Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Wokeh, tamat sudaa sesi berpraktikal. Lega yang amat. Tak perlu lagi bersengkang mata untuk buat bahan bantu mengajar, tulis rancangan mengajar. Kini, hidup saya kembali normal sebagai pelajar..cewahhh
Selama 19 hari bergelar guru praktikal, banyak kenangan manis dan pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila. Tapi, aku nak cerita dua je pengalaman yang sangat-sangat bermakna sepanjang tempoh 19 hari.
*Pengalaman 1 : Memahami erti keikhlasanHati aku sangat la tersentuh bila ada seorang murid ni sanggup datang ke rumah sewa aku dan bagi hadiah yang berbungkus cantik. Terharu sangat masa tu. Walhal hari tu ialah hari isnin. Aku tak habis lagi praktikal. Tapi xpela kan, since dia dah nak bagi, aku amix sajelah. Terdetik jugak kat hati aku ni, mana la budak ni dapat duit beli hadiah *aku dah tahu latar belakang budak ni*. Apa la yang dia bagi. Macam-macam la yang bermain dalam minda aku.
Bila dia balik, aku bukak la hadiah tu. Murid tu bagi :
1) tisu
2) kain sapu tangan yang dah diguna *diambil dari rumah dia la kan*
3) bekas pencil *pon dah diguna*
4) bekas hp *pon dah diguna*
5) pengasah pensel.
Bukan aku pertikaikan barang tu dah diguna atau tidak. Tapi, yang aku nak tekankan di sini, betapa murid ni berusaha, nak jugak bagi sesuatu yang dia sayang untuk aku sebagai kenangan. Bagi aku, hadiah tu sangat bernilai dan aku dapat rasakan keikhlasan murid tu. Tachim ar.....Mengajar murid-murid luar bandar ni ternyata sangat menyeronokkan kerana diorang sangat menghormati, menghargai dan rapat dengan guru.
* Pengalaman 2 : Murid berak dalam kelasIni pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bebila. hohoo..perkara yang menakutkan akhirnya terjadi pada diri aku. Sangat lah pucat lagi cuak muka aku ni bila dapat tau ada murid berak dalam kelas. Aku pun 50-50 gak nak percaya. Maklom la bebudak ni suka kenakan kawan-kawan. Ntah2 kawan dia tak berak, dia pi cakap kawan dia berak. Daripada aku marah budak tu tak pasal-pasal, baik aku tanya dia sendiri. Makin aku dekat, makin kuat bau ta..i . Dengan muka tahan bau, aku mendekati murid tu, then slow talk dengan dia.
Aku : Kamu berak ya ? Murid A : diam.tunduk pandang lantai *murid-murid lain gelak sakan bila dengar soalan aku* hampagas betul. Macam diorang tak penah berak je kan. Aku pun satu. Patut ke pi tanya camtu. Okei2..tukar soklan..
Aku : Ada apa dalam seluar kamu ? Murid B : Ada tahi cikgu..wkakakaka *Murid-murid lain pun gelak secara berjemaah.*
*Murid A tadi dah merah muka*
Aku : Eh diammmmmm..Ada saya tanya awak ke? Yang awak tolong jawab tu kenapa? Dalam seluar awak ada tahi jugak??
* Aku dah tak mau tanya banyak soklan lagi dah. Aku terus suruh dia pi toilet. Then, aku wat apa yang patut. Bebudak yang lain duk kecoh bau busuk. Macam la kalu diorang berak bau bunga ros.*
Kesian plak kat murid tu. Perut dia meragam dari awal pagi. Mungkin tak tertahan sangat tu yang terlepas.
Haish..pengalaman yang berharga. Sekurang-kurangnya, kalau ada murid aku yang terberak lagi sekali, aku dah tau camne nak handle.
Tak sabar plak nak praktikal kali kedua pada bulan 7 ni. Harap-harap dapat duk umah sewa lagik..keh3..*nak mengelakkan diri dari peraturan asrama sebenarnya*.

Okeilah.
Ini pesanan ikhlas dari tuan tanah iaitu saya a.k.a cikbelog :
Bermula minggu depan, iaitu 18/4/2011, InsyaAllah aku dah boleh blogwalk macam biasa..rindu nak blogwalk kat blog korang. Kepada sesapa yang nak aku terjah blog korang, sila tinggalkan link kat ruangan komen kat bawah ni yo. ;)
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]