Kukuhkan Persaudaraan Manusia

www.tips-fb.com
Salam sejahtera saya ucapkan, terutamanya kepada pengunjung dunspeakme.BC. Saya berharap anda semua berada dalam kebahagiaan, keselesaan dan kemesraan yang berterusan dalam menjalani kehidupan.

Pertama kali menjadi penulis tamu, saya amat berterima kasih kerana di berikan kepercayaan dan peluang memberikan suatu perkongsian santai untuk kita hayati dalam melusuri kehidupan yang dinamik.


Dua batang kayu di satukan dengan paku dan dua ketul batu di satukan dengan simen. Apa pula yang menyatukan 2 hati? Saya mengajak anda berfikir secara sihat, dan mengikuti perbincangan saya pada perenggan berikutnya.


Jika kita lihat secara dasarnya, perkara yang membawa kepada kekuatan adalah penggabungan, tautan, ikatan, kerjasama dan kepercayaan. Cuba kita ambil lidi kelapa sebagai bahan uji. Jika ada sebatang lidi sahaja, terlalu mudah untuk kita mematahkannya, tetapi apa akan berlaku jika lidi di susun dalam kuantiti yang banyak?


Contoh yang lebih ekstrem yang boleh di jadikan sebagai bahan uji ialah tubuh badan kita sendiri. Kesemua organ, saraf, kulit dan lain – lain saling bekerjasama dalam menjadikan kita manusia yang sempurna. Semua unit ini bekerja dengan fungsi masing – masing, dalam mencapai tujuan yang sama. Apa kata anda sekiranya salah satu unit gagal berfungsi?


Justeru, apa kaitan penyatuan kayu, kuantiti batang lidi dan unit – unit sistem manusia dalam perbincangan ini? Analogi yang sangat mudah untuk kita mendefinasikan kehidupan manusia. Apabila bekerja atau hidup seorang diri, kita akan mudah kalah, mudah untuk di jatuhkan, di perlekehkan, tetapi jika kita berada dalam organisasi, kita akan kuat.


Namun begitu untuk mencapai organisasi yang kuat, kita memerlukan unit atau sistem yang berkesan, di mana bekerja dengan penuh komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam mencapai matlamat yang sama. Persoalannya sekali lagi, apa yang menyatukan manusia?


Persaudaraan. Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk kejayaan. Perencah dalam kehidupan. Apa kata anda?






psstt : Terima Kasih buat padin yang sudi mencoretkan kata-kata di Dunspeakme. Korang ,jum lawat padinno.com :)



terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

4 comments:

  1. wahh bermadah sungguh ayat padin ni..mengambil masa untuk memahami..tapi contoh lidi tu SS suke..memang tepat utk dijadikan contoh..;)

    harap ukhuwah yg terbina di alam blogging ini akan terus tersemai di hati walaupun sekadar mengenali di sini. dan ayat last tu SS suke. "Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk kejayaan. Perencah dalam kehidupan." :)

    ReplyDelete
  2. dalam maksud entri padin ni.. kalau tak memahami mmg tak dpt ape yg nak disampaikan... kalau semua bileh bersatu. semua benda yg susah akan jadi senang, itu je kot pendapat kawan..

    ReplyDelete
  3. yea kalau kita bersatu inshaAllah tak mudah utk dipatahkan kita ;D
    begitu jugalah bagaimana Malaysia boleh mendapat kemerdekaan satu masa dahulu..
    aiceyh semangat baru balik BTN ni

    ReplyDelete
  4. ape yang pentingggg??
    "KERJASAMA!!"
    means bersatu...
    bersatu teguh, bercerai kita roboh..
    nice n3 utk pedoman kta sume...InsyaAllah:)

    ReplyDelete

sila senyum sebelom komen +__+