Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

hina sangat ke jadi guru?

www.tips-fb.com
salam u oL..

cikbelog pasti korang semua ada facebook kan? alah konpem ada nye la kan..mak sdara cikbelog yang suri rumah tu pon leh ade muka buku..takkan u oL tak de kan..ekceli facebook ni menarik..tapi sangat sedih dan kecewa la jugak bila ada antara kita yang cuba mencari populariti murahan menerusi facebook ni.

nak tahu kenapa cikbelog cakap camtu? eh bukan cakap tapi type..sebab cikbelog telah di invite untuk join satu group ni..u oL tau la kan group kat facebook ni macam2 jenis..cikbelog memang suka kalau bab2 join group nie..then, bila tengok tajuk group tu, cikbelog agak pelik la jugak, terfikir gak lam ati, bile masa diorang ni gaduh2..cam ni tajuk group tersebut "PARA GURU SEMALAYSIA MAHU BADEK MEMOHON MAAF KEPADA PARA GURU!"

ha gempak tuh! awat kecoh nieh?? selidik punye selidik maka tahulah cikbelog bahawa seorang manusia yang bernama Badek Mustaqim telah mengkritik gambar seorang pensyarah di sebuah Institut Pendidikan Guru dot dot dot.. [klik]

hadoii..badek oi..nape ko wat perangai camni badek? kenapa? jangan dikejar popular sangat, susah jadinya..tapi ko mesti dah gumbira kan, disebabkan komen2 yang ko wat, dah terwujudnye sebuah group khusus untuk ko..kan kan..pemes gitue.. [klik]

ni merupakan kata-kata badek..haish..ko ni la..kalau mak ayah tau ko wat perangai camni, mesti diorang cedey..apa daaaa













klik pada gambar utk lebih jelas


ni cekbelog nak tanya, hina sangat ke profesion guru? bangga sangat la ko masuk Uitm Shah Alam?bangga eh? eh, mesti ko bangga kan sebab uitm tu memang dikenali, tapi jangan la inchik badek cemari pulak.

walaupon kami hanya bakal guru dan bukan bakal doktor atau bakal engineer atau bakal lawyer, atau bakal jururawat atau bakal akauntan, kami bangga dengan bakal kerjaya kami. walaupon kami belom lagi bergelar guru, kami gembira dengan pilihan kami. walaupon inchik badek menyatakan kami budak maktab yang bodoh, kami nak inchik badek tahu, bukan senang nak handle seorang manusia. lagi senang handle besi, kayu, duit, gergaji, pen, buku, daripada handle seorang manusia. aku bagi budak autisma sorang untuk ko ngaja ABC baru ko tau susah ke senang..

kenapa mesti dipandang rendah kerjaya guru?kadang2 cikbelog tak suka sangat ngan cara pemikiran makcik pakcik, mana taknye, masa lepasan Spm dolu2, seorang pakcik penah tanya, "dapat sambung belaja kat mana?", aku jawab la, " kat maktab", dia tanya lagi "oh, maktab je? amix kos apa?", aku jawab lagi, "kos pemulihan", dia tanya lagi, "kenapa la tak masuk u?", aku senyum je meleret-leret then trus blah, tak jawab soklan pak cik tuh. kenapa tak jawab? sebab ati dah terbakar bila dengar perkataan, "maktab je?", jadi, bila ati dah terbakar memang tak elok bercakap, baik aku diam sebab kalau aku cakap gak masa tuh, konpem pak cik tuh akan cop aku sebagai bakal cikgu yang paling kurang ajar.

kenapa persepsi anda2 semua tak penah nak positif pada kerjaya guru? adakah sebab kami semua hanya mengajar di sekolah dan bukannya di sebuah bangunan yang tinggi menggalah, mewah lagi megah? adakah sebab kami hanya mengajar ABC, dan bukannya membuat statistik atau mengira-ngira duit di bank Maybank? adakah hanya kerana kami mampu pakai kereta buatan Malaysia dan bukannya kereta import yang mewah-mewah?

sedih bila orang Melayu sendiri berfikiran begini. memang la kerjaya guru tidak memberi kemewahan. Tapi kami gembira. Gembira bila dapat membantu negara dengan cara melahirkan individu yang berjaya hanya untuk kesenangan kita semua.



psstt : cikbelog tabik pada guru pendidikan khas. kamu memang hebat!

♥ MyEm0.Com
terima kasih daun keladi, lepas baca jangan lupa komen sekali yo ;]