Hati - hati dengan gigitan asrama. Jika tidak diri sendiri yang merana.
AUCKLAND: Seorang wanita dilapor separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung akibat gigitan asmara yang dilakukan kekasihnya.
Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya.
Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu.
Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok. - DM
Hadoi. Macam-macam yang berlaku sekarang ni. Hati-hati ajelah ya. Bagi mereka yang tak kahwin lagi, tak payah gatal-gatal nak try gigitan asmara. Kang terberanak susah pulak. Mula la nak terbuang merata-rata. Orang kampung panggil gigitan asmara as lovebite. Takyah buat muka nerd tak paham istilah pulak..
p/s : aku syak beliau kena gigit dengan vampire; edward cullen