
dulu, orang kata, jangan percaya dunia cyber. banyak buruk dari baiknya. saya juga berfikiran sebagaimana orang yang berkata. betul. tak tengok muka, tak penah bersua, takkan nak percaya kan? walaupon muka lelaki tu hensem tak bermakna dia lelaki tulen kan? boleh jadi dia gay? sape tau kan? walaupon pompuan itu cantik dan bergaya, tak bermakna dia tu pompuan tulen kan? boleh jadi dia tu bapuk, kan?
bak kata saya sendiri, rupa tak menjanjikan ketulenan seseorang baik laki mahupon pompuan..hikk..
sekarang saya berada dalam mood jiwang..wakakaa..eh jiwang pon leh gelak camtu ke? hikk.. dulu, saya juga tak percaya pada persahabatan di alam cyber.. saya sangat tak percaya..tapi sekarang, makin saya tak percaya, makin saya dapat rasakan bahawa saya memang perlu percaya! korang paham tak ayat nie? tak paham eh? takpe2..kata cikgu saya, untuk memahami sesuatu ayat, kita perlu baca ayat tersebut 2,3 kali..proses ini akan membantu meningkatkan daya kefahaman kita..[ngee..ko ingat diorang ade masa nak baca ayt ko 2,3 kali !hikk].
korang yang disayangi, saya juga percaya pada ayat, semakin kita tak suka orang tu, semakin kita sayang orang tu..tak pecaya?tak pe..bak kata mat saleh, kalau kita "tak berada dalam kasut seseorang", kita takkan paham situasi seseorang, kan? maksud saya, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza pada maksud ayat tersebut, kan? [sasteranya ayat saya pada malam ini].
korang yang disayangi, saya juga pecaya pada kata kata, semakin jauh kita dari si dia, semakin kuat perasaan sayang dan rindu pada si dia..tak pecaya? pecayalahhhh...sebabnya, bila kita rindu dia, kita akan selalu terbayangkan muka dia ibarat pungguk rindukan bulan. apabila kita selalu terbayangkan muka dia, dia di sana juga akan merindui kita kerana pertalian minda telah berlaku.. apabila pertalian minda antara kita dan dia telah berlaku, eh2, nak jadi cekgu sains ke aku nieh? kita akan saling rindu merindu antara satu sama lain..u get me? no? ok tak pe, sila amalkan nasihat cikgu saya, kalau kamu masih tak paham walaupun da baca 2,3 kali, sila buat rujukan di mana-mana kedai buku berdekatan. [sila jangan boo saya ;) ]
korang yang disayangi, apa korang rasa kalau korang jumpa ngan dia yang disayangi hanya 2kali setaun bersamaan 72jam untuk sekali perjumpaan?itu paling lama, paling kejap, 4 jam. hepi tak? bahagia tak? berkekalan tak kasih sayang korang terhadap si dia? jawapan saya? ya, saya sangat bahagia. kerap jumpa tak bes jugakkan..2x staun ok la tu..hikk...yea, memang la kerindu-rinduan, tapi tak pe..sms kan ada..3g? hoh! 3g langsung tak berguna bagi saya..mms? sebulan sekali belom tentu dapat..tapi, saya dan dia bahagia dengan "persahabatan" ini. dah bape lama saya "bersahabat" dengan dia? kalau orang yang dah kawen, anak diorang da masuk taska da pon..hikk..
korang yang disayangi, saya memang langsung tak sangka apa lagi terfikir bahawa saya akan gembira dengan "persahabatan" alam maya ini. korang yang disayangi, doakan "persahabatan" ini terus kekal yea. ;D
saya juga percaya, "persahabatan" yang direstui ibu bapa mengundang bahagia..walaupun pelbagai dugaan yang ditempuh, bahagia itu pasti ada. ;) adat la tu kan gado2 manja, mintax putus 10x shari ;p . yang penting korang tau handle pasangan korang, otei?? eh, jiwangnya saya malam nie..hikk..chow ah, makan megi pon sodap nieh..
pssttt : pendapat korang, cinta jarak jauh, bahagia ke tak? ;)

