Tadi blogger admiral hafiz singgah di belog cikbelog, cikbelog pun tertanya-tanya jugak siapa la uncle seekers ni kan..pastu tetiba teringat tentang show seekers. Ala, kesah yang cari hantu tu..korang penah tengok tak ?

well, aku tak penah tengok pun cite seekers tu. Tapi yang menjadi persoalan sekarang bukan isu tentang seekers tapi isu tentang kisah cinta syuhh antara Uncle Seekers dan Bekas Permaisuri Aisyah..
Ekceli cikbelog dah baca kesah cerita cinta syuhh di belog uncle seekers tu dari part 1 - part 6..baca sebab nak tahu je apa la yang uncle ni merapu meraban..bukan nak percaya pun. Kenapa cikbelog tak percaya ? sebab tak ke pelik tu, kalau betul uncle ni in love dengan bekas Permaisuri Aisyah, nape uncle menceritakan perkara-perkara yang boleh mengaibkan individu yang dicintainya..betul tak ?
Bagi mereka yang hanya meneliti gambar-gambar kemesraan antara uncle dan bekas Permaisuri Aisyah serta gambar-gambar mesej dari bekas Permaisuri Aisyah untuk uncle seekers tentu mereka akan keliru sama ada nak percaya atau tak tentang kisah cinta syuhh ni. Korang bayangkan, uncle ni sampai sanggup nak junjung quran bagi membuktikan bahawa dia tu tak tipu..iskkk iskkk..pe jadah la nye sampai nak wat camtu.

Cikbelog tengok blogger joegrimjow pun dah komen tentang isu ni..joe pun dah ajar untuk report abuse blog uncle ni. Sape-sape nak report abuse blog uncle ni boleh le tengok belog inchik joe yea :)
Bagi mereka yang dah baca blog uncle seekers tu, kalau nak baca boleh aje tapi jangan la kau orang cepat percaya yea..cikbelog tengok ramai yang bagi komen positip dan negatip..papepun, yang buruk jadikan sempadan tau ! yang baik jadikan teladan :)
psssstt : Fakta atau auta? hanya uncle Seekers dan Allah sahaja yang tahu. Semoga umat Islam pada masa kini lebih bijak dalam segala tindak-tanduk seharian.