Showing posts with label nasihat cinta. Show all posts
Showing posts with label nasihat cinta. Show all posts

Tips Atasi Kecewa Putus Cinta

www.tips-fb.com
Salam :)

cinta itu umpama kentut, busuk tapi melegakan ..setuju?



Hai gadis-gadis manis, cantik, cun, lawa, jelita dan jejaka-jejaka kacak, hensem, macho dan dann dann..bergaya, keunggulan penuh mutu yang telah ditinggalkan kekasih hati atau telah direjek sewenang-wenangnya oleh si jantung hati.


Aku harap uols semua gembira kerana cinta korang telah direjek. Heyy jangan marah2, jangan sedih-sedih okei. Takyah nak kecewa hempuk-hempuk kepala kat dinding bagai. Ini peluang untuk uols cari aweks atau pakwes yang lagi bagooooss daripada bekas kekasih uols. Maka, bergembiralahhh.. :]



usah mengukir fantasi di alam realiti


Tips atasi kecewa putus cinta :


*Mendekatkan diri pada Allah s.w.t

Kalau sebelom ni, korang sibuk date je limaplohpat jam, apa kata kali ni, korang luangkan masa untuk date dengan Allah s.w.t plak. Kalau sebelom ni korang asyik call, begayut ngan boipren atau gulprend korang, apa kata kali ni korang bezikir ingat Allah ? kalau dulu korang asyik ingat times square, pavillion , mid valley, jusco, tesco, maidin yakni segala tempat korang bemadu kasih ngan boiprend dan gulprend korang, apa kata kali ni, korang ingat tikar sejadah plak ? selain daripada boleh tambah pahala, boleh jugak korang rilekskan ati korang yang sedih, kecewa, pilu, resah, gelisah, huru-hara dan segala bagai perasaan orang putus cinta lagilah.


amalkan.InsyaAllah tenang :]


* Menangis

Toksah duk cakap la korang tak nangis meracau macam orang kena sampuk hantu bila korang ditinggalkan kekasih. Konpem nangis siap meleleh-leleh air hidung, mata, telinga dan segala lubang yang adalahh. Walaubagaimanapun, wahh guna penanda wacana gitu. Menangis membawa dua maksud iaitu sedih dan gembira.


Maka, bila korang nangis di saat gulprend atau boiprend putuskan hubungan korang, ini bermaksud korang sedih dan gembira. Korang maybe sedih sebab sia-sia je korang topup untuk call dan sms dia selama ni. Korang menyesal sebab korang banyak habiskan masa untuk besama ngan dia selama tigapulohpat jam. Tapi, dalam masa yang sama, korang jugak gembira yaayaaa sebab inilah saat-saat yang korang nantikan untuk cari awek[s]/pakwe[s] baru.

Tak salah kalau nak nangis, tapi berpada-padalah.


*Tonjolkan diri anda

Hey peeps! this is the show time! wahh betul ke tidak ayat aku tuh..hiahaha..Inilah masanya untuk korang tonjolkan diri korang. Contoh la kan, selama korang kapel, tentu status kat Facebook korang, in relationship , married . Tapiiii, kini tidak lagi ! Status korang pastinya SINGLE malah kalau boleh nak jerk tambah SINGLE and AVAILABLE. Tapi, adik aku wat status SINGLE and INVISIBLE. Maybe jap single jap kapel kot. aku pon tak paham. korang paham?okei. kembali pada tajuk utama. Bila status dah berubah, tentu makin bertambah-tambah orang nak add korang. Haa..time tu lah korang layann je semua orang. Maksud aku, layan sebagai kawanlah. Jangan la plak menggatal tegedik-gedik macam orang terdesak dan dahagakan kasih sayang pulakk.


dan..apalagii! uplod la segala gambor2 korang yang sorang2 okei. Diulang, sorang-sorang. Toksah duk simpan lagi gambar korang bedua yakni besama BF/GF korang as Profile Picture. No need! tak perlu..tak yah! cehh emo plakkan..haha



usah mencari cinta yang tak pasti


*Jalan-jalan Cari awek[s] / pakwe[s]

okei. Bukanlah nak mengajar korang wat benda tak pekdah. Jodohkan perlu dicari. Apakata, daripada korang duk terperap dalam umah, makan bebanyak sebagai tanda protes dan upset dengan diri sendiri, baiklah korang kuar jejalan ronda-ronda kawasan umah ke joging tepi tasik buatan manusia atau ciptaan Allah s.w.t yang maha cantik tu lagilahh bagus.


Manalah tau kan, korang ditakdirkan bertemu jodoh masa ngah joging ke..Masa kuar window shopping ke..atau masa korang ngah que tunggu teksi atau atau masa korang dalam Rapid KL atau LRT atau ERL.


لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ

“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”



*Luangkan Masa Bersama Keluarga dan Kawan[s]

hamboii hamboii..bukan main korang ehh. Masa becinta tak hengat dunia. Lupa dah nak makan malam besama family. Dulu, waktu kecik-kecik, bukan main lagik. Ibu Ayahku nyawaku. Tapi, bila dah ada boiprend/ gulprend, diorang lah nyawa korang yeaa. Skang dah putus, padan muka. hiahahaa gelak kijam ;p

takpe..takpe..nebermind..setiap orang wat silap kan? so, amik la peluang ni untuk besama keluargaku nyawaku dan besama sahabat-handai. Mereka inilah yang akan selalu besama korang tiap kali susah dan senangnya korang. Maka, bila becinta tuhh jangan la duk leka alpa sangat. Nanti, kot-kot mana pun, mak pak jugak yang korang cari. Paham?



cinta itu indah..tapi sangat menyakitkan dan dugaannya bermacam-macam ;]





Aku sedih weh! bukan putus cinta tapi putus teman tapi mesra! warghhhhhhhhhhhh


terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

cinta itu komunikasi

www.tips-fb.com
cinta itu komunikasi






awak..
saya nak sangat call awak
tapi saya tak tahu nak sembang apa dengan awak


awak
saya nak sangat mesej awak
hari-hari saya nak mesej awak
tapi
saya tak tahu
nak tanya apa kat awak



awak..
kalau saya cakap saya rindu awak
mesti awak gelak-gelak sambil lompat katak !


tapi sebenarnya
saya memang rindu awak
tapi
saya tak tahu
macam mana nak bagitahu awak









psssttt : The hardest thing to do is watch the one you love, love someone else.




terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

wajarkah wujud rasa bersalah pada teman istimewa korang, kiranya korang masih lagi mempunyai rasa sayang atau cinta pada ex-gf / ex-bf korang ?

www.tips-fb.com

salam u ols ;)






loving and lying in love



korang ada ex-boyfriend atau ex-girlfriend ? ada ? ala, tak yah memalu nak ngaku, bebudak tadika pon dah ade berpuloh2 ex-girlfriend / ex-boyfriend..apa lagi korang yang da masuk angka puluh2 / belas2..kan ? konpem ada kan ? eh, tak jugak sebenarnya..ada jugak yang masih lagi tak de ex-girlfriend atau ex-boyfriend walaupon da masuk umo 20 kan..nak tau sape ? ai laa..the one and only gitue..hahaha..tipu sunat petang2 camnie takpe kan?ekekekee



ni i ols nak tanya, u ols sayang / chenta lagi tak pada ex-gf atau ex-bf u ols ? sayang / chenta lagi takkk ? ha, i ols ade nampak kepala yang mengangguk2 laju dah tu..takpe takpe..sebagai manusia, memang kita patut saling sayang menyayangi antara satu sama lain kan..jadi tak de salahnye kalau u ols masih lagi mempunyai rasa sayang atau cinta pada ex-gf atau ex-bf u ols..jangan rasa bersalah pada diri sendiri, okei ?



tapi, bagaimana halnya kalau u ols dah ada teman istimewa, tapi u ols masih lagi mempunyai rasa sayang / cinta pada ex2 u ols..patutkah u ols rasa bersalah pada teman istimewa u ols ? ha, ekceli ni la tajuk yang aku nak cite petang nie..punya la panjang mukaddimahnye! eh betul ke eja tu? gasakkk laaa..



pada pendapat i ols la kan..ni i ols nak bercakap sebagai pompuan la kan..ekceli, pompuan ni ingin rasa disayangi, dipunyai dan diberi perhatiani eh perhatian..sebab ? dah memang lumrah pompuan cam tu kan, nak wat cmne? lagi satu, pompuan ni, bila dah terlalu sayangkan lelaki, mereka akan mudah memberi..cakap la apa saja yang kekasih diorang nak, konpem dibaginye free2..tanpa rasa was2..sebab tu la terjadinya kes buang bayi yang semakin meningkat..korang setuju tak ? tapi..tapi..dan tapi..tak semua wanita macam tu dan tak semua lelaki suka mintak yang bukan2 dari aweks mereka..kan ? jadi, di saat pompuan kehilangan lelaki yang disayangi [teman istimewa la kan..], diorang akan menerima dengan mudah mana2 lelaki yang cuba mendampingi mereka [untuk tujuan berkawan / suka2...yang pasti bukan untuk dijadikan bf ]..



berbalik kepada isu tadi, wajarkah wujud rasa bersalah pada teman istimewa korang, kiranya korang masih lagi mempunyai rasa sayang atau cinta pada ex-gf / ex-bf korang ?



bagi pandangan i ols la kan, ada 2 jawapan yang sesuai untuk soalan ini..petama ialah YA dan kedua ialah TIDAK..



kenapa YA? ya, memang patut korang rasa bersalah kiranya korang dah bagi ruang kat teman istimewa korang mencipta impian untuk sehidup semati ngan korang sedangkan korang sebenarnya masih lagi ada feeling kat ex korang..hey guys, watpe nak pandang, toleh toleh benda yang bukan lagi milik korang kan ? biarkan si dia pergi mencipta bahagia..dan korang tak yah la nak kecewa meraban, menangis tak de lagu sorang2 diri lam jamban bila dapat tau yang ex korang dah pun mempunyai steady gf / bf ataupon dah kawen..ada paham ?[nasihat kat diri sendiri ;p]



macam yang i ols bgtau tadi, pompuan akan mudah menerima sesape je yang cuba mendampingi mereka bila mereka ditinggalkan teman istimewa..tapi...bukan bertujuan untuk kapel..namun, bunga2 cinta akan mula muncul pada si lelaki sekiranya mereka berkawan melebihi jangka masa yang lama cam 3 bulan camtu..ala..konpem akan ada rasa sayang tu..dan si pompuan plak, akan senang2 je terima si lelaki dengan tujuan, untuk ilangkan bosan..[lelaki pon sama je situasinya] lelaki dan pompuan memang takkan buleh hidup tanpa satu sama lain..tak yah duk ego sangat..



bila korang menerima si dia tanpa seikhlas ati, sudah pastinye korang melukakan ati si dia dan ati korang jugak sebab feeling korang masih lagi pada ex korang..situasi ni leh menyebabkan korang jadi gila bayang..tak caye? ala, korang tentu slalu gak skodeng2 ex korang nye facebook/myspace/ friendster kan ? nak mintax kapel balik, konpem perasaan korang berbelah bagi sebab korang da ada yang istimewa..atau ex korang da pun ade yang tersayang..tul tak ? tak yah tipu aii laa..




pastinya bukan aku !




dan jawapannya ialah TIDAK ! sekiranya, korang tak de la siyes sangat ngan kapel korang yang sekarang ni..dan korang jugak tidak bersalah sekiranya teman istimewa korang memang kaki curang dan tak terlalu menyayangi korang..korang jugak tak perlu rasa bersalah seandainya si dia memang selalu melukakan hati korang..dan korang tak perlu rasa bersalah sekiranya korang berpegang kepada prinsip " selagi tak jadi milik dia yang sah, tak salah kiranya korang simpan perasaan kat sape2 sekali pun".. if cam tu situasi u ols, tak perlu nak rasa bersalah yea.. !



cinta itu datang dan pergi

bukan untuk ditangisi

tapi untuk dikenangi ~



pssstt : entry ini khas untuk kawan cikbelog..muehehehe ~ eh itu pandangan i ols,apa plak pandangan korang ?









MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]

cinta boleh di cari, hati sukar dibahagi

www.tips-fb.com
semestinya ihsan dari inchik google ^_^






suatu tika dahulu,
kita adalah satu,
menyulam kasih sayang bersama,
mencipta bahagia sentiasa,

...suatu tika dahulu,
ketawa kita perawat duka,
gembira kita perawat pilu,
kita bahagia selalu

suatu tika dahulu,
dirimu hanya untuk ku,
kasih mu hanya pada ku,
segalanya untuk ku..

suatu tika dahulu,
kita sering bersama,
ke mana saja pasti bersama,

kini,
kita terbahagi
tiada lagi gurauan mengisi hari,
hanya tinggal memori..

terkadang kita bertanya..
mengapa hati kosong
mengapa rasa sunyi..
mengapa kita sepi..

jawapan hanya satu..
kerana kita bukan lagi seperti dulu..




pppsstttt : aha! jiwang lagi! korang tak marah kan kan kan..hikkk


MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]