Kukuhkan Persaudaraan Manusia

www.tips-fb.com
Salam sejahtera saya ucapkan, terutamanya kepada pengunjung dunspeakme.BC. Saya berharap anda semua berada dalam kebahagiaan, keselesaan dan kemesraan yang berterusan dalam menjalani kehidupan.

Pertama kali menjadi penulis tamu, saya amat berterima kasih kerana di berikan kepercayaan dan peluang memberikan suatu perkongsian santai untuk kita hayati dalam melusuri kehidupan yang dinamik.


Dua batang kayu di satukan dengan paku dan dua ketul batu di satukan dengan simen. Apa pula yang menyatukan 2 hati? Saya mengajak anda berfikir secara sihat, dan mengikuti perbincangan saya pada perenggan berikutnya.


Jika kita lihat secara dasarnya, perkara yang membawa kepada kekuatan adalah penggabungan, tautan, ikatan, kerjasama dan kepercayaan. Cuba kita ambil lidi kelapa sebagai bahan uji. Jika ada sebatang lidi sahaja, terlalu mudah untuk kita mematahkannya, tetapi apa akan berlaku jika lidi di susun dalam kuantiti yang banyak?


Contoh yang lebih ekstrem yang boleh di jadikan sebagai bahan uji ialah tubuh badan kita sendiri. Kesemua organ, saraf, kulit dan lain – lain saling bekerjasama dalam menjadikan kita manusia yang sempurna. Semua unit ini bekerja dengan fungsi masing – masing, dalam mencapai tujuan yang sama. Apa kata anda sekiranya salah satu unit gagal berfungsi?


Justeru, apa kaitan penyatuan kayu, kuantiti batang lidi dan unit – unit sistem manusia dalam perbincangan ini? Analogi yang sangat mudah untuk kita mendefinasikan kehidupan manusia. Apabila bekerja atau hidup seorang diri, kita akan mudah kalah, mudah untuk di jatuhkan, di perlekehkan, tetapi jika kita berada dalam organisasi, kita akan kuat.


Namun begitu untuk mencapai organisasi yang kuat, kita memerlukan unit atau sistem yang berkesan, di mana bekerja dengan penuh komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam mencapai matlamat yang sama. Persoalannya sekali lagi, apa yang menyatukan manusia?


Persaudaraan. Persaudaraan kunci untuk penyatuan. Resepi untuk kejayaan. Perencah dalam kehidupan. Apa kata anda?






psstt : Terima Kasih buat padin yang sudi mencoretkan kata-kata di Dunspeakme. Korang ,jum lawat padinno.com :)



terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

SHOPPING ONLINE..mudah lagi senang ;)

www.tips-fb.com
Hai hai haii

uishh lama betul tak hupdate belog ni. ( pendahuluan yang normal bagi blogger yang jenis susah nak hupdate macam aku nieh..ngee)..petama sekali terima kasih kepada mereka yang sudi join sayangness..wahh dah betambah2 nampaknya. Terima kasih jugak kat korang yang sudi lawat blog aku selama aku tak update blog ni. Terimass terimaass..Tapi maaf la sesangat. Aku akan jenguk blog korang bila aku punya waktu. Jangan majok2 okei. semester ini sangat bizi . Selama aku blaja ni, aku rasa sem ni paling bz kot. huh. sangat sangat bizi. semput aku.


Baiklah. back to the niat asal nak update blog. Aku cuma nak share beberapa blog yang sangat-sangat menarik untuk korang yang suka shopping online. ha haa dah besinar-sinar nampaknya mata korang. hehee..aku tahu ramai antara korang yang jenis malas nak keluar ke kedai, buang masa pilih2 shawl pastu tak beli satu helai shawl pon kan. Maka, ada baiknya korang survey blog2 yang bes ni. Macam-macam jenis shawl dan baju yang sesuai untuk korang yang begelar kaum wanita.

Maka, dengan ini saya mempersembahkan.....tadaaaaaaaaaa




ha kalau kat sini, korang jangan risau tentang saiz.
memang tak de masalah pon.
XXL pon ado okei. memang sangat sesuai untuk wanita-wanita yang suka berpesyen.
harga pon sangat berpatutan.
siap ada membercard gitue yu ols.. ( dah buleh jadik promoter dah haku nieh )



Seteghosnyee..jeng jengg jengggggggggg





sangat comel2 shawl di sini
harga berpatotan
kalau korang nak cari pin yg comel2 untuk pakai kat shawl
pon ada jual kat cini
pendek kata
kalau korang nak tahu apa lagi yang menarik
silalah terjah butik pink nieh :)



Okei.. kalau nak layan yang lebih menarik lawat lah cini BUTIK eDast






p/s : sekarang ramai sangat student yang berjual beli kat blok aku. Jual VCO la Herbalife la..selipar bilik laa..kain pasang la...brooch la..macam-macam. Maka jangan pelik kenapa bilik guru penuh dengan catalog tupperware mahupun zhulian.


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Makan Lempeng Cicah Asam Pedas sedap ke ??

www.tips-fb.com
Semenjak belajar kat Melaka ni, hari-hari aku makan nasi berkuahkan asam pedas. Dah tak nak pandang dah kuah lain. Mestiii nak asam pedas. Bak kata pepatah yang aku cipta, ke mana tumpahnya asam pedas kalau bukan ke nasi aku. ngiahaha.

Tapikan, yang aku pelik, kawan aku cakap, dia pernah makan lempeng cicah dengan asam pedas. Ha, pelik tak ? atau aku yang pelik sebab tak pernah makan camtu. hee. korang penah makan camtu ? kalau ko tak tahu camne ghupe lempeng tu meh sini aku tunjuk



Tadaaaa..inilah lempeng dan bukannya lempang

curik dari google ;)



Tak dapat nak bayangkan camne rasanya bila lempeng dicicahkan ke dalam kuah asam pedas tu. Kawan aku ni orang Johor. Tak tahulah kot ni memang resipi orang Johor. hehee.


Nanti korang try lah makan lempeng cicah asam pedas. Berdasarkan reaksi muka kawan aku semasa bercerita tentang lempeng cicah asam pedas ni, muka dia fullamakk ! beria sampai memang boleh buat orang terliur dan rasa nak cuba on the spot resipi ni.


Bila korang dah try, bagitahu aku camne rasanya ya. hehee Eh, asam pedas Melaka sangat sangat sangat sodappppp.





sekarang ni ngidam nak makan sate daging. ada sape-sape nak belanja ?
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

Hidup dan Mati ini milik ALLAH

www.tips-fb.com
Salam



AL - FATIHAH
BUAT RIFAEI

Semoga Tenang Di Sana






Arwah meninggal pada 3 Februari 2011 akibat kemalangan. Sesungguhnya kehilangan arwah amat dirasai. Al - Fatihah buat arwah.





Hidup hanya sementara. Hargailah diri sendiri dan insan tersayang.

terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]