yang tak faham awak ?
atau awak yang memang tak nak faham saya ?
orang kata
makin lama kita bersama
kita akan saling mengenali
saling menyayangi
saling menghormati
tapi kita ??


saya tahu
awak ibarat durian
saya hanya sebiji timun
apa yang awak nak saya lakukan
tulus..
saya patuh
saya tahu keadaan ni takkan berubah
melainkan saya yang berubah

mungkin..
betul kata ibu
saya harus sedar tanggungjawab ini
saya yang berani terima
saya yang harus tanggung
tapi..
saya kecewa
saya nak balik minggu ni..
kenapa korang wat kelas ganti minggu ni hah??
kenapa???
dah elok2 nak wat minggu depan..
nape tukar minggu ni pulakKkk??
hadoii..
dah la minggu depan saya tak leh balik dah..
sedih tau takkk!!

opss..
maaf..
emosi saya terlebih..
saya akan cuba bersabar..
dua tahun je lagi kan..
sabar..
sabar...






♥

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]